Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, September 30, 2015

WW: Fog di kampung.

bersangka baik.... yang ianya bukan jerebu. huh!

Tuesday, September 29, 2015

Kuih Vadai

 Asalamualaikum dan selamat pagi selasa.... muga ceria sepanjang hari sebab dah berkurang jerebu kat penang ni.... mungkin sebab banyak hujan dan harap2 tak lah berulang lagi kabus jerebu tu... boleh la melayan kuih vadai ni dengan amannya.... ni pasal semalam nampak tayangan amal dari blog CMG, maka mata dan tekak pun paksa diri merajinkan untuk membuatnya...

 pas rendam about 2 hours, blend guna dried blender n campur segala bahan.... tapi nak bentukkan macam the real vadai tu memang sangat tak pandai... memang amik masa nak membentuknya. tapi puas ati jugak dengan kejadiannya yang cam ni pun kan... resepi kak rose copy dari fotopages rinnchan, kak rose suka dengan resepi ni sbb ade bubuh jintan manis dalam tu... dan bertambah sedap bila kak rose makan cicah dengan sambal kicap jawa! ada sapa2 nak cuba macam kak rose?

meh kak rose kongsikan resepinya kat sini ... mekasih ya.

bahan2:

250gm kacang dhal
2 tangkai cili kering, digunting halus
1 tangkai daun kari, racik halus
1/2 lagu bawang besar, diracik (kak rose buh sebiji)
1 camca teh jintan manis biji
1/2 camca teh garam/secukup rasa minyak untuk menggoreng

cara:

rendam kacang dhal selama lebih kurang 4 jam (kak rose rendam 2 jam jer)
toskan hingga kering
kisar kacang dhal hingga halus, tidak mengapa jika masih ada sedikit kacang yang x hancur (kak rose guna blend yg kering tu)satukan semua bahan dalam bekas dan gaul rata
leperkan atas tapak tangan yang dialas dengan plastik yg telah disapu dengan sedikit minyak untuk mengelakkan dari melekat
susun atas dulag yg disapu sedikit minyak
goreng atas api yg sederhana besar hingga kekuningan n garing. 

Monday, September 28, 2015

Pisang goreng+sambal kicap

 menu jawa yang tak dapat ditinggalkan.... setiap kali ada gorengan akan ade jugak sambal kicap buat most orang johor... terutama nya macam kak rose ni... rasa macam tak complete kalau tak de pencicah sambal kicap jawa ni... kalau kat kedai2 makan pun selalunya dia orang akan sediakna jugak sambal kicap atas meja... jawa johor jer ke yang suka makan gorengan cicah macam ni? ataupun ada kawan2 lain yang suka makan cam ni?... selera masing masing kan.

dan pisang yang sangat sedap ni kak rose bawak balik dari kampung pemberian mak tersayang.... pisang lilin kata mak... walaupun dah ranum masak tapi bila goreng tak pulak lembik... sedap n sangat manis... dan bertambah sedap bila makan cicah dengan sambal kicap jawa ni. sepinggan cam ni makan berdua sambil melayan tab....sedar2 dah licin pinggan! heaven sungguh!

Sunday, September 27, 2015

Popia n home made cili sos

 Asalamualaikum dan selamat petang semua..... jom layan petang2 yang berjerebu dengan popia inti jejari ketam n sayur mayur cicah dengan home made cili sos yang sedap nih. sejak terjumpa resepi dari CMG ni, dah banyak kali lah kak rose mencuba resepi ni... meh kak rose kongsikan kat sini resepinya... mekasih ya cik mat.

