Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, October 31, 2018

Ilustrasi n the reality...


 the ilustration...

 hope to get the same lah kan..

the reality...😜😜

Tuesday, October 30, 2018

Buah perah

 Buah yang sangat rare to me... seumur hidup ni pertama kali dengar nama buah ni... lihat dan memakannya. buah ni en asben beli masa g ke terengganu hari tu. dan beli buah ni dah siap rebus, ready untuk dimakan. memula tu rasa macam takut2 nak makan sebab memang tak pernah jumpa kan. tapi bila dah rasa macam sedap pulak...serasa macam buah berangan lah to me. since en asben bawak balik dengan kereta dan dalam perjalanan yang jauh dan lama, so bila nak makan tu kak rose rebuskan semula... to make it like fresh all over again. sedap!

dan buah biji gajus ni pun bli kat KT jugak... bila dah ade depan mata, payah pulak nak stop munching... bertambah2 lah lemak nak menumpang kan.

Monday, October 29, 2018

New toy lagi...

Welcome to our family, iPhone XR
 
 hari pelancarannya pada 26 October di Malaysia, sebelah petangnya sudah berada dirumah kami setelah berhari2 menantikan dan membaca sangat banyak review supaya tak tersilap membeli...

 menggantikan iPhone 6s yang hampir berusia hampir 3 tahun... walaupun masih berfungsi elok, tapi tuannya nak jugak yang baru dengan capacity yang lebih besar - 256GB. apalah agaknya yang nak disimpan dalam tu kan?

semuga dapat berkhidmat dengan baik untuk tuanya ya...harap lepas ni tak lah asik baca review phone yang baru pulak... hihi

Sunday, October 28, 2018

Nasi lemak dipagi minggu

 sesekali datang kerajinan boleh la menikmati nasi lemak dipagi minggu.... dengan lauk simple macam ni pun dah cukup mengenyangkan untuk kami bertiga... ikan bilis goreng, telor mata, timun, fillet ayam goreng dan sambal tumis udang kering...nothing fancy!

selamat dah untuk kami bertiga.... Alhamdulillah.

Saturday, October 27, 2018

Orange juice with asam boi


 sangat nyaman dihari yang panas dan berbahang..

pure, tanpa ice cube dan  dengan kemanisan just from the asam boi. I is sangat suka!

Friday, October 26, 2018

Cara baca Surah A-Fatihah untuk mohon hajat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


perkongsian yang sangat baik untuk kita semua yang sangat memerlukan pertolongan dari Yang Maha Esa... semuga bermenafaat.

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah,

Surah Al Fatihah adalah surah pertama dalam al Quran. Al Fatihah maksudnya pembukaan iaitu surah pembukaan dalam kita suci tersebut. Surah ini diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat. Al-Fatihah merupakan surah yang pertama-tama diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada dalam Al-Qur'an.

Surah ini disebut Al-Fatihah (Pembukaan), kerana dengan surah inilah dibuka dan dimulainya Al-Quran. Dinamakan Ummul Qur'an atau Ummul Kitab kerana dia merupakan induk dari semua isi Al-Quran. Dinamakan pula As Sab'ul matsaany (tujuh yang berulang-ulang) kerana jumlah ayatnya yang tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam solat.

Cara Membaca Al Fatihah Untuk Memohon Hajat



Sheikh Mahayuddin bin Al Arabi Khadas-Allah Serah berkata;

Sesiapa yang ada hajat, hendaklah ia membaca surah al Fatihah sebanyak 41 kali, selepas sembahyang Maghrib. Jangan bergerak dari tempat duduknya hingga selesai membaca al Fatihah 41 kali yang disebutkan di atas.

Setelah itu berdoalah kepada Allah akan hajat yang dikehendaki. Iaitu hajat yang baik-baik. Insyaa Allah dikabulkan doanya. Amalan ini terbukti kemujarabannya, dengan izin Allah jua.

Semoga perkongsian tentang cara membaca surah al Fatihah untuk memohon hajat dapat memberi manfaat kepada semua.

terima kasih pada yang kongsikan artikel ini.


Thursday, October 25, 2018

Pengat labu manis

Asalamualaikum dan selamat pagi Khamis yang ceria
semuga kawan kawan semua dalam lindungan Nya sentiasa. Aamiin.

 ni lah lebihan labu yang kak rose buat scones ari tu... memula tu terpikir nak buat apam labu, tapi tak rajin la pulak, so kita buat yang mudah dan cepat jer dapat ngapnya kan... tukang masak yang sangat tak rajin, nak buat semua yang mudah2 jer... nasib baik tukang makan yang sorang tu tak banyak komplen. so sesuka hati tukang masak jer nak sediakan menu untuk petang tu..

resepi pengat labu yang mudah ni..

