Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, June 30, 2015

Iftar #12 - udang goreng kunyit

 lauk berbuka petang semalam.... dua belas hari berpuasa dan selama tu jugak lah hari2 kak rose masak nasik...da stat pening kepala apa menu nak disediakan untuk berbuka... tu yang hari2 kak rose buat list apa yang nak dimasak bergantung jugak dengan stok yang ada dalam fridge la kan.... kalau sediakan list berderet sekali bikak fridge bahan tak de, naya jer dibuatnya kan.  resepi udang goreng kunyit ni kak rose kopi dari sini, mekasih ya...




Bahan-bahan:
  • 10 -12 ekor udang di bersihkan
  • 1 biji piman / capsicum / cili hijau dan cili merah (kak rose ade yg hijau jer)
  • sedikit bunga kobis / carrot
  • bawang besar - dipotong bulat
  • sehiris halia - dicincang halus
  • 2 ulas bawang merah - dimayang
  • 1 ulas bawang putih - dimayang
  • sedikit serbuk lada hitam (optional)
  • sedikit air
  • serbuk kunyit
  • garam
 



Cara Memasak:
  1. Udang di gaul dengan garam dan kunyit secukup rasa.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia cincang sehingga naik bau.
  3. Masukkan sedikit air dan bunga kobis.
  4. Bila bunga kobis separuh masak masukkan udang, piman, dan hirisan bawang besar.
  5. Jika terlalu kering tambahkan sedikit lagi air.
  6. Bila hampir masak masukkan sedikit serbuk lada hitam jika suka. Perasakan garam.
  7. Kacau dan tutup api. Sedia untuk di hidangkan panas-panas. Selamat mencuba hidangan yang ringkas dan cepat untuk disediakan.


 ikut pesan tuan doctor, makan buah dulu sebelum makan yang lain.... dan nin lah dia buah kak rose hari semalam...
 satur, apa yang sde je dalam firdge, kubis, carrot n sawi....taruk jer la apa yang ade...

kuih manis petang semalam....buat satu adunan dan cuma ini yang tinggal untuk kami berdua... makan 4 buji je.... ada lagi membawak ke sahur pulok!

macam2 ada..... gulai kari ikan kurau leftover pun ada.... penambah selera

Monday, June 29, 2015

Iftar #11 ikan tenggiri dalam sos asam jawa

 Asalamualaikum dan selamat pagi...pagi hari ni kak rose nak tepek menu buka puasa petang semalam yang simple seadanya... dan semalam kak rose masak ikan tenggiri dalam sos asam jawa yang mudah... kak rose kongsikan resepi mudah ni kat sini ya..

Bahan-bahan:-
1 keping ikan tenggiri
1-2 labu Bawang Besar **
4-5 ulas Bawang Putih **
Sedikit capsicum dan tomato yang didadu
2 biji cili ap ** (kalau nak pedas tambah lagi yaa)
sedikit tepung jagung bancuh dengan air
** - cincang kasar

Cara-cara:-
-Ikan salut dgn garam dan tepung jagung goreng garing....angkat ketepikan.
-tumis bahan yang dicincang kasar tadi hingga naik bau
-masukkan air asam jawa, gula melaka/merah, perasakan garam.
-dah didih dan cukup semua rasa,
- masukkan capsicum dan tomato yg didadu tadi
- air tepung jagung untuk memekatkan kuah.
-tuang atas ikan tadi
-sedia dihidang...

 buah2an... kena keluarkan awal2 dari fridge, tak leh nak amik yang sejuk2... takut batuk menjelma semula!

 bulan puasa ni macam2 punya teringin, sayur kangkung goreng dengan udang kering dan cili merah... dapat jugak memenuhi keinginan nak makan....

kuih untuk berbuka... ulangan buat cucur udang rangup yang pernah buat masa awal puasa dulu...

Sunday, June 28, 2015

kerabu kacang botor+tauge

 kerabu yang sedap untuk makan nasik semalam.... resepi dari sini, mekasih ya Ninie. mohon izin nak kongsikan kat rumah maya kak rose ni.



Bahan bahan



7 kacang botor

50 sen taugeh segar

Sebiji bawang besar - dimayang nipis-nipis

garam dan gula secukup rasa

jus limau nipis secukupnya

kerisik kelapa secukupnya - dalam 3/4 sudu besar



Bahan tumbuk:



2 biji cili merah

1 inci belacan bakar

3 atau 4 sudu besar udang kering

**(kak rose gaul semua bahan baru sangai hingga sedikit kering)
 


BAHAN-BAHAN : 7 kacang botor 50 sen taugeh segar Sebiji bawang besar - dimayang nipis-nipis garam dan gula secukup rasa jus limau nipis secukupnya kerisik kelapa secukupnya - dalam 3/4 sudu besar BAHAN DITUMBUK LUMAT ATAU DIKISAR : 2 biji cili merah 1 inci belacan bakar 3 atau 4 sudu besar udang kering

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ


Cara

Bersihkan kacang botor serta taugeh kemudian kacang botor dipotong nipis , ketepikan dulu .
Udang kering direndam sekejap dalam air panas dan ditos .
Tumbuk lumat semua cili merah dgn belacan dan udang kering .
Masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas yang sesuai kemudian gaul semua bahan dgn kacang botor , bawang besar , taugeh , garam / gula , jus limau nipis dan kerisik .
Gaulkan semua bahan sehingga cukup mesra dan rasa jelatah jika ada bahan terkurang boleh la ditambah lagi .
Kalau suka pedas boleh ganti cili merah dengan cili api .

Iftar #10 ikan masin pembuka selera

 Asalamualaikum dan salam hujung minggu buat kawan2. semuga kita semua sentiasa dalam lindungan Nya dalam menjalani ibadah dibulan puasa ni. Insya Allah. juadah berbuka kak rose petang semalam... nampak macam banyak jer kan... tp sebenarnya masak untuk sekali nagadap je. senang nak kemas dan tak la memenuhkan fridge dengan leftover....

 gigih dipagi yang panas pergi ke rope walk semata nak mencari ikan masin dan buah2 saja. dan ikan masin gelama ni lah pembuka selera untuk makan nasik.... maklumlah jarang sangat malam2 makan nasik...tp sejak puasa ni kena jugak amik nasik sbb bila bersahur cuma makan roti n nescafe o jer... takut lepek pulak next day kalau tak de nasik kan..

 gandingan untuk ikan masin, masak lemak cili api fillet ayam campur peria.... masak dengan apa yang ada dalam fridge, kita yang buat dia kan... so suka suki masuk dalam gulai lomak tu la...

 kerabu kacang botor yang sedap.... ternampak tayangan amal dari blog Sham, tak boleh jadi kena cari jugak kacang botor ni... tapi kedai ni mmg tak take a good care dengan sayuran hijau dia... ade ke dibiar dalam plastik jer dengan cuaca panas cenggini... so layu n lebam la kacang botor yang ada... no choice, amik jer la n sampai rumah basuh bersih, bungkus dengan paper basah, masuk dalam plastik n simpan dalam fridge... petang tengok segar sikit rupanya... jadila dapat hilang ngidam nak makan kerabu kacang botor ni..

 popia emergency, pengganti samosa yang kak rose buat tapi tak menjadi.... entah dimana silap samosa yang kak rose buat kulit dia pecah dan isi terburai dalam kuali... nasib baik ada popia frozen... tak payah thaw terus goreng jer... penyelamat!

last but not least... buahnya. suka sangat dengan anggur ni, beso2 n pejal isi dia,... tapi part yang tak sukanya ialah ade biji n kena koyak kuli tu.... haishhhh!!!

Saturday, June 27, 2015

Iftar #9 Kung pao chicken

 Asalamualaikum dan selamat pagi....Alhamdullilah masih diberi kesempatan untuk terus menjalani ibadah puasa di samping ibadah yang lain dibulan ramadan... dan buat  tukang masak untuk keluarga macam kak rose ni, menu untuk berbuka memang boleh buat pening kepala... mula lah mengeledah blog kengkawan2 cari idea apa yang nak dimasak... kawan2 cam tu jugak ker? maklumlah selalunya kak rose ni masak seminggu sekali pun dah kira ok, ni kan pulak nak masak tiap2 hari...

so semalam kak rose buat chicken kung pao dan sayur ulangan, tofu and mixed vege bersos tiram...dan panaskan leftover gulai kari kepala ikan hari tu... cukuplah untuk berbuka petang semalam.... nak resepi chicken kung pao tu, meh kak rose kongsikan kat bawah ya..

 kuih manis pulak kali ni... cek mek molek, buat banyak ni pun boleh berbaki hingga ke sahur! jadi sahur kak rose hari adala tambahannya selain dari toast n nescafe o tu...

 buah kiwi dan fragrance pear... yg ni memang tak berbaki la....lepas tarawih sambung mengunyah sambil ngadap pc...

sayur ulangan... tapi sayur ni nak kena makan panas2 baru sedap kan... tu yang tak dapat nak amik gambo complete set juadah berbuka... kak rose masak selepas semayang magrib... nak resepi boleh tengok kat sini ya.

Perapkan bersama 15minit:
2 sudubesar sos tiram
1 sudukecil tepong jagung
sekeping dada ayam (saiz kecil) dipotong kecil
Cara:- goreng hingga ayam masak tapi tak perlu garengkan, ketepikan.
Bahan Sos disatukan:
1/4 cawan air pati ayam
1 sudubesar kicap manis 
2 sudubesar sos cili bawang putih
1 sudubesar gula (kak rose kurangkan sbb x suka manis...)
1 sudukecil garam
1/2 sudukecil tepong jagung.
Bahan Tumis:
1 sudubesar minyak bijan + 1 sudubesar minyak biasa
8 biji cili kering@ 3sudubesar dry chili flakes
2 biji bawang putih*
Halia muda sebesar ibu jari* dihiris
1/3 cawan kacang gajus yang telah dipanggang.
(kak rose tambah capsicum hijau)

Cara-cara: Tinggalkan 1 sudubesar minyak ayam tadi dan campur minyak bijan,panaskan dan tumis bawang putih dan halia hingga layu kemudian masukkan cili kering, tumis hingga cilli sedikit gareng. Masukkan bahan sos dan masak hingga sedikit pekat dan naik bau. Masukkan isi ayam tadi dan gaul rata selama 5 minit kemudian masukkan gajus dan kacau untuk sebatikan. Sedia untuk dihidang.

Friday, June 26, 2015

Brokoli bawang putih

 sayur simple dgn 3 bahan yang sedap... buat yang suka brokoli la.... ni resepinya, kalau buat sikit jer pepandai la nak adjust bahan2 tu ya... untuk kawan2 yang pening nak masak sayur apa untuk petang ni, boleh la mencuba nanti ya.

Bahan-bahan:

500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli
Garam


Cara penyediaan:

1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan. (brokoli akan kekal hijau cam kat atas tu)
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4. Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika. Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang.

Iftar #8 sikit tapi banyak!

 Asalamualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa hari yang ke 9... semuga kita masih diberikan kesempatan untuk beribadat dihari2 seterusnya, Insya Allah. cepatnya masa berlalu kan... dan mula la terfikir2 nak buat cookies untuk raya pulak... angan2 tu ada tapi kerajinan nan hado la pulok!... camner tu? entahkan terbuat ke tidak, tak pasti lagi walaupun ada sedikit bahan2 yang dah dibeli...

 menu iftar petang semalam.... buah kena ada... lepas minum air,sebelum makan yang lain kena la amik buah2 dulukan...stok buah ada banyak, so boleh makan berulang2... banyak ni pun tak boleh abes... so sambung makan masa sahur tadi.

 kuih orang lama macam kak rose... banyak hari dah asik sediakan kuih yang savory, kali ni buat kuih manis pulak... dan kuih lopes ni kak rose buat banyak2... dapat jiran merasa pulak. untuk kami berdua, lima keping tu pun tak terabes... dan air gula yang banyak tu nnti boleh makan dengan bubur som som pulak... another kuih yang mesti pada bulan puasa kak rose.

 lauk yang simple, ikan tenggiri dengan sos blackpepper...buat pun cuma sekeping jer. agaknya kalau beli yang dah masak berapa lah harga derang nak jual kan bila kita beli yg mentah pun dah about rm5/pc... ish! ish... tak terdaya la kak rose nak beli yg dah siap masak... the best kita masak sendiri jer la kan..

dan sayur kegemaran en. asben.... brokoli sos tiram dengan bawang putih. dengan bahan yang sangat minima, lengkaplah menu untuk kak rose berbuka petang semalam... buat pun separuh dari sebunga brokoli tu, untuk sekali ngadap je...tak nak membazir dan yang penting tak de leftover...

 
 complete menu untuk iftar semalam... ade buah, kuih n sedikit lauk... cukup dah. 1 liter air teh o untuk kak rose sorang dan en asben mesti dengan nescafenya.. Syukur Alhamdullilah dengan nikmat rezki yang Allah berikan.

Thursday, June 25, 2015

Paprik udang

 lauk simple petang semalam... mekasih hana, kak rose copy resepinya ya...

Bahan-bahan
  • 500g udang segar (kak rose buat half of it jer)
  • 4 ulas bwg merah
  • 2 ulas bwg putih - ditumbuk
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik
  • beberapa helai daun limau purut
  • 2 biji buah tomato - dipotong 4
  • 5 biji cili padi - ditumbuk (kak rose buh sebiji jer, ketuk)
  • bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
  • (kak rose buh tomato, capsicum n putik jagung)
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
  • bahan2 perasa
Cara-cara
  1. Panaskan kuali.
  2. Tumis bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis serta udang. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Iftar #7 yang sempoi

 Asalamualaikum dan selamat pagi... seminggu dah kita berpuasa dan tukang masak ni kenalah masak tiap2 hari sbb sendiri nak makan jugak... kalau hari2 biasa tu seminggu sekali jer masaknya... manyak rilek la kan. bila dah hari2 nak masak ni mula lah termenung2 garu kepala kat dapo... tu yang kak rose selalu siapkan menu apa yang nak dimasak.... sampai masa terus zassss, kejap jer dah siap. petang semalam en asben ada g param dan bli laksam... sampai waktu berbuka x tak leh nak makan.... dah masammmm...tu yang buat lagi tak suka nak membeli. masak sendiri je la... menu bodo2 pun tak per kan.

 buah2an mesti ada... orange n pear, walaupun hanya sebiji tiap satu tapi bila dah ade yang lain menu at one go... terasa banyak lak..

 untuk kami berdua, buat tauhu sumbat ni dengan tiga keping tauhu jer...makan dengan homemade chilli sauce dan kuah kacang kedai mari punya.... tapi punyalah manis kuah pecal ni...camner nak mengadjustnya... tak tertolan rasanya!

 sayur lemak tauge n tauhu dan segala apa yang ada dalam fridge kasi masuk sket2... dan jadi banyak lak... x per boleh meratah, tambah lemak yang dah kuncup disiang hari.....he he he

paprik udang dengan putik jagung, capsicum hijau dan tomato.. Syukur Alhamdullilah, selamat sudah hari ke tujuh puasa dan semuga kita semua terus diberi kesihatan yang baik supaya nanti dapat terus menjalani ibadah dibulan puasa ni...

Wednesday, June 24, 2015

Kerabu daun selom+tauge

 Asalamualaikum dan selamat tengahari kawan2 semua.... seminggu dah kita berpuasa, cepatnya masa berlalu kan.... kawan2 dah mula buat cookies raya ker? kak rose macam tak de mood nak buatnya... bahan ada la bli sket2 tapi bila entah nak mulakan...tapi mostly kalau buat pun untuk bawak balik kampung rumah emak n MIL... kalau kat rumah ni alamatnya sampai ke sudah la duk situ jer.... mungkin akan buat satu atau 2 jenis cukup la kan. eh!!! nak tepek pasal kerabu tapi jauh lah merapu merabannya... punyala nak makan kerabu ni, gigihlah berjalan kaki kekedai dekat rumah ni untuk cari tauge, daun selom tu dah bli awal2 dan bahan lain pun semua dah ade...

meh kak rose kongsikan resepinya, manalah tau ada kawan2 nak termengidam macam kak rose ni kan... resepi dari Ann yang dah lama menyepi dari dunia blogging, tapi resepinya mmg umph gitu. meratah jer pun sedap!

2 ikat selom - hiris halus (kak rose buat seikat jer)
10 sen taugeh- buang ekornya (kak rose suka banyak2 tauge)
1/2 cawan kelapa putih- disangrai sedikit hingga kering dan wangi. (jangan sampai perang)
1 tangkai cili merah dihiris 
**5 biji cili padi (ikut kepedasan memasing la ya)
**1 batang serai
** 3-4 ulas bawang merah
**segenggam ikan bilis dibersihkan (kak rose ganti dengan udang kering)
***kisar / tumbuk halus semua bahan bertanda **
1 biji limau nipis saiz besar-diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1 Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Perahkan jus limau nipis. Boleh tambah kalau suka lebih masam. Masukkan garam dan gula secukupnya. Gaul sebati.
2. Sedia dihidang.
*** taugeh boleh juga diganti dengan bunga kantan atau ditambah kacang panjang yang dihiris halus... sedap juga...

WW: Iftar #6





Alhamdullilah, syukur nikmat dengan rezeki Nya

Tuesday, June 23, 2015

Iftar #5

 Menu berbuka kami hari semalam... Alhamdullilah di murahkan rezki untuk berbuka dengan juadah yang seadanya tapi cukup mengenyangkan. masak pun setakat untuk kami berdua sekali makan, sbb bila sahur kami cuma makan roti n nescafe jer.... kari kepala ikan tu mmg tak terhabis, separuh lagi simpan dalam freezer untuk next hidangan pulak... x baik membazir kan

 the deesert, buah apple hijau n pisang kaki yang sangat mahal pada kak rose.... 4.99/pc, beli 3 biji jer pun 15 hengget...tapi apa menda yang murah sekarang kan... semuanya mahal dan bergst lagi.

 crabsticks goreng celup tepung rangup untuk berbuka... buat sikit cam ni pun tak terhabis untuk kami berdua.... ya la nak makan banyak2 kang bila sampai nak tang nasik tak termakan pulak...makan ni sket dan minum air teh o banyak2 dan lepas semayang maghrib barulah makan nasik... tak leh makan banyak2 nnti mengantuk masa tarawih!

 bende goreng dengan telo dan udang kering, sayur pebret sepanjang masa... buat pun cuma untuk dua orang makan punya portion.

dan kari kepala ikan tenggiri bersama dengan terung bulat... makan separuh potong jer dan sebelah lagi kak rose simpankan for next hidangan... Alhamdullilah dengan limpahan rezkinya.

Jejari ketam celup tepung

 Asalamualaikum dan selamat pagi kawan2.... semuga sentiasa dalam lindungan Nya dan diberikan kesihatan yang baik untuk terus menjalani ibadah ibadah dibulan ramadan ini, Insya Allah. dan ini menu berbuka kami petang semalam, jejari ketam celup tepung cicah dengan home made sos cili. buat pun setakat 10 sticks, tu pun x leh nak abes... perut dah mengecut kot atau penuh dengan air teh o tu.. tapi memang x leh nak makan banyak menda ni sbb nak makan nasi pulak kan...

meh kak rose kongsikan resepi nya, cnp dari Maz, terima kasih ya...




Bahan-bahan

1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan allpurpose flour
