Lanai Kijang

Lanai Kijang
Showing posts with label udang. Show all posts
Showing posts with label udang. Show all posts

Saturday, May 18, 2024

Gulai udang+nenas


Bahan-bahan :  
  
udang secukupnya
nenas secukupnya
1 cawan santan - boleh tambah
1 batang serai dititik
1 helai daun kunyit dicrik-carik
Garam secukup rasa
 
Bahan tumbuk :
2 biji cili api - suka pedas tambah lagi ya
 kunyit hidup

Cara : 
 
Bersihkan buah nenas kemudian buang empulur di bahagian tengah yg keras dan boleh la dipotong kecil buah nenas ni .celorkan sekejap dan tapis.
Bersihkan udang, tos dan ketepikan dulu .
Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai dan daun kunyit ke dalam periuk .
Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua udang dan nenas kemudian kacau serta biarkan sampai kuah mendidih .
Bila dah masak dan cukup empuk boleh la ditutup api dapur . Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak.

Kak rose suka sangat gandingkan masak lemak cam ni dengan ikan masin goreng, boleh bertambah2 lah nasik jadinya.
 

Friday, November 10, 2023

Masak lemak ciliapi udang+kacang panjang


Bahan bahan:
10-15 ekor udang
Kacang panjang secukupnya
1 kotak kecik santan + sedikit air
Garam

Bahan tumbuk:
1 inci kunyit hidup
1 genggam cili padi (ikut la kepedasan memasing ya)

Cara cara:
Masuk bahan tumbuk, tambahkan santan dan air secukupnya. Kacau rata sehingga mendidih.

Masukkan kacang panjang dan udang. Akhir sekali, masukkan garam. Boleh disesuaikan rasa dan ditutup api.

Nota:
Masak kacang panjang dan udang sekejap sahaja, terus tutup api supaya kacang kekal rangup dan udang juga tidak kecut.

 

Wednesday, November 9, 2022

Sambal udang petai


RESEPI SAMBAL UDANG PETAI

BAHAN-BAHANNYA
20 ekor udang saiz besar, buang kulit dan tinggalkan ekornya, cuci dan toskan
4 papan petai, ambil isinya.
1 biji bawang besar, hiris kasar
1/2 cawan jus asam jawa (atau ikut rasa)
3/4 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
sedikit sos tiram, sedikit ajinomoto kalau suka..

BAHAN KISAR HALUS
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara2:
1- tumis bahan kisar halus smpai naik bau
2- masukkan cili kering yang dah dikisar & air asam jawa
3- masukkan bawang besar yang dihiris-tunggu sampai layu sikit
4- then letak garam, gula, sos tiram & sedikit ajinomoto....
5- masukkan petai - biakan sekejap untuk rasa & bau petai masuk dalam sambal tapi jangan lama sangat nanti petai da tak rangup
6- masukkan udang. bila udang masak, angkat dan hidang bersama nasi panas..


 

Saturday, September 17, 2022

Gulai nenas dengan udang

nenas fresh dari pokok didepan rumah, nak makan gitu jer pun sangat lah manisnya tapi kak rose memang dah plan nak masak lemak ciliapi dengan udang nenas ni... so separuh dari nenas tu memang makan gitu jer dan separuh lagi kak rose buat masak lemak ni..udang tu buat pendamping jer, kak rose lebih suka meratah nenas dalam gulai ni...apa lagi kalau digandingkan dengan ikan masin goreng, memag boleh bertambah2 makan nasik lah..

Bahan-bahan :  
  
udang secukupnya
nenas secukupnya
1 cawan santan - boleh tambah
1 batang serai dititik
1 helai daun kunyit dicrik-carik
Garam secukup rasa
 
Bahan tumbuk :
2 biji cili api - suka pedas tambah lagi ya
 kunyit hidup

Cara : 
 
Bersihkan buah nenas kemudian buang empulur di bahagian tengah yg keras dan boleh la dipotong kecil buah nenas ni .celorkan sekejap dan tapis.
Bersihkan udang, tos dan ketepikan dulu .
Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai dan daun kunyit ke dalam periuk .
Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua udang dan nenas kemudian kacau serta biarkan sampai kuah mendidih .
Bila dah masak dan cukup empuk boleh la ditutup api dapur . Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak.