1/4 biji labu manis ( saiz sederhana)
1/2 cawan sagu mata ikan, basuh dan toskan
2 cawan santan
1 cawan air
sehelai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
1/2 ketul gula melaka
1/2 cawan gula

Cara-caranya
1. Potong labu bentuk kiub, saiz nye agak-agak lah ye, tidak terlalu kecil tidak terlalu besar, cincang gula melaka, carikkan daun pandan dan simpul, masukkan gula melaka yang telah dicincang ke dalam periuk bersama-sama daun pandan, air, garam dan gula.
2. Setelah gula melaka larut, masukkan pula labu dan santan, kacau selalu, setelah labu separuh masak baru masukkan sagu mata ikan, masak sehingga labu empuk dan sagu mata ikan menjadi jernih.
3. Angkat dan sedia untuk dihidangkan panas  atau sejuk, selamat mencuba.

Wednesday, October 24, 2018

Tuesday, October 23, 2018

Lawatan ke Nasyrul Quran

Asalamualaikum dan salam isnin yang sejuk, Alhamdulillah minggu baru dengan semangat baru, Insya Allah. Aamiin.
baru lepas hujan sepanjang malam. nak g berbrisk pun jalan kat taman semuanya basah dan sejukkk... Ade je alasan untuk nak skip dari keeping fit tu kan...😜😜. so meh la ngadap komputer, cerita kisah rombongan cik kiah ke Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya semalam. lawatan diilhamkan oleh ketua muslimat kami. lama meerancang, baru semalam menjadi kenyataan... penuh satu bas rombongan kami. macam2 gelagat bila mak2 dan nenek2 naik bas... perkara yang agaknya dah bertahun tak buat... jadi seronok sangat lah tu...

excited sungguh mak2 dan nenek dapat naik bas sekolah yang cantik ni... nak naik pun berebut2... kalau budak sekolah dah tentu kena marah dengan cikgu kan...

ucapan selamat datang ke kompleks Nasyrul Quran... cantik dan sangat tenang suasananya..
 

bergambar selepas diberikan taklimat lawatan. semasa kami sampai memang ramai sangat pengunjung untuk slot pagi tu...ditunjukkan juga jumlah pelawat pagi tu seramai hampir 800 orang. semuanya datang dalam group dan dikumpulkan dalam dewan ini untuk diberikan taklimat sebelum lawatan dimulakan... bila pengunjung terlampau ramai dalam satu2 waktu, semacam berebut tempat section lawatan pulak... kami belum habis penerangan disatu bahagian, group lain pulak dah menunggu nak masuk...so memang tak dapat nak explore semua tempat sepenuhnya... mungkin boleh pergi lain kali pulak kan..

hiasan dalaman yang cantik didewan taklimat. lampu hiasan yang tergantung dengan tulisan Asmaul Husna sebanyak 4 buah dan sebuah lagi di main enterance yang sangat cantik...

antara yang dipamerkan di kompleks Nasyrul Quran...
 
dalam kilang... proses mencetak Al-Quran. tidak dibenarkan masuk kat sii, tapi diberi penerangan dari bahagian atas dan dapatlah kami melihat seluruh kawasan kilang ini..

selesai lawatan, cik kiah sibuk bergambar la pulak...

lepas dari lawatan tu kami ke mesjid putrajaya untuk solat disini... dan kami sampai tepat pada waktu zohor. untuk yang pertama kali sampai sini, memang tercari2 tempat untuk mengambil wuduk yang terletak ditingkat bawah...

sebelum mengisi perut, sempat lagi berposing... tapi memang payah sungguh nak dapatkan full corum untuk nak bergambar for the album rombongan cik kiah ni... so mana yang sempat jer la... dan terus proceed ke selera putra ditepi tasik untuk lunch..

 the sign... tapi tak de pun tunjuk arah Royal Hadramawt

untuk lunch kami... nasi arab di Royal Hadramawt, Selera Putra, tasik putrajaya. Alhamdulillah kenyang sampai tak terhabiskan nasik yang sebumbun tu! kuah dan sambal tak dapat enterframe pulak!

posing sebelum excited naik bas sekolah.... Alhamdulillah, dipermudahkan program pergi dan balik  lawatan kami. Terima kasih pada ketua muslimat dan semua ajk yang terlibat menguruskan lawatan ini. Syukur Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi.

