Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, August 31, 2014

Merdeka 57 tahun

Disini lahirnya sebuah cinta.....


 Selamat menyambut kemerdekaan yang ke 57 buat semua nak Malaysia.

semuga kita terus merdeka jiwa dan minda..... dan lagu Allahyarham Sudirman ini akan tetap jadi pembakar semangat merdeka kita semua.


Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Saturday, August 30, 2014

Beli gelang untuk keta busu....

 
Berlubang besar poket mama dan ayahnya hari ni... service dan beli gelang baru untuk keta busu. dah setahun setengah guna keta ni dan hari  ni kena g service 40k km... major service katanya. pagi2 dah terpacak kat service centre di Glenmarie... disebabkan appontment penuh, kena lah jadi walk in customer, tu yang seawal 8.15am dan sampai kat situ, ... nasib baik lah tak lama sangat masa menunggu dah dapat giliran untuk diservice...dan by 9.20 cam tu dipanggil untuk register dan pot pet bla bla apa yang patut diservice, since it is major service jadi bill pun lebih dari service yang biasa tu.  before 10am dah siap. terperanjat jugak sbb cepat sangat, tanya jugak kat technician tu betul ker apa yang diservice sbb rasa cam cepat sangat siapnya, takut jugak kalau dia buat cincai boncai jer kan....

 dah siap semua, terus g kedai tayar pulak.... belikan 4 gelang baru pulak. ya lah sejak mula guna belum pernah tukar tayar lagi... dan minggu depan dah nak balik Melaka pulak, memang guna keta sepanjang masa jadi tayar pun nak jugak yang baru.... bertambah lah besar lubang poket mama n ayahnya...

 glittering silver dah dapat gelang baru.... 4 biji lak tu, pas tu buat alignment n balancing.... ade jer yang sakitnya keta ni...lasak bebeno ke gamaknya busu ni guna keta sampai tayar jadi tak balance, kengkang... tu yang kena additional charge seratus sembilan poloh hengget!

and the bill untuk kedua2 projek pagi tadi.... pesan mama dan ayah, jagalah keta dan guna dengan sebaik2nya.... janganlah asik bertambah calar dan kemek merata tempat.... depan dan belakang.

Friday, August 29, 2014

Sambal telur hancur

 Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari.... balik dari bacaan surah Al-Khafi pagi tadi x dak kerja nak buat... so ngadap lah komputer nak merajinkan diri menghapdet my kuali ku sayang. kadang2 memang kerajinan tu dah terbang melayang kelaut, tu yang lama terbiar cam tu jer rumah maya kak rose ni.  masak2 tu memang ade, tapi nak buat entry pun dah tak berapa nak rajin...ade banyak jugak gambar masak bodo2 kak rose yang terperam dalam folder jer...

sambal telur hancur ni kak rose buat dah dua hari lepas nampak tayangan amal yang sangat menggoda jiwa kat blog Gee Hut... teruslah menggodeknya dengan bahan ape yang ade kat fridge...jadi le untuk lepaskan kempunan tertelan air liur jer kan... simple, sedap dan sungguh jadi penambah selera makan nasi selepas hampir dua minggu cuma makan bubur ala2 mekdi tu... bila dapat sambal telur ni jadi bertambah2 nasi pulak!. mekasih Gee yang kongsikan resepi sempoi yg sedap ni... sapa nak cuba meh kak rose kongsikan resepinya kat sini. mekasih sekali lagi ya Gee.

SAMBAL TELUR HANCUR
3 biji telur
10 biji cili padi (kak rose buh 3 biji cili api+sebiji cili merah je.)
2 biji bawang besar
(1 bj blend bersama cili padi, 1 biji lagi hiris bulat)
1 sudu sos tiram
Garam secukup rasa
Minyak masak
Tomato - yang ni kak rose tambah.
Cara :
Mula² tumis cili padi dan bawang yang dikisar/tumbuk.  Kacau2 dan perasakan dengan garam.  Tambahkan sos tiram dan bawang hiris.  Pecahkan telur terus ke dalam kuali tadi dan biarkan membeku sedikit baru dikacau.  Gaul rata dan siap!
p/s : kalau suka boleh juga telur digoreng asing dan kemudian baru dicampur sambalnya dan hancur2kan... 