 

Monday, August 15, 2022

Udang celup tepung

udang celup tepung yang gemuks2 memang sedap lah... tapi tak lah pandai nak buat macam yang kita makan kat terengganu ict yang pemes tu... tak pe lah kan, asalkan udang celuptepung camner pun rupanya tetap jugak udang celup tepung kan... dan ni yang paling mudah dan sedap lah pada tekak kami. tak perlu nak bersusah2 bancuh batter yang berbagai tepung tu, kak rose cuma guna bancuhan tepung bistari yang perasa asli untuk salutnya. 

memula bersihkan udang dan pat dry guna kitchen towel, gaulkan dengan sedikit tepung bistari tu dan lepas tu celup lah dalam batter pulak. dan goreng hingga kekuningan... dah siapppp. makan cengitu jer pun dah sedap, tapi kalau suka cicah dengan cili sos pun ok gak
 

Monday, February 28, 2022

Masak lemak cili api daging salai+mangga muda

entry sebelum masuk bulan baharu...

Bahan-Bahan

  • 500gm Daging Salai
  • 1 biji Mangga Muda
  • 1500ml santan (kalau nak kuah byk lebih tambah lagi)
  • 20 biji cili api (kalau nak pedas tambah lah cili lagi)
  • 1 inci kunyit
  • Garam secukup rasa
Cara-Cara
  • Daging salai dihiris nipis.
  • Tumbuk cili api dengan kunyit sehingga lumat.
  • Rebus daging salai dengan cili yang telah ditumbuk sekejab. Ini untuk pastikan daging salai empuk dan cili masak sempurna.
  • Apabila daging telah empuk. Masukkan santan dan garam.
  • Mangga dikupas kulit dihiris nipis. Kacau gulai sehingga mengelegak. Rasakan garamnye. Akhir sekali masukkan mangga yang telah dihiris, biar gulai mengelegak sekejab. Tutup api.

  •  

gandingkan dengan kerabu mangga sempoi ni pulak.
dan udang kertas yang digoreng salut dengan tepung bistari ni.. cara kak rose buat uang senang yak amat ni.. bersihkan udang kertas... (mmg leceh sangat sbb kecik2 kan), basuh dan toskan. masukkan tepung bistari dan udang dalam bekas bertutup, goncangkan hingga semua bersalut dan goreng hingga garing. kalau ada daun kari masukkan sebelum angkat udang tu, lagi lah sangat sedap aromanya... suka makan cenggini, meratah pun sedap jer. cumanya kurang rajin tang menyiang udang tu khennn
 

Thursday, February 10, 2022

Udang goreng bercili

lauk simple macam ni memang jadi kesukaan lah sebabnya cara memasak yang cepat dan mudah jer dan yang penting memang sedap lah pada keluarga kecil kami..jom tengok resepinya... resepi tu untuk sekilo udang, jadi kalau nak masak sikit jer pepandai lah nak adjust ya... kita yang baut dia kan, so ikut lah seera kita. Insya Allah sedap 😋😋

BAHAN-BAHAN :
1kg udang

1 biji bawang merah
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili merah
1 biji cili kering
1 biji tomato
3 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis

 *sedikit kacang panjang

CARA MEMASAK :

1. Udang buang kulit dan bersihkan, digaul garam kunyit, dan goreng. Tidak perlu goreng terlalu lama, isi udang boleh menjadi keras
Kemudian toskan.
2. Semua bahan diatas dikisar kasar. Tumis sehingga naik wangi..
Masukkan sedikit air dan masukkan kacang pnjang dan udang, gaul sebati.
(tidak perlu air byk, supaya udang kelihatan basah selepas digaul dan tidak berkuah)
3. Siap untuk dihidangkan.