Monday, October 22, 2018

Pumpkin scones

 kali ni try pulak buat scone dengan labu yag terbiar kat dapo tu... masa beli tu terfikir macam2 nak buat dengan labu ni, bila dah ada, vitamin m mulalah datang bertandang... tapi kesian kat labu tu kan... so meh lah tanya cik google apa yang boleh dibuat dengan labu ni...dan cik google tunjuk resepi ni... tapi bila nak buat entry ni dah tak jumpa pulak link dia... hadoiiii...nasib baik dah copy awal2. mekasih ya mek mat salleh kongsikan resepinya.  tapi kak rose tak buat glaze dia tu... makan jer dengan strawberry jam. kalau makan cam tu jer pun dah manis, tak perlu nak sapu jam dah.jom tengok resepinya..

Ingredients
  • 1 1/4 cup all-purpose flour
  • 1/4 cup granulated sugar
  • 1/4 teaspoon salt
  • 1/4 teaspoon baking soda
  • 1 teaspoon baking powder
  • 2 teaspoon pumpkin spice (kak rose tak de, so omit yg ni)
  • 2 tablespoons unsalted butter, cold
  • 1/4 cup canned pumpkin puree (kak rose rebus labu dan mash halus)
  • 1/3 cup heavy cream (substitute dengan santan pekat)
  • For the glaze:
  • 1/3 cup powdered sugar
  • 1/2 teaspoon pumpkin spice
  • 1-2 tablespoons heavy cream
Instructions
  1. Preheat the oven to 400. (200℃)
  2. In a medium bowl, stir together the flour, sugar, salt, baking soda, baking powder, and pumpkin spice.
  3. Dice the butter and add it to the flour mixture. Work the butter into the flour mixture until it's evenly distributed and smaller than peas. Use two knives, a pastry cutter, or your hands.
  4. Next, add the pumpkin and heavy cream in a small bowl and whisk together. Pour this on the flour mixture and stir until....
 

  1. a shaggy dough forms. Don't overmix, but incorporate things well.
  2. Scoop the dough out, place it on the baking sheet, and use the warmth of your hands to make it stick together into a circle.
  3. Shape the dough into a disc 5" in diameter.
  4. Slice the dough circle into 4 even pieces. Brush each piece with extra heavy cream.
  5. Bake for 16-19 minutes, until a toothpick inserted comes out clean and the scones are lightly brown on the edges.
  6. While the scones bake, whisk together the glaze ingredients. Pour on the scones when they come out of the oven. Serve immediately.

Sunday, October 21, 2018

Lunch semalam...

 salam pagi minggu buat kawan2 semua... dah prepare untuk lunch ker? atau yang malas macam kak rose ni dapurnya merata2 kalau hujung minggu. tukang masak yang kurang rajin ni nak jugak berehat dan cuci2 mata kan... so semalam g jenjalan dan makan kat Pakli kopitiam... lunch yang mudah dan yang pasti mengenyangkan untuk kami berdua... kat ats tu chicken chop with mushroom sauce, tapi laaaamaaanya tunggu baru lah dapat!

 en asben makan nasik lemak special jer... lauk banyak dari nasi kot! ade sambal udang, sambal kosong, sebiji telor rebus, ikan bilis dan kacang, timun dan jugak seketul kari ayam ni... huh, kenyang sampai kepetang! malam bli yoong tau foo kat pasar malam pulak. beli jugak jagung rebus. sudahnya memang tak termakan lah... tak de tempat nak isi dah!

 the drink... teh ais limau for him dan untuk tuan tanah teh o limau panas jer.. tima kasih tukang bayar. senang tukang masak tak payah nak basuk pinggan bagai kan..

lepas makan, jalan2 tersinggak kat sini pulak... bagus jugak lah kan... bukan selalu pun! tima kasih sekali lagi ya tukang bayo..

yong tau foo, begini punya banyak, memang tak terabes la kan... jagung rebus tiga ketui pun tak termakan. biarkan dia betapa dulu dalam fridge, nanti boleh panaskan dan ngap lah. pebret tu!


Saturday, October 20, 2018

Kuih talam gula merah

 lama tak buat kuih talam nih... kurang kerajinan dan lagi sebab tukang makan pun tak berapa nak ade.. alasan apakah tukang masak ni bagi kan? kali ni merajinkan diri buat kuih talam ni untuk bawak buah tangan untuk geng mengaji petang2 hari tu... adalah jugak yang nak tolong abeskan. Alhamdulillah..tapi macam tersalah loyang lah pulak, kak rose guna loyang 8x8, nipis je kejadiannya! tapi yang penting rasa dia kan...memant terbaik lah guna resepi dari Nina ni. mekasih ya


 Talam Gula Merah
 
Lapisan Bawah:

200gm gula merah
2 sudu besar  gula pasir
2 1/2  cawan air biasa
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar air kapur

Cara penyediannya
1.  Panaskan kukusan, balut dengan kain penutupnya dan sapukan minyak pada loyang.
2.  Masak gula merah dan gula pasir bersama-sama air. Sejukkan.