Thursday, August 28, 2014

Pes tom yam

bila ada kawan kongsikan camner nak buat pes tomyam ni, so eager lah kak rose nak mencuba... most of the bahan2 dah ade tapi cuma lengkuas jer yang kena g beli.... maka gigihlah g kekedai semata2 nak cari lengkuas hingga menjadilah pes tomyam ni. tak de la susah mana nak menyediakannya cuma kenalah ade bahan secukupnya...dah siap semua bolehlah guna untuk apa2 masakan tomyam...dijamin kebersihan dan kehalalannya kan. lama dah kak rose buat paste ni, tapi baru nak post kat sini....

 terima kasih pada kawan yang sudi kongsikan resepi pes tomyam ni, jom kita buat sendiri dan mintak izin kak rose kongsikan kat sini lak..

Bahan-bahannya:

2 biji bawang besar
4 biji cili merah
10 biji cili kering
2 inci lengkuas
4 batang serai
2 sudu udang kering
6 helai daun limau purut
2 inci belacan (dibakar) (kak rose gantikan dengan 2 kiub pati ikan bilis)
air asam jawa, gula & garam


Cara-caranya:

1. Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air.

2. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.

3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga pecah minyak n menjadi pes.

4. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Perencah boleh disimpan.


 home made tom yam paste dah ready, kena cari resepi tom yam la pulak....

Wednesday, August 27, 2014

WW: Bonding time...

bila la nak dapat lagi nak landing kat sini?....

Saturday, August 23, 2014

Puding roti bakar





bila tamak membeli roti macam ni la jadinya.... kena lah tanya cik google soh carikan resepi yang boleh transform roti jadi satu menu yang enak disantap...actually beli roti perisa pandan ni sbb tertarik dengan bau harum pandan tu, tp kak rose mmg x suka dengan perisa pandan yang teramat sangat rasanya...so bila jadikan puding ni hilanglah sket perisa pandan tu dan boleh lah dingap dengan nyamannya..

ni la dia rotinya.... daripada membazir eloklah jadikan menu untuk minum petang2 sambil gebang2...tak terasa sangat bau pandan tu... dah bertukar rasa pandan jadi serbuk kayu manis lak...

resepi kak rose amik kat sini, tapi kak rose dah derhakan dengan menggunakan roti yang kat atas tu... meh kak rose kongsikan resepi asalnya kat sini ya.... so kalau ade roti2 yang tak terhabeskan tu, janganlah dibuang2.... tak baik membazir apa lagi segalanya dah mahal sekarang ni kan.. ang ni kak rose makan cenggitu jer, kalau nak makan dengan sos kastad pun ok, boleh check kat link yang kak rose bagui tu ya...



Bahan-bahan

  1. 7-8 keping roti
  2. 2 biji telur*
  3. 500ml susu segar @ 2 cup*
  4. 4 sudu besar gula halus*
  5. 1 sudu teh esen vanilla*
  6. 1 sudu teh serbuk kayu manis*
  7. 2 sudu besar butter -cairkan
  8. 3 sudu besar kismis


Cara-cara
  1. Satukan semua bahan bertanda * dalam satu bekas.
  2. Koyak-koyakkan roti dan masukkan ke dalam bekas (1) biarkan roti terendam.
  3. Masukkan butter dan setengah kismis.
  4. Masukkan campuran ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter.
  5. Tabur kismis di atas permukaan roti
  6. Bakar dengan suhu 180' selama 30 minit.