 
BAHAN-BAHAN SOS CILI :-)
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 cawan air
3 camca besar penuh cuka (cm guna cuka makan JALEN) 
1/3 cawan gula (atau secukup rasa)
Sedikit garam
1 camca teh tepung jagung + 1/4 cawan air = kacau rata
Sedikit bijan, disangi hingga harum
 
Cara2
Kisar cili, bawang putih dengan 1 cawan air hingga halus. 
Tuang ke dalam periuk, masukkan gula dan sedikit garam. 
Kacau rata dan masak hingga mendidih. 
Kecilkan api dan masak sekejap lagi. 
Masukkan bancuhan tepung jagung dan cuka makan. 
Kacau rata dan masak hingga pekat. 
Matikan api dan tabur bijan sebelum dihidangkan bersama popia...

dan ni dia... sebakul popia dah ready untuk dinikmati.... inti popia ni kak rose buat awal2 n toskan air nya.. bila dah sejat barulah gulungkan.... x la basah kulit popia tu kan dan bila dah goreng kulit akan jadi rangup. krup krap, best.... cicah pulak denga cili sos home made ni. hmmmmmm sedapnya!

Friday, September 25, 2015

Udang celup tepung

Asalamualaikum dan salam  Jumaat penghulu segala hari.... kak rose masih dikampung sempena hari raya aidiladha dan buat tahlil untuk arwah ayah yang telah pergi menghadap Ilahi pada sebulan lepas... so ni kira auto publish... udang goreng yang dah tinggal gambar jer.... masak pada hari sabtu lepas... selalunya bila hari sabtu kak rose gantung piyok kuali tapi sbb minggu ni anak balik dan mintak ayahnya baiki lappynya, jadi nya tak la keluar g mana2.... so mama pun merajinkan diri memasak dengan apa yang ade dalam stok la... dan udang goreng tepung ni salah satu menunya...buat banyak2 dan meratah cicah dengan cili sos dan mayonis.... makan bagai tak hengat sampai lupa semua tentang allergic dan gatal tu... tapi memang ubat sentiasa ade ready untuk bila2 diperlukan.... sediakan ubat sebelum kegatalan kan!


resepi batter dari Nor Secubit Garam, mekasih ya Nor

UDANG CELUP TEPUNG
resipi : K.Nor

Bahan ~ utk bancuhan tepung:


1 cawan tepung gandum
1 cawantepung beras
2 sudu besar serbuk cili kasar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam

Cara:
Masukkan kesemua bahan2 ke dalam sebuah bekas dan gaul hingga sebati.
Ketepikan.

Bahan ~ utk Udang Celup Tepung:
300 - 500gm udang saiz sederhana
1 - 2 biji telur ~ dikocok sedikit
bancuhan tepung secukupnya
minyak 
 
Cara:
Bersihkan udang, terpulang samada nak buang kepala atau tidak (sekiranya kepala tidak mahu buang kepala, gunting sesungut dan juga muncung udang)
Toskan hingga kering.
Gaul udang bersama dgn telur hingga rata.
Ambil sebahagian bancuhan tepung tadi dan gaulkan udang satu persatu ke dalamnya hingga rata.
Goreng udang yg dah digaulkan tadi ke dalam minyak yg dah dipanaskan hingga kekuningan.
Angkat dan toskan minyak.
Hidangkan bersama sos cili kegemaran.
*selain utk menggoreng udang, bancuhan tepung ini juga boleh digunakan utk menggoreng cendawan, ayam, sotong atau juga sayuran spt peria (bg yg suka peria), terung, bendi bagi penggemar sayuran..
 

Thursday, September 24, 2015

Salam Aidil Adha 1436H

Salam Aidil Adha
Selamat balik kampung dan selamat berkorban....

Wednesday, September 23, 2015

WW: Rezeki

mekasih Astreok....

Tuesday, September 22, 2015

Asam pedas ayam

 lauk asam pedas ayam yang kak rose masak pada hari jumaat, tapi nak jugak tepek kat sini.... biar pun dah abes jadi baja... tak pe la kan... sendiri masak, sendiri buat tayangan amal dan sendiri makan.... asalkan jangan cuba2 nak cilok gambar orang lain sudah la... biar pun tak lawo, tapi tu la hasil dari kerja tangan kita sendiri kan...kalau tengok kat fb sekaramg ni gambar2 masakan kita dikongsikan tapi dengan resepi yang lain dan tak de nak credit to the photo owner! kejisssss kan... nak dapatkan banyak like dengan jalan mudah!

nak buat camner kan... asalkan jangan kita pulak terikut2 dengan cara tu udah ler... meh nak kongsikan resepi ayam masak asam pedas ni... mekasih pada yang kongsikan resepinya ya... mintak halal nak kopikan kat sini. tapi terlupa pulak nak masukkan potongan tomato dalam tu. adussss!

Bahan Kisar

  • 20 tangkai lada kering- digunting dn direbus terlebih dahulu
  • 1 labu bawang besar
  • 4 bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit belacan (kak rose x bubuh yg ni)
  • 1 sudu besar lada hitam-tumbuk halus
  • 1 ekor ayam- di potong, bersihkan dan di toskan
  • segenggam asam jawa - diramas dgn 1 cawan air
  • 1 sudu besar halba
  • 1 batang serai - diketuk
  • daun kesum - ikut suka banyaknya
  • 1 btng bunga kantan-saya tambah (kak rose x de!)
  • 1 biji tomato - di belah empat
  • 1 liter air atau lebih ikut suka sama ada nk pekat atau cair kuahnya
  • garam dan sedikit gula
  • minyak untuk menumis
Cara-cara
  1. Panaskan minyak, tumiskan halba dan 2 senduk bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing
  2. Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar lalu masukkan air , serai , lada hitam, kacau dan tunggu sehingga mendidih
  3. Masukkan ayam, daun kesum dan dan masak selama 15 - 20 minit dan akhir sekali masukkan tomato, gula dan garam secukup rasa . * masam, pekat atau cair kuahnya ikut selera masing2*
  4. Siap untuk di hidang dan dimakan

Monday, September 21, 2015

Terung masak kicap

 resepi sayur yang dah berulang ulang kak rose buat.... kalau tak buat sambal atau masak kari ni lah pilihan untuk nak makan terung... sedap pada kak rose la, tu yang berulang memasaknya. terima kasih pada Cik Mat Gebu yang mula kongsikan resepi ni dan kak rose nak kongsikan kat sini pulak ya.... sayur yang mudah disediakan dengan bahan yg pasti sedia ada dalam dapo kita kan...

 
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji terung ungu, saiz sederhana
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, rendam 5 minit dan toskan
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris (tak de la pulak!)
1 camca besar sos tiram JALEN
2 camca besar kicap pekat JALEN
2 camca besar kicap lemak manis JALEN
Sedikit air
Hirisan daun bawang untuk hiasan
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Buang sedikit kulit terung, kemudian hiris sederhana tebal. Rendam dalam air bergaram 5 minit dan toskan. Panaskan 5 camca besar minyak masak, goreng ikan bilis hingga garing, tolak ke tepi kuali, keluarkan minyak dan tinggalkan kurang lebih 3 camca besar.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih, cili hijau dan cili merah hingga layu. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap lemak manis, kacau rata dan tuang sedikit air (anggaran 1/4 cawan). Kacau rata.
  3. Bila mendidih, masukkan terung dan gaul rata. Masak dengan api sederhana hingga terung lembut dan kuah pekat sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Taburkan hirisan daun bawang sebelum dihidang..Sedap dimakan bersama nasi panas dan bubur nasi...

Sunday, September 20, 2015

It's time to renew....

 Seharian disini.... inilah hujung minggu kami hari ni... meluangkan masa hantar anak yang nak perbaharui passportnya kat Immigeresn Sungai Petani. since boleh berurusan dengan pejabat kerajaan pada hari ahad, jadi kami amik peluang la.... sungguh tak sangka.... rupanya terlalu ramai yang sependapat dengan kita.... amik peluang cuti hari ahad dan run the errand di negeri yang bekerja pada hari ahad.... dengan paking yang sangat terhad tempatnya, berulang kali berpusing2 baru dapat tempat.... maka pukul 12 baru dapat masuk....

 dan tu diah!!!! no giliran yang kami dapat.... 2197, now serving ialah 2102... so menunggu la berjam2... akhirnya dapat buku merah yang baru ni pada jam 4.45 petang.... tanya kat kaunter depan tu, katanya memang cam ni la keadaannya bila hari ahad.... katanya "kalau taboq kacang hijau, sudah pasti semuanya jatuh kena pada orang penang" tu la menunjukkan betapa orang penang yang menyerbu jabatan Immigresen sungai petani ni.... termasuk la kak rose kan.

ni la tuannya yang nak memperbaharui pasportnya.... will be going for holiday bersama kawan2 by end of next month. bayaran dah dikurangkan kepada rm200 untuk tempoh 5 tahun instead of 300 dulunya...actually passport yang lama tu masih ada empat bulan lagi untul tamat tempoh, so yang baru dapatlah additional 4 bulan untuk tempoh lima tahun tu...next the expiry date will be Feb 2021.

Saturday, September 19, 2015

Bila pisang over ripe


 ni la bila terlebih beli pisang... dan kat rumah buah lain pun ada banyak jugak... so pisang yang diidam tu macam terbiar jer... sudahnya over ripe... mula la macam2 resepi pisang yang kuor... ya la sayang jer kalau terbiar dan membazir kan... so kita transformkan dia jadi muffin yang lembut nih... mekasih pada Along Roz yang kongsikan resepi ni...

By: Roz@HomeKreation
Makes One dozen

INGREDIENTS: 170g Mashed Ripe Bananas (3 biji pisang emas) 3/4 cup Sugar 1 Egg - slightly beaten  1/3 cup Melted Butter 1 tsp Baking Powder* 1 tsp Bic Soda* 1/2 tsp Salt* 1 1/2 cup Flour* (* sift together) 


METHOD:
1. Place bananas & sugar in a bowl & mix until combined.
Add in egg & butter gradually while mixing.
Fold in dry ingredients gradually until well mixed.
2. Spoon into muffin cups/tin.
Bake 20 minutes at 180C.

Friday, September 18, 2015

Jemput2 pisang

 Asalamualaikum dan salam jumaat pada semua... tayangan amal kak rose hari ni.... jemput2 pisang yang rangup diluar dan sangat lembut didalam... lain benar bila sebut jemput2, sbb selalunya kak rose sebut cekodok jer... apa pun sama jer mendanya.... cumanya yang ni memang kena sebut jemput2 sebab cara membuatnya memang kena jemput dengan jari... baru lah dapat jemput yang molat2 ni... kalau ada pisang boleh la kawan2 cuba buat untuk juadah minum petang nanti....

 kak rose guna pisang emas... pisang ni kak rose beli kat bandar perda di seberang jaya nun... ni kes hari ahad lepas, saja membuang masa meronda2 kat seberang.... seharian dalam kereta menyelusuri jalan... tanpa ada tujuan tertentu.... cuma singgah untuk makan n solat kat mesjid dibandar perda... dan pisang ni kak rose beli ditepi jalan yang banyak jualan buah2an lainnya... tak tau pulak pisang sekarang dah jadi bahan yg berharga... sekilo 5 hengget...nampak na lama sungguh tak beli pisang cam ni... sllu bli pisang cavendish yg kat pasaraya tu je... dan dua sikat ni pun dah dekat rm12. nak wat camner kan.... tak de barang yang murah dah la ni kan..

resepi jemput2 sedap ni kak rose kopi dari Ayu Citarasa Rinduan.. mekasih ya.

Bahan-bahannya

  1. 6 biji pisang
  2. 600gram tepung gandum
  3. 1 sudu teh bikarbonat
  4. 1/2 sudu teh garam
  5. 2 sudu gula
  6. 4 sudu gula perang/melaka/merah
  7. Minyak masak untuk menggoreng
Cara menyediakan
  1. Lenyekkan pisang, garam, gula dan gula merah hingga hancur.
  2. Masukkan tepung dan bikarbonat. Tuang air sedikit demi sedikit. Kacau hingga adunan mesra.
  3. Biarkan adunan sekejap dalam 1/2 jam(30minit) tutup adunan. Panaskan minyak gorengan dan bolehlah basuh pekakas pinggan yang kotor ya
  4. Bila minyak betul-betul panas. Perlahan api, gunakan jari (pastikan korang bersihkan dengan baik) ambilah sedikit demi sedikit dan bentuk bulat adunan jemput-jemput ke dalam minyak.
  5. Apabila warna jemput-jemput bertukar ke warna kegelapan. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan.
  6. Selamat mencuba.

Thursday, September 17, 2015

Chicken chop hangus & crumbing tips

 Asalamualaikum dan selamat tengahari... duduk bangun tetiba dah menjelang tengahari... tentunya kawan2 sibuk nak sediakan juadah untuk hidangan tengahari buat keluarga kan... dan mana tau entry kak rose ni boleh memberi idea apa nak masak kan... semuanya home made dengan bahan yang ada kat dapo.... even breadcrumbs pun buat sendiri dari roti yang dah nak tamat riwayatnya... tapi fries tu beli la kan... cuma nak goreng jer. dan goreng ayam tu jangan lah sampai hangus cam kak rose punya ni.... walaupun nampak hangus tapi lembut n masih juicy didalamnya.

 kak rose memang suka beli ayam yg potong2 dah... dan yang selalu jadi pilihan ialah whole leg.... amik tang peha jer untuk buat chicken chop ni untuk memudahkan kerja.... dan kak rose dapat tips dari Amy Beh untuk nak dapatkan good crumbing untuk ayam tu...tapi kak rose tak lak amik gambo step by step.... buat keja sorang mmg payah nak amik gambo dengan tangan belemuih tepung n telo bagai kan... so kak rose kongsikan kat sini untuk sapa2 yang nak mencuba ya...


Here are a few good tips on how to get a good crumbing.


First, place flour on a deep plate, then lightly beat 1-2 eggs in a separate bowl or dish. Coat the meat in flour, then shake off excess flour and dip into the beaten egg. Remove the meat pieces to allow the excess egg to drain. (kak rose guna tepung ubi)


Coat the meat with breadcrumbs and cover with more breadcrumbs. Press the breadcrumbs onto the meat using your fingers and shake off any excess.

Arrange the crumbed meat in a single layer on a tray. Cover with cling film and refrigerate for 20-30 minutes. Remove and deep-fry in medium-hot oil.

Wednesday, September 16, 2015

WW: Lunch semalam

 ikut pesan doktor, makan buah sebelum amik main meal, betik, pisang n kiwi


the main meal-----> mee hoon goreng bodo-bodo....

Tuesday, September 15, 2015

Pulut dan rendang daging


rendang dan pulut yang kak rose buat beberapa hari lepas... selalu jer entry tertunggak... kadang2 tu memang tak de mood nak mengupdate dapur masak2 ni... amik gambar pun asal ade jer buat kenangan apa yang kita masak.... pas tu nak jugak tepek kat sini... stok pulut yang banyak, tak tau nak masak apa... terlintas pulak nak makan dengan rendang... so merajinkan diri membuat rendang from stratch.... jenuh jugak baru dapat makan, tapi puas la hati boleh makan berulang2 sampai bam bam!

 resepi rendang kak rose copy dari kak Hanieliza, tapi kak rose tak tambah cili api tu... malahan kurangkan kepedasan tu.... al maklumlah, perut dah season.... tak tahan pedas!

Bahan-Bahan:

1 kg daging [potong nipis kecil]
5 helai daun kunyit [mayang halus]
2 batang serai [ketuk]
2 ulas bawang putih [ketuk[
1/2 cawan minyak
2 cawan santan pekat
2 s/besar kerisik (yang ni kak rose suka bubuh lebih)
1 s/besar gula merah
garam


Bahan-Bahan dimesinkan
15 tangkai cili kering + ciliapi mengikut kepedasan sendiri
3 biji bawang besar
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih dikisar
1 inci halia halus
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 batang serai


Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih yg diketukkan.
2. Masukkan bahan mesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging masak sebati ngan rempah mesin sebentar.
4. Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat
5. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
6. Biarkan sehingga naik minyak.
7. Boleh dihidangkan dengan nasi atau pulut atau roti saja..

Monday, September 14, 2015

Ayam masak sos tiram n cendawan

 Asalamualaikum dan salam isnin yang berjerebu.... Penang sangat berkabus tengahari ni, pagi tadi rasanya kurang sikit dan sempatlah kak rose berbrisk walk selama sejam untuk kuorkan peluh.... tapi menjelang tengahari semakin tebal pulak jerebu.... berkabus pandangan keliling rumah... apartment kat belakang rumah pun sayup2 berbalam kelihatan pada watku cenggini... Ya Allah, semuga kita semua dalam lindungan Nya sentiasa....

lauk yang kak rose masak masa hari jumaat  lepas....  kak rose merajinkan diri memasak sbb en. asben akan balik untuk lunch sebelum g semayang jumaat kat kawasan perumahan kat sini... tak suka pergi yang dekat dengan tempat keja sbb khutbahnya dalam bahasa tamil... tak paham woooo... so tiap hari jumaat balik untuk lunch...

resepi ni kak rose amik dari blog Sajian Dapur Bonda, mekasih ya... tapi dalam ni kak rose tambahkan dengan kacang holland yang masih berbaki.... sedap krup krap rangup. mintak izin nak kongsikan resepinya kat sini ya....



Sunday, September 13, 2015

Sebagai pengganti....

 Asalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua kawan2.... semuga sentiasa dalam Rahmat Allah hendaknya... bila duk penang ni macam2 teringin yang biasa kita makan masa duk kat tempat lama kan... nasi beryani insaf, yang ni memang kak rose tak leh lupa terutama ayam gorengnya dan acar timun simpoi yang sangat sedap pada kak rose ler.... walaupun sekarang harga nasi beryani insaf tu memang buatkan kita terus insaf lepas makan tu....

dan sebagai pengganti bila terasa sangat nak makan..... nasi beryani restoran Kapitan ni.... ni pun selepas kawan2 yang suggestkan... but the verdict.... boleh la makan, tapi ... tapi not to my liking la... jauh sangat beza dengan nasi insaf tu....uhuwaaaa!!!!!... .... sebungkus ni, 1/3 jer boleh makan, selebihnya betapa dalam fridge. redha ja la bila dah duk kat penang ni kan. nak makan ikut citarasa tekak sendiri kenalah merajinkan diri untuk masak sendiri la kan! tidak la ada kerajinan ku!

Saturday, September 12, 2015

Kerepek kentang

 home made kerepek kentang untuk kudapan petang2.... dok rumah ni tak de keja selain nak mengunyah jer! stok french fries ade dua packet tapi nak jugak kerepek yang buat sendiri ni.... puas ati la dapat makan yang sendiri buat ni.... so ikut la citarasa anak tekak sendiri.... nak masin ke nak manis ker... sendiri punya pilihan la kan...

kupas kentang, potong guna slicer yang zig zag ni, taburkan sedikit garam... and zasss dalam minyak panas.... goreng hingga garing n crispy.... sedap dinikmati dengan cicah cili sos. tak sedar sepinggan beso ni sekejap jer dah abes....

Friday, September 11, 2015

Tinggal gambar jer!

 Asalamualaikum dan salam pagi jumaat yang ceria.... cuaca cerah yang semuga berpanjangan hingga ke petang.... Insya Allah. sebab kat tempat kak rose ni dah beberapa hari matahari macam malu2 nak menjengahkan diri.... mendung dan hujan  yang berpanjangan walaupun tak lebat, tapi yang bagusnya dapatlah mengurangkan keadaan yang berjerebu tu. pagi ni nampak cerah kawasan sekeliling.... Alhamdullilah dengan nikmat yang Allah sentiasa berikan... jom serikan hari Jumaat penghulu segala hari ni dengan bacaan surah Al-Khafi.

 kuey tiow kungfu yang kak rose buat dua hari lepas pun nak tepek kat sini.... tapi yang tinggal cuma gambar ni jer la ya, yang lain tu al maklum saja lah..... masakan ni memang pebret, kalau g kat kedai2 yang buat masakan thai memang ini lah yang akan kak rose pesan... suka sangat! tapi en asben pulak tak boleh nak telan, katanya... entah lah selera kita lain2 kan....

untuk resepinya leh tengok kat sini.... mekasih Sham yang kongsikannya.

Thursday, September 10, 2015

Kuih seri muka

 kuih seri muka yang berseri2... walaupun lapisan pulut tak berapa nak padat tapi tetap sedap dingap untuk minum petang ... tapi kak rose cuma buat separuh jer dari adunan ni...

Lapisan Bawah:

  • 1 1/2 cawan pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair (saya letak 1 cwn je..bergantung pada jenis pulut)
  • sedikit garam
Cara Penyediaan
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci.
  3. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak...dlm 30 minit.
  4. Setelah masak, angkat dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. **Sapu plastik dngn sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat.
  6. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas..

Lapisan Atas

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 4 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • Cara-cara
  • Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  • Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  • Kukuskan lebih kurang 30 minit.
  • Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.

Wednesday, September 9, 2015

WW: Bila terlupa....

kes emergency balik kampung, maka terus terlupa sepeket beef lasagna dalam chiller.... seminggu ditinggalkan dan ini lah yang terjadi...

nasib baik dapat merasa yang sepeket ni....

Tuesday, September 8, 2015

Ikan tenggiri tumis asam

ikan tenggiri masak asam tumis yang paling sempoi yet sangat sedap dimakan dengan nasi panas2... lauk macam ni makan banyak pun tak per kan... sebab tidak lah berlemak dan tak muak rasanya... tapi tetap jugak berminyak2 dengan tumisan dan ikan yang digoreng terlebih dulu.... apa pun memang sedap.... pada tekak kak rose ni la..

resepi sempoi ni kak rose copy dari sini.... mekasih ya...


Bahan-bahan:
bawang merah di mayang
bawang putih dihiris
halia
cili api dipotong2
air asam secukupnya
garam, gula secukup rasa

cara:
-Ikan tenggiri digoreng
-Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia bersama hirisan cili padi
-Bila sudah naik bau masukkan air asam jawa dan gula dan garam secukup rasa
-masukkan juga hirisan bawang besar dan cili merah
-masukkan ikan goreng tadi...dah siappp...

Monday, September 7, 2015

Cendawan goreng berempah cajun

 Asalamualaikum dan salam pagi isnin... memulakan minggu yang baru dengan harapan agar rajin lag nak mengupdate rumah maya kak rose ni... dan ni sayur yang kak rose masak untuk lunch semalam. bila ade cendawan selalu teringat resepi yang sedap ni... mekasih pada Nor Secubit Garam yang kongsikan resepi asalnya... dan kak rose ni tukang kopi jer... dan nak letak dalam tu pun ikut apa yang ade dalam peti magic kak rose tu... dan kali ni cuma ada kacang holland ni jer, ok la tu kan...

meh kak rose kongsikan resepinya kat sini... kalau ada kawan2 nak mencuba untuk hidangan tengahari buat keluarga tersayang...

Bahan:
200gm cendawan tiram
sedikit udang ~ dibuang kulit
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 sudu kecil serbuk cili kasar
1/2 sudu kecil cajun
1 sudu kecil sos tiram
3 bj cili api ~ jika suka lebih pedas
sedikit capsicum hijau dan merah ~ dipotong (tak de, kak rose gantikan dengan holland peas)
1 sudu kecil jus limau nipis/kasturi
sedikit garam
sedikit minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan serbuk cili kasar, cajun dan sos tiram serta capsicum.
Kacau hingga wangi.
Masukkan udang, cili padi yg dipotong serong dan garam.
Masukkan pulak cendawan dan kacau. (kuatkan sedikit api pd masa ni)
Bila cendawan dah nampak sedikit layu serta udang dah masak, masukkan per
han limau dan tutup api.
Kacau hingga sebati dan hidangkan panas2.
 
** kak rose masukkan kacang tu bersama dengan cendawan... masak sekejap jer, so holland peas tu akan tetap crunchy bila dimakan nnti)