 

Wednesday, December 8, 2021

Mlcp udang dengan timun tua


Bahan-bahan :  
  
Udang secukupnya
sebatang timun tua
1 cawan santan - boleh tambah
1 batang serai dititik
1 helai daun kunyit dicrik-carik (tak de, so tak letak)
sekeping asam keping
Garam secukup rasa
 
Bahan tumbuk :
2 biji cili api - suka pedas tambah lagi ya
 kunyit hidup


Cara : 
 
Bersihkan timun dan kupas kulitnya, buang biji dan potong kecil
Bersihkan udang, tos dan ketepikan dulu .
Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai dan daun kunyit ke dalam periuk .
Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua udang dan timun tua kemudian kacau serta biarkan sampai kuah mendidih .
Bila dah masak dan timun tua cukup empuk boleh la ditutup api dapur . Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak

 

Monday, October 18, 2021

Udang goreng kunyit dan kentang

 

Asalamualaikum dan selamat berjumpa kembali setelah hilang tak jumpa jalan pulang nak mengupdate dapo maya ni...adakah kerajinan ini akan terus kembali atau akan menghilang semua... tidak lah ketahuan nanti... only time will tell bak kata omputih!

udang goreng goreng kunyit sedap ni kak rose masak lama dah, tap nak jugak tepek kat sini untuk rujukan nanti2 kan.. resepi dari sini...https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=&cad=rja&uact=8&ved=2ahUKEwiZvfuTiNPzAhXWxTgGHVZYC7EQwqsBegQIAhAB&url=https%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3Dk1DiIgy1s4Y&usg=AOvVaw0SrswTHoPkTL0aIrUagwYk

Monday, September 13, 2021

Udang celup tepung bistari

 Asalamualaikum dan selamat pagi semua... lamanya terbiar dapo kak rose ni kan....

meh la hari ni kak rose kongsikan udang goreng celup tepung bistari yang cuma tinggal gambo jer ni... sejak dua menjak ni asik bz jer entah apanya... tapi yang pasti sedang berkemas untuk berpindah kerumah baru yang lama... eh, camner tu ya... sebenarnya rumah tu dah lama cumanya kini baru jadi kepunyaan kami... so berkemas lah segala harta karun yang telah sekian lama dikumpul tu... so berulang lah dari rumah ni ke rumah tu, nasib baik tak jauh jadi boleh lah angkut sikit2 barang kecik2 dulu.. dan yang selebihnya tu kenalah sewa lori movers... semuga dipermudahkan urusan perpindahan kami nanti..
sebelum tu jom la tengok udang goreng celup tepung bistari yang sedap ni..kak rose guna tepung bistari perasa original tu, dan tepun ni dah masin kan, so tak yah buh garam dah. just bancuh dan celup udang yang dah dibuang kulit tapi tunggalkan bahagan ekornya tu, goreng dengan minyak yang cukup panas. dan siap... makan hangat2 cicah dengan cili sos memang sedap sangat lah buat kami... teringat makan gorengan ict kat pantai terengganu pulak. entah bila lah agaknya boleh sampai kesana  lagi kan. covid, cepat lah pergi. kami nak hidup bebas dan normal macam dulu2...
 

Monday, August 30, 2021

Peria goreng udang


  1. Bahan Utama:-
    1 biji peria kambas
    1 mangkuk kecil udang
    1 ketul kiub ikan bilis
    1/2 cawan air

    Bahan Tumbuk Lumat:-
    1 biji bawang besar
    1 biji lada merah
    2 ulas bawang putih
    1/2 camca teh garam kasar

    Cara membuatnya:-
  2. Belah peria dan buang biji. Potong serong setiap belahan dan rendam dalam air bersama 1 camca besar garam selama 15 - 20 minit. Kemudian toskan. Tujuan untuk mengurangkan rasa pahit.
  3. Dalam kuali, panaskan 2 camca besar minyak. Tumis bahan2 tumbuk halus hingga wangi, masukkan kiub ikan bilis dan udang, kacau dan tuang air.
  4. Bila mendidih, masukkan peria tadi dan gaul hingga rata. Kecilkan api dan masak untuk 2 - 3 minit hingga peria lembut. Rasa garamnya dan jika kurang boleh ditambah sedikit lagi

gandingkan dengan daging masak lemak ciliapi yang tak pedas ni..memang ngam lah buat kami.
 