3.  Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan.
4.  Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
5.  Bila dah masak, cakarkan sikit permukaan adunan dengan garfu.



Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara penyediaannya
1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati  dan tapiskan
 

2.  Masak atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat. Kacau sentiasa.
3. Tuang atas adunan bawah yg telah dicakarkan sikit dan
4. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak
5. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau plastik dan hidangkan.


p/s: ada tak petua untuk elakkan santan dari berbuih bila kita kacau atas api tu. kak rose guna santan kotak jenama kara... santan berbuih tu yang buat kuih talam kak rose macam berjerawat batu permukaannya! 

Friday, October 19, 2018

Romantis itu...


Asalamualaikum dan salam jumaat, penghulu segala hari... pagi ni kak rose nak tepek kat sini satu perkongsian dari rakan di grup WhatsApp buat renungan dan amalan kita bersama... semuga bermanafaat.

ROMANTIS CINTA

Dalam satu majlis ta'lim, seorang ibu muda bertanya kepada ustaz.. "Ustaz, bagaimana Islam melahirkan Romantis dalam rumah tangga..?"

Sambil tersenyum ustaz itu menjelaskan...

Romantis itu…
Ketika 1/3 malam, seorang suami terbangun. Lalu ia berwuduk, lantas menunaikan solat sunat dua rakaat. Lalu ia membangunkan isterinya. “Sayang… bangun… mari kita sama sama solat sayang.” Maka Mereka  berdua pun tenggelam dalam khusyu’ tahajjud dihadapan Allah.

Romantis itu…
Ketika seorang isteri mengatakan, “Sebentar lagi adzan akan dikumandang, Sayang…” Lalu suami pun melangkah ke masjid, menunaikan tahiyyatul masjid. Tak ketinggalan ia menunaikan dua rakaat solat fajar, sebelum melaksanakan solat subuh berjamaah. Maka ia pun memiliki harta kekayaan lebih baik dari dunia dan seisinya

Romantis itu…
Ketika suami melangkah keluar ke tempat kerja, isteri memaluk dan menciumnya sambil membisik mesra, “Berhati2 sayang di jalan, baik2 di tempat kerja ya sayang ...sayang kami lebih rela menahan lapar daripada mendapatkan nafkah yg tidak halal”

Romantis itu…
Ketika suami isteri terpisah jarak, tetapi berduanya saling mendoakan di waktu solat dhuha: “Ya Allah, peliharalah cinta kami, jadikanlah pasangan hidup dan buah hati kami penyejuk mata dan penenang jiwa, tetapkanlah hati kami dalam keimanan, teguhkanlah kaki kami di jalan kebenaran dan dalam perjuangan agamaMu, ringankanlah jiwa kami untuk terus berkorban fisabilillah,  mudahkanlah perjuangan dan pengorbanan kami dengan rezeki yang
 halal dan berkah dari dariMU”

Romantis itu…
Ketika suami sedang sebuk bekerja, diwaktu rehat ia sempat menghubungi isterinya. Lalu suami berkata walau . “Apapun makanan di kantin pejabatku, tak pernah  mengalahkan masakanmu”. Lalu  isteri pun membalasnya, “Masakanku tak pernah seindah dan senikmat ketika kita makan bersama dalam satu hidangan di rumah”

Romantis itu…
Ketika menjelang  pulang kerja, suami sangat rindu untuk segera pulang ke rumah dan bertemu isterinya. Pada saat yang sama,  isteri merindukan belahan jiwanya segera pulang.

Romantis itu…
Ketika suami mengucap salam, isteri menjawabnya disertai senyuman manis. Bertemu saling mendoakan. Tangan dicium, pipi dikecup bergantian.

Romantis itu…
Ketika suami tiba di rumah, isteri menyambutnya dengan wajah ceria dan bibir diukir dengan senyuman merekah dan haruman yang segar. Maka segera hilanglah segala penat dan lelah. Beban kerja semasa di tempat kerja di pejabat/sawah dan ladang

Saudaraku tercinta...
Mari kita pupuk dan bina jiwa romantis dalam rumah tangga kita sendiri... hingga tumbuh kuntuman megar sakinah yang akan membuahkan mawaddah wa rahmah...lalu terbinalah rumahku syurga ku...

Rabbana hablanaa min azwaajinaa wa dzurriyyatinaa qurrata a'yun waj'alnaa lil muttaqiina imaama..

Hadirlah bahagia..

WALLAHU A'LAM

Thursday, October 18, 2018

Puff sadin simple

 kalau tak de rotan akar pun berguna.. itulah kata orang kan... jadi bila teringin nak makan puff tapi tak de kulit pastry, tisha roti pratha ni lah jadi penyelemat.. walaupun kejadiannya sangat lah senget benget sbb pratha ni akan jadi lembik dan susah nak hendle bila dah defrost...nak mudah kak rose kuar kan satu2, potong empat dan isikan dengan inti sadin... pas tu baru keluarkan next piece dan buat yang seterusnya... pun masih senget benget...ishhhh!!

 senget pun sengetlah, asal dapat makan hangat2 sadin puff yang sedap ni... rapuh dan sangat crunchy kulit dia bila guna roti prata ni... kalau nak goreng cam tu jer pun boleh, makan dengan gulai kari leftover... itu memang kesukaan kak rose la kan...pasal makan memang semuanya pebret lah!

ni lah kulit puff kak rose ni. mudahkan guna tisha's roti pratha ni... inti boleh bubuh apa yang terasa tekak nak makan... dan yang ni kak rose guna inti sadin...ikutlah citarasa sendirikan...

Wednesday, October 17, 2018

Tuesday, October 16, 2018

Kerabu mangga ala Thai

hmmmm...nyum nyum

 terima kasih pada kawan yang bagi buah mangga yang masih mengkal... walaupun hampir masak tapi bila kupas masih segar keras crunchy... tu yang dapat idea nak buat kerabu ni, sementelah lain2 bahan pun ada dalam fridge. tak de la nak rajin menghiris halus mangga tu, kak rose guna sagat untuk meracik mangga ni. mudahkan... jom tengok resepinya. tq CMG, kongsikan.

 
BAHAN-BAHANNYA :-)
 
2 - 3 biji mangga muda (ikut saiz, kalau kecik guna 3, kalau besar guna 2)
1 biji tomato, belah 4, buang bahagian tengahnya dan hiris
1 biji bawang besar, mayang halus
1 genggam kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak, buang kulitnya dan tumbuk kasar
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, dan goreng hingga garing
4 biji cili padi, hiris halus (kak rose buh dua biji je)
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 1/2 camca besar sos ikan (omit yg ni gantikan dengan garam jer)
1 camca besar penuh gula
1 biji limau nipis, perah jusnya
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan tomato. Gaul rata. Ketepikan.
  2. Satukan sos ikan, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata2 dan curah dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan2 lain. Gaul rata. Tambah kacang tanah dan ikan bilis, gaul lagi dan sesuaikan rasa. 
  3. Alas bekas sesuai dengan daun salad. Alihkan kerabu atas daun salad dan abur sedikit ikan bilis goreng dan kacang tanah yang telah diasingkan atasnya sebelum menghidang. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain.
 
 

Monday, October 15, 2018

lempeng tanpa telur

 bila kehabisan telur dan memang tak de kerajinan nak g membelinya... so buat lempeng dengan apa yang ada kat dapur je la jawapnya. kisahnya sambal tumis dah siap untuk cicah lempeng, tapi bila bukak fridge sebiji telo pun tak de. ilek pucek! gigihlah tanya cik google resepi lempeng yang tak guna telur ni... dan cik google yang baik hati bawak kak rose ke sini.... maka jadilah lempeng tanpa telur cicah dengan sambal tumis untuk bawak g mengaji Al-Kahfi pagi jumaat lepas..

 jom tengok resepinya...

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
5 sudu minyak masak. (ambo guna minyak zaitun)
1 sudu teh garam


cara :-

* adun je semua bahan.
* siapkan kuali. panaskan kuali. sapu minyak ikut kreativiti memasing
* masukkan 2 sudu besar adunan tadi
* masak dengan penuh kasih sayang dan cinta

Alhamdulillah, walaupun lempeng bodo2 jer, tapi sekejap jer dah kosong tupperware kak rose ni... dan sambal tumis yang masih berbaki, ada pulak yang mintak tapau bawak balik. Syukur Alhamdulillah, kongsi kongsi rezeki yang dimasak dengan penuh kasih sayang buat kawan2 semua....😍😍