Friday, August 22, 2014

MH17: Hari berkabung Malaysia

 
 Asalamualaikum dan salam hari Jumaat penghulu segala hari. semuga kawan2 semua dalam keaddan sihat sejahtera dan didalam lindungan Nya sentiasa. hari Jumaat yang mulia ini dijadikan hari berkabung Malaysia sempena ketibaan jenazah pernerbangan MH17 yang malang....angkara siapa hanya Allah yang maha mengetahui. Al-Fatihah dan takziah untuk semua yang terkorban dengan cara yang begitu trajis....kami jemaah muslimah tadi pun sempat membacakan al-Fatihah selepas bacaan surah al-Khafi pagi tadi...
 
dan sambil menjamu selera yang disediakan oleh tuan rumah, sempat jugak menonton live ketibaan penerbangan MH6129 yang membawa jenazah penumpang dan anak kapal MH17. sayu sebak kita melihatnya, apa lagi keluarga mangsa yang telah menunggu sekian lama. semuga mereka semua diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini.


 diberikan penghormatan terakhir


perjalanan terakhir.... semuga rohnya tenang disana dan ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman buat yang beragana Islam. Aamiin. dan RIP untuk yang bukan muslim.

Thursday, August 21, 2014

Bila S11 nya tercicir.....

 Salam dan selamat pagi semua... kisah anak yang cuai, mama dan ayah jugak yang poket berlubang besar. dah la lepas raya, nak pulak phone yang ade 4G lah bagai....memula tu nak kan lenovo Vibe Z K910 tapi g dua buah kedai yang ade cuma AP punya.... nak cari yang ori x de stok pulak. malas nak g kedai lain tapi nak kena bli jugak sbb masa ni dia cuma guna phone samsung galaxy y lama mama yang dah zaman batu katanya...

S11 tu cicir masa dia naik moto balik dari internnya, selalu mamanya pesan simpan phone dalam beg, tapi dia simpan dalam poket jugak. dan akhirnya, bye bye dengan tak relalah dengan S11 tu. so ni pilihan kedua lah kiranya.... sbb nak kan yang ade 4G, katanya senang nak buat keja nanti... masa ni dia tengah buat intern di Johnson Control, so sangat2 nak kan phone yang canggih cenggini untuk memudahkan dia buat kerja kerja latihan tu, katanya.... boleh caya tak?

so mama dan ayah pun ber parting lah dengan almost 1.4k untuk ini dan juga sd cardnya... harap2 yang ni tak la tercicir lagi...pesan mama yang beribu2 tu susah sangat nak dengar supaya simpan phone dalam pouch, nak jugak letak dalam poket! anak.... anak.

Wednesday, August 20, 2014

WW: Pulut semangat merdeka

pulut kuning+serunding kelapa udang kering

Tuesday, August 19, 2014

tak baik membazir....

 panas panas.... masih dalam oben antik kak rose!

 Asalamualaikum dan selamat pagi semua.... aik???? tak baik membazir apa kah tu? sebenarnya tak baik membazir roti.... bila roti dah nak tamat riwayat dan tak de sapa nak makan gitu jer, mamanya pun mengolah roti untuk jadikan menu yang serasa sedap untuk dingap instead of nak buang  gitu jer kan.... tak baik membazir walaupun hanya dua keping roti jer pun...at least dapat jugak sediakan juadah untuk minum petang.... nak wat untuk sarapan pun ok gak..


 resepi ni guna hanya 2 keping jer roti tu, dan dapat ngam2 6 ketul dalam loyang silicon munger2 kak rose tu... cukuplah untuk kami tiga beranak sambil gebang2 minum kopi petang2.... resepinya kak rose kongsikan sekali lagi kat sini ya... untuk topping tu rasanya ikut jer la apa yang ade kat dapo, kita yang buat dia kan...yang ni kak rose tabur ngan mixed fruit jer....