Monday, March 22, 2021

Udang Diraja

Kenapa namanya udang diraja? tukang masak ni pun tertanya tanya jugak.. terima kasih tuan resepi asal yang kongsikan resepi sedap nih... dan kak rose dapat masa cari resepi masakan udang dan en google bawak kak rose ke macam2 resepi udang dan yang ni jadi pilihan untuk tetamu yang datang bertamu pada hari minggu lepas.. kiranya 1st time jugak lah mencuba resepi udang diraja ni... jom check it out resepi nya..
Alhamdulillah, berselera tetamu menikmati hidangan dengan lauk simple macam ni digandingkan dengan ikan siakap masak tiga rasa, sayur campur dan juga ketam masak lemak cili api buah tangan ihsan dari tetamu.

Bahan – bahan:

  • 4 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili kering
  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai diketuk
  • 1kpg asam
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu gula
  • 1/2 sudu garam
  • 1 cawan santan pekat

Cara penyediaannya:

  1. Basuh udang bersih-bersih. Jangan lupa buang tahi udang.
  2. Tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik bau.
  3. Masukkan serai ketuk.
  4. Masukkan udang. Kacau dan sebatikan.
  5. Masukkan santan pekat, serbuk kunyit, asam keping dan perasakan dengan garam, gula dan perasa (optional).
  6. Masak jangan lama sangat nanti hilang rasa kesegaran udang.

 

selamat sudah makan2 kami... Alhamdulillah...

Saturday, January 2, 2021

MLCP udang dengan nenas

Salam tahun baru buat semua dan menu pertama ditahun baru kak rose.... masak lemak cili padi udang dengan nenas. nenas ni kak rose bawak balik dari kampung hujung minggu lepas tu. memang manis sangat dan bila buat gulai dengan udang ni memang tak de rasa masam langsung. sedap sangat lah pada tekak orang kampung macam kak rose ni.. nenas ni makan cenggitu jer pun sedap. meh kak rose tepek resepinya, ni kak rose masak untuk kami berdua jer..kalau untuk ramai sekeluarga, pepandai la nak ejas bahan bahan tu ya...

Bahan-bahan :  
  
6 ekor udang
nenas secukupnya
1 cawan santan - boleh tambah
1 batang serai dititik
1 helai daun kunyit dicrik-carik
Garam secukup rasa
 
Bahan tumbuk :
2 biji cili api - suka pedas tambah lagi ya
 kunyit hidup

Cara : 
 
Bersihkan buah nenas kemudian buang empulur di bahagian tengah yg keras dan boleh la dipotong kecil buah nenas ni .celorkan sekejap dan tapis.
Bersihkan udang, tos dan ketepikan dulu .
Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai dan daun kunyit ke dalam periuk .
Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua udang dan nenas kemudian kacau serta biarkan sampai kuah mendidih .
Bila dah masak dan cukup empuk boleh la ditutup api dapur . Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak.

seminggu tak jumpa nasik, dapat gulai udang ni bertambah2 nasik pulak jadinya. apa lagi bila digandingkan dengan ikan bawal emas goreng garing ni...memang tah berhengat kami berdua makan. no sayur? no problem. ni pun dah cukup buat kami ditahun baru ni..
 

Thursday, November 26, 2020

Masak lemak udang dengan nenas

bila dapat beli udang yang size L ni memang sangat nak buat masak lemak cili api campur dengan nenas cam ni... udang kena simpan dulu hingga dapat beli nenas pulak lah... so bila dah ada tu moh ler kita buat masak lemak cili api udang dengan nenas ni... actually tak lah masak lemak cili api sangat sebab kak rose guna dua biji jer cili api tu. tukang makan tak tahan pedas, nasib baik tukang makan tak kisah dengan apa saja yang tukang masak hidangkan... Alhamdulillah..
kak rose memang masak sikit jer... untuk sekali makan, sebab malam memang nya kami tak amik nasik dah... cukup lah dengan snek ringan atau pun kuih muih minum petang tu..

Bahan-bahan :  
  
6 ekor udang
nenas secukupnya
1 cawan santan - boleh tambah
1 batang serai dititik
1 helai daun kunyit dicrik-carik
Garam secukup rasa
 
Bahan tumbuk :
2 biji cili api - suka pedas tambah lagi ya
 kunyit hidup

Cara : 
 
Bersihkan buah nenas kemudian buang empulur di bahagian tengah yg keras dan boleh la dipotong kecil buah nenas ni .celorkan sekejap dan tapis.
Bersihkan udang, tos dan ketepikan dulu .
Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai dan daun kunyit ke dalam periuk .
Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua udang dan nenas kemudian kacau serta biarkan sampai kuah mendidih .
Bila dah masak dan cukup empuk boleh la ditutup api dapur . Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak.

cukup untuk kami berdua dan yang pasti mesti ada ikan masin goreng nak dilawankan dengan gulai nenas udang ni. bertambah2 lah nasik.
 

Thursday, September 10, 2020

Udang goreng kunyit

 Asalamualaikum dan selamat pagi semua...

ada hari rajin kak rose untuk nak masak2.. bila ada tukang makan maka tukang masak pun rajin lah nak sediakan juadah kan... ni kak rose masak masa anak2 ada kat rumah ni sebab rumah derang ni masih tak de bekalan air... jadinya derang pun berkampung kat sini... Alhamdulillah mama pun jadi rajin masak walaupun dengan bahan apa yang ade jer dalam fridge... udang goreng kunyit togel2 pun boleh lah kan...

Bahan-Bahan:

  • udang saiz besar secukupnya, siang buang kulitnya
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 ulas bawang merah, hiris nipis
  • 1 biji cili hijau, hiris kasar
  • 1/2 biji bawang besar, hiris nipis
  • Sedikit daun bawang untuk hiasan
  • Garam secukup
  • 3 sudu besar minyak masak

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan udang, gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Perap seketika.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan udang yang diperap tadi. Goreng sehingga separuh masak dan masukkan bawang besar, cili merah serta sos tiram.
  4. Masukkan sedikit air dan kacau seketika.
  5. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang/daun sup.

 

Tuesday, August 11, 2020

Masak lemak ciliapi udang dengan nenas

Bahan-bahan :

1 biji buah nenas
1 mangkuk udang besar (dalam 10 ekor)
 3 cawan santan – boleh tambah
2 batang serai dititik
1 helai daun kunyit dicrik-carik
Garam secukup rasa
sedikit gula

Bahan ditumbuk lumat :

5 biji cili api - kalau nak pedas boleh tambah ya
2 cm kunyit hidup

 Cara memasak:

Bersihkan buah nenas kemudian buang empulur di bahagian tengah yg keras,
dipotong kecil, rebus dan toskan airnya.
Bersihkan udang dan ketepikan dulu.
Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai dan daun kunyit ke
dalam periuk .
Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan nenas kemudian kacau serta biarkan sampai kuah mendidih .
Masukkan udang.
Bila udang dan nenas dah masak ditutup api dapur. perasakan garam dan gulanya.
Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak.

 

Saturday, June 6, 2020

Masak lemak udang+kacang panjang

Salam hujung minggu dan salam pkp hari ke 81

 duduk dirumah ni moh ler kita masak dan makan dan masak dan makan saja...macam2 resepi dah cuba... kekadang sampai buntu tukang masak ni nak sediakan menu tu...mana2 yang jadi kesukaan tukang makan tu lah yang berulang2 masaknya... dan buat kak rose stok udang memang sentiasa ada, maklumlah yang ni lah paling mudah nak sediakan.. dari freezer tak perlukan nak tunggu lama utuk nak thawkan..dan boleh dipelbagaikan cara menyediakannya... so kali ni masak lemak cili api campur dengan kacang panjang. jom kak rose kongsikan resepinya..

Bahan bahan:
10-15 ekor udang
Kacang panjang secukupnya
250 gram santan segar pekat - ½ biji kelapa
Garam

Bahan kisar:
1 inci kunyit hidup
1 genggam cili padi (ikut la kepedasan memasing ya)

Cara cara:
Masak bahan kisar sehingga airnya kering dan masak. Masukkan santan dan air secukupnya. Kacau rata sehingga mendidih.

Masukkan kacang buncis dan udang. Akhir sekali, masukkan garam. Boleh disesuaikan rasa dan ditutup api.

Nota:
Masak kacang buncis dan udang sekejap sahaja, terus tutup api supaya kacang kekal rangup dan udang juga tidak kecut.

Sunday, June 16, 2019

Gulai udang+nenas


 gulai noneh kata kawan kak rose.. memang pebret msak cam ni dan dilawankan pulak dengan ikan gelama masin goreng... memang bertambah2 lah makan nasik... lupa segala nak berdiet tu. dan ni lah firet masak selepas berhari raya. bagi dapo rehat sekejap selepas sebulan asik bersilat didapo semasa puasa hari tu. memang kami lebih suka kalau masak sendiri masa berbuka puasa tu...so kenalah tiap2 hari bersauna didapo kan... sekarang rehat lah balik, bagi dapo sekali sekala jer berasap..

jom tengok resepi masak lemak ciliapi udang dengan nenas yang sedap ni..

BAHAN-BAHAN :  

1 biji buah nenas
udang secukupnya
3 cawan santan - boleh tambah
2 batang serai dititik
1 helai daun kunyit dicrik-carik
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
10 biji cili api - suka pedas tambah lagi ya(kak rose guna 2 biji jer ciliapinya)
3 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK : 
 
Bersihkan buah nenas kemudian buang empulur di bahagian tengah yg keras dan boleh la dipotong kecil buah nenas ni .celorkan sekejap dan tapis.
Bersihkan udang, tos dan ketepikan dulu .
Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai dan daun kunyit ke dalam periuk .
Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua udang dan nenas kemudian kacau serta biarkan sampai kuah mendidih .
Bila dah masak dan cukup empuk boleh la ditutup api dapur . Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak.

Thursday, April 25, 2019

Udang goreng kunyit

 masak simple dan campak2 cam ni memang sedap kan.. apa lagi pekena dengan nasik lemak panas2 dipagi hari... berebut2 lemak berjemaah nak menempek. tapi yang penting dapat memenuhi permintaan tekak tuan tanah yang teringin nak makan nasik lemak... aik teringin nak makan sedap2 jer kan? adakah esok pagi nya rajin nak ber brisk walk dan membakar lemak yang dah banyak terkumpul tu? sendiri mau ingat lah!

Bahan-Bahan:

  • 6 ekor udang saiz besar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 ulas bawang merah, hiris nipis
  • 1 biji cili merah, hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar, hiris nipis
  • Sedikit daun bawang untuk hiasan
  • Garam secukup
  • 3 sudu besar minyak masak

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan udang, gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Perap seketika.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan udang yang diperap tadi. Goreng sehingga separuh masak dan masukkan bawang besar, cili merah serta sos tiram.
  4. Masukkan sedikit air dan kacau seketika.
  5. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang/daun sup.

Monday, December 10, 2018

Gulai udang+nenas

mask lemak ciliapi pebret, apa lagi kalau digandingkan dengan ikan masin goreng, boleh bertambah2 nasik tapi dengan syarat gulai tu tak pedas lah... untuk gulai ni kak rose cuma guna 2 biji jer ciliapi tu. nampak sangat tak tahan pedas, kan.... sendiri masak, sendiri mau ingatla kan, mana yang boleh makan dengan tidak... takut memudaratkan, baik lah dielak!

resepi masak lemak ciliapi udang dengan nenas ni..

BAHAN-BAHAN :  

1 biji buah nenas
udang secukupnya
3 cawan santan - boleh tambah
2 batang serai dititik
1 helai daun kunyit dicrik-carik
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
10 biji cili api - suka pedas tambah lagi ya(kak rose guna 2 biji jer ciliapinya)
3 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK : 
 
Bersihkan buah nenas kemudian buang empulur di bahagian tengah yg keras dan boleh la dipotong kecil buah nenas ni .
Bersihkan udang, tos dan ketepikan dulu .
Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai dan daun kunyit ke dalam periuk .
Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua udang dan nenas kemudian kacau serta biarkan sampai kuah mendidih .
Bila dah masak dan cukup empuk boleh la ditutup api dapur . Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak.