Bahan-bahan :
udang secukupnya
nenas secukupnya
1 cawan santan - boleh tambah
1 batang serai dititik
1 helai daun kunyit dicrik-carik
Garam secukup rasa
2 biji cili api - suka pedas tambah lagi ya
kunyit hidup
Cara :
Bersihkan buah nenas kemudian buang
empulur di bahagian tengah yg keras dan boleh la dipotong kecil buah nenas ni .celorkan sekejap dan tapis.
Bersihkan udang, tos dan
ketepikan dulu .
Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai dan
daun kunyit ke dalam periuk .
Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua udang dan nenas kemudian kacau serta biarkan sampai kuah mendidih .
Bila dah masak dan cukup empuk boleh la ditutup api dapur . Sentiasa kacau
kuah supaya santan tak pecah minyak.Kak rose suka sangat gandingkan masak lemak cam ni dengan ikan masin goreng, boleh bertambah2 lah nasik jadinya.
No comments:
Post a Comment