Bahan-bahan ( 6 keping )

  • 2 keping roti putih
  • 2 sb tepung jagung
  • 3 sb gula halus
  • 100 ml susu cair
  • 2 biji telur(guna 1 putih telur saja) (kak rose guna dua2 biji tu)
  • 1-2 titik esen vanilla
  • sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
  • sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (kak rose tak buh pun)
  • mangkuk muffin - disapu majerin (kak rose guna sm - x yah sapu butter dah!)

 minum petang bersama secawan nescafe....n kak rose punya nescafe o w/o gula.

Cara-cara

  1. Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
  2. Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
  3. Masukkan roti dan buah2an campur ke dalam mangkuk muffin.
  4. Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
  5. Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
  6. Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing di atas puding jika suka.
  7. ***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.

Sunday, August 17, 2014

Bila anak bawak balik kawan2....

 sayur campur2 semua taruh punya!

 salam hari minggu kawan2 semua.... masih sibuk dengan rumah terbuka hari raya agaknya. maklumlah minggu2 terakhir syawal ni, ade saja jemputan untuk rumah terbuka dan ade juga kenduri sana sini kan... tahun ni kak rose tak buat open house macam tiap2 tahun tu.... sbbnya diri sendiri pun asik flat jer, camner nak masak2 kan....tapi rumah sentiasa terbuka, belen2 kuih raya ade lagi.... nak yang special tu mmg tak terdaya nak menyediakan la. mintak maaf banyak2 ya.

 ikan jeket berposing dalam pemanggang ajaib.... kejap jer dah siap masak!

 malam tadi anak balik dari beropen house, dia ajak kawan2 yang datang dari jauh singgah n bermalam kat rumah, so tengahari mamanya masak untuk lunch anak2 bujang ni...tapi tak de la beria memasak, cuma sediakan apa yang termampu, sayur campur semua taruh, ikan jeket bakar bersambal kelapa dan ayam masak lemak cili api bersama kentang. gambo pun snap masa atas dapo jer...

seperiuk godang ayam masak lomak ciliapi nisemilan style.... lemak, pekat kaw kaw!

suka tengok bila derang berselera makan dengan lauk yang tak seberapa ni.... tapi mungkin agaknya sbb lapo, ya lah bangun pun dah menjelang tengahari.... skip bekpes tentulah lapo kan. lepas lunch derang ni bergerak ke rumah terbuka di bandar Tun hussien Onn, Cheras pulak... x habes2 dengan rumah terbukanya. raya sebulan, katanya!

Saturday, August 16, 2014

Daging dendeng

 daging dendeng... black is beautiful. sedap!

selalu tengok jer kawan2 buat daging dendeng ni, nak buatnya macam renyah sangat tu yang asik tertangguh2 jer walaupun tekak sangat nak merasa. kalau sorang2 memang tak berbalok nak buat sikit jer kan.... so bila balik kampung masa raya tu kami adik beradik gotong royong buat dading dendeng yang sangat di idamkan untuk juadah pagi raya... bila ramai2 tak lah terasa sangat bab nak menumbuk daging tu, kena kerah semua tenaga anak buah yang ade! baru la adil buat keja kan... semua kena amik part masa memasak ni...

 buat 1st batch sebanyak 5 kilo sekejap jer dah licin, dan pagi kedua raya tu sebelum balik ke kl kami sekali lagi bergotong royong buat another 5 kg daging. berpeluh2 dengan baju raya menumbuk dan menggoreng daging hinggalah siap sbb nak makan punya pasal dan dapat jugak kak rose tapau bawak balik...tapi bila sampai rumah terus down, makan daging dendeng yang sedap ni terperap dalam freezer dan pagi semalam barulah keluar dan panaskan....rezeki kawan2 pulak merasa bila kak rose kawankan dengan pulut untuk buah tangan majlis bacaan Al-Khafi.


terima kasih pada Ummi yang kongsikan resepi daging dendeng yang sedap ni.... anak asik nak meratah jer. Adoyai laaaa. mintak izin kak rose nak kongsikan kat sini lak ya, tapi kak rose buat x de letak daun pandan la pulak! kak rose buat banyak, so berganda2 lah bahannya dan yg ni sebagai panduannya. Tq Ummi. kalau tengok memang banyak versi resepi daging dendeng ni....

Bahan:-
  • 500 gm daging batang pinang
  • 2 cawan air
  • * 2 batang serai - diketuk
  • * 1 inci halia - diketuk (*untuk direbus dgn daging)
  • 2 sudu besar cili kering yang dikisar
  • 2 sudu kecil rempah kari daging
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar kicap pekat manis
  • 1/4 cawan gula melaka yang dihancurkan
  • 3 sudu besar gula pasir
  • garam secukup rasa
  • sedikit air (jika perlu)
  • 1 helai daun pandan - disimpul (kak rose x letak ni)
  • 1/2 cawan bawang goreng (guna yang ready made punya jer.... huhuhu)
  • minyak masak secukupnya
Bahan Kisar:-
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm lengkuas
  • 2 cm halia

Cara Memasak:-
  1. Potong daging kepada saiz 4 x 4 inci, bersihkan dan rebus hingga daging empuk. Angkat dan toskan. Hiris daging nipis2. Buat hingga siap.
  2. Tumbuk-tumbuk sedikit setiap keping daging.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap daging tadi hingga nampak garing sikit di bahagian tepinya. (boleh gunakan minyak lebihan bawang goreng untuk lebih sedap). Angkat dan toskan.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebihkurang 1/4 cawan dan tumiskan bahan kisar serta cili kering dengan api sederhana perlahan hingga pecah minyak.
  5. Masukkan serbuk kari daging, serbuk ketumbar, kacau rata. (masukkan sedikit air jika terlalu kering)
  6. Masukkan gula melaka, gula pasir, kicap manis dan garam secukup rasa. Seimbangkan rasa.
  7. Masukkan daging dan daun pandan, gaul rata. Masak hingga daging benar2 bersalut dan sedikit kering atau pecah minyak.
  8. Tutup api dan tuangkan bawang goreng. Gaul rata-rata menyelaputi daging. Siap untuk dihidangkan.
(*Note - penerangan cara2 di atas adalah lebih detail sebelum diedit oleh pihak majalah)

Friday, August 15, 2014

Salam Jumaat

salam Jumaat kepada semua dan peringatan untuk diri sendiri yang pastinya!

hari yang peruh barakah ni kak rose nak kongsikan satu artikel yang kak rose terima dari group whatsApp pagi tadi.... mmg ramai yang selalu menghantar kata2 dan berbagai nasihat melalui group chat ni, tapi yang ni sangat suka kak rose nak kongsikan kat sini...

Sejenak di 1/3 akhir malam Jumaat.

Dua belas golongan orang yang di doakan Malaikat:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci/berwuduk
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
3. Orang2 yang berasa di saf barisan depan dalam solat berjamaah.
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjamaah (tidak membiarkan kekosongan sebuah sof).
5. Para malaikat mengucapkan "Aamiin" ketika seorang Imam selesai membaca Al-Fatehah.
6. Orang yang duduk ditempat solatnya setelah selesai melakukan solat.
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar berjamaah.
8. Orang yang mendokan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
9. Orang yang infaqkan harta mereka.
10. Orang yang sedang makan sahur.
11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit.
12. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikkan kepada orang lain.

Semuga kita termasuk dalam golongan yang beruntung. Aamiin....terima kasih pada yang sudi kongsikan artikel ini untuk renungan kita bersama dan semuga mendapat menafaat darinya.

Thursday, August 14, 2014

Bebola ubi keledek

 sedapnya untuk kudapan petang2 bersama secawan teh o panas2......

 bebola ubi keledek yang dah lama buat tapi nak jugak kongsikan kat sini... ade yang berbedak dan ade jugak yang bogel jer.... pilih jer la mana yang berkenan dihari untuk dingap kan... kalau tak berbedak pun memang keledek tu dah sedia manis, tapi akan bertambahlah sedapnya bila bertambah gula dalam adunan tu.... tapi berpada2 lah dengan tahap kemanisan tu agar tak memudaratkan kemudian nanti kan...

yang ni kak rose main taruh jer tepung dalam adunan tu asalakn boleh dibentuk tu kira ok la kan.... tapi kalau nak yg perfect dengan resepi boleh tengok resepi dari vida@myr ni... pasti cantik jer nanti kejadiannya...

bahan2

  • 2 cawan ubi keledek-rebus&mashed
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu baking powder
  • tepung secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit garam
  • 3 tsb gula (yg ni kak rose tambah)

Cara-cara

  1. Masukkan ubi, BP, telur dan garam ke dalam mangkuk. Tambah tepung sedikit demi sedikit. Uli sehingga tak melekat di tangan.
  2. Buat bulat-bulat kecil. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.

Wednesday, August 13, 2014

WW: jem dan free giftnya..

 cute tipuware bentuk roti.... semua kaler pun nak gak!

ade free tipuware tapi rega lebih murah dari yg x de gift!

Tuesday, August 12, 2014

Coconut bars

teruja tengok dalam blog Treat & Trick, terus teringin nak mencuba.... dengan bahan yang simple dan semua ade didapur  dan jadilah juadah minum petang kami petang semalam. simple n nice. manis n lemak2 gitu! tapi kak rose dah terguna loyang yang a bit kecik jadi rasa macam tebal pulak dia punya crust tu.... dan masa membakar pun kak rose tambahkan about 15 minits lebih. apa pun ianya tetap yummy!

 
 meh tengok resepinya yang kak rose cnp dari blog Treat & Trick ni, mekasih kongsikan ya.... x rugi mencuba. sedap!

COCONUT BARS
Yield  :     16 bars

1.5 cups  plain  flour
125 g melted butter
2 tablespoon sugar
1 egg or 4-5 tablespoon milk
5-6 tablespoon fruit jam

TOPPING
1.5 cup  grated  coconut
1/4 cup sugar
4 tablespoon condensed milk


METHOD

1.  Grease lightly 19 x 29 cm slice pan.  Preheat oven @ 175 C.

2.  Combine topping ingredients, keep aside.

3.  Add sugar, egg or  milk  to melted butter, stir well. (kak rose guna sebiji telor gred c)

4.  Pour butter mixture over dry ingredients, mix until it forms into soft dough.

5.  Press dough into prepared pan  using  a plastic sheet.

6.  Spread liberally with jam.

7.  Cover base evenly with topping.

8.  Bake until  slightly golden for 20 minutes.

9.  Cool completely in pan.  Cut into squares to serve

panas2... baru kuor dari oben... hangus2 garing yang tepi2 tu sangat lah sedap!

Monday, August 11, 2014

Bila fridge sudah kosong....

kak rose masak ni pada jumaat lepas.... sejak lepas raya memang belum lagi g bli barang n lauk2 semua. jadi masak pun apa yang ade berbaki dalam fridge je la. lagi pun derang memang tak makan nasi bila malam2. so untuk lunch kak rose makan apa yang ade depan mata jer la... lagi pun dengan batuk dan selsema ni kak rose cuma makan mostly bubur yg ala2 mek d tu... belasah sekali dalam tu without any accessories dan bila petang2 cuma sediakan juadah simple dimple untuk minum petang aka dinner derang berdua... senang kerja mama kan...
 
lauk two in one ni kak rose masak untuk lunch haru jumaat ari tu, tu pun sbb  en suami balik lunch dirumah dan sembahyang Jumaat di sini. ni jer pun yang tinggal ada dalam fridge, memula tu pk nak masak apa la bila yang ade cuma ayam fillet n capsicum jer... rupanya masak yang sempoi2 cenggini lagi la sedap  dan berselera makan.

kak rose cuma garam kunyitkan ayam tu n goreng separuh masak. pas tu blendkan cili merah, bawang putih n merah n sedikit halia dan tumiskan hingga garing n pecah minyak barulah masuk capsicum dan ayam goreng tadi. masak sekejap, perasakan garamnya dan tadaaaa... dah siap. makan dengan nasi panas2  tapi kak rose tak makan pun sbb berminyak2 kan... buat sementara ni mmg jauhkan sangat2 segala menda yang berminyak2.... dekat dua minggu dah makan yang rebus2 jer.... boring sudah, tapi nak wat camner kan...kena bagi hilang batuk dulu baru boleh makan sedap2 dan jumpa doktor semula in two weeks time..harap2 everything will be just fine, Insya Allah.

Sunday, August 10, 2014

Kuih apam jepun derhaka.....

 ade ker kuih derhaka? .... sebenarnya kak rose memandai tukar resepi kuih apam ni dengan resepi buat apam balik, tu yang jadi resepi dehaka, cuma tinggal nama jer yang masih sama. pernah ternampak tukang jual apam balik kat pasar malam tu buat kuih bentuk cam ni bersama dengan kuih pukis tu,  jadi teringinlah kak rose ni nak mencuba apam jepun ni dengan resepi apam balik instead of  resepi apam jepun yg ori... no bad, anak kata sedap jer, sampai enam keping dia ngap sorang!

 so kalau kawan2 nak mencuba buat kuih ni boleh la pilih resepi mana nak guna.... resepi apam balik kat sini dan resepi ori apam jepun yang pernah kak rose buat kat sini pulak.... tapi pada kak rose lebih senang guna resepi apam balik ni, cepat jer nak siapkan dan cepatlah dapat ngapnya kan... intinya kak rose guna red bean paste yang ready made punya....semua keja nak yang senang jer kan!

untuk bentuk apam ni kak rose guna egg ring dan guna magic pan pemanggang ajaib tu. mmg cepat jer masaknya. boleh la kawan2 mencuba untuk juadah minum petang nanti.....

Saturday, August 9, 2014

Ubat lagi....

 salam hujung minggu dan selamat beropen open house buat semua...



mintak maaf pada kawan2 yang jemput untuk hadiri majlis rumah terbuka sbb kak rose tak dapat nak hadirkan diri... batuk dan selsema yang masih berbaki ni adalah sangat tidak baik untuk berjumpa dengan kawan2.... takut2 berjangkit pulak nanti, tak elok kan cam tu... jadi biarlah ianya baik dulu barulah boleh beraya kan...

so kiranya hari ni dah kali ketiga kak rose g jumpa doktor sejak raya ari tu... dan Alhamdullilah sangat hari ni doc tu scan balik pasal batu karang tu dan dah tengok sendiri hasilnya.... it's no more there. Syukur ya Allah, Kau permudahkan pembuangan batu karang tu. dan memang dah tak ade rasa sakit pun cuma doctor pesan supaya minum air yang banyak untuk mengelakkan ia berulang lagi.... tapi masaalahnya sekarang ni..... batuk dan selsema yang masih berbaki ni sangatlah menggangu rasanya... walaupun tak seteruk masa mula2 kena dulu tapi tetap ade..... adoyaiiiii!!!! bila la nak abes ni dan bekalan dari jumpa doktor tadi, sebeban lagi ubat untuk ditelan. nampak banyak kan.... tapi sebenarnya different ubat untuk siang n malam, tu yg nampak banyak packs tu! sabo je la...mudah2an cepat baik lah batuk dan selsema ni. baru lah boleh berhari raya kekdahnya....

makan buah2 ni boleh hilangkan batuk n selsema tak? kesian buah pulasan yang bawak balik dari kampung tu x leh nak makan , takut bertambah batuk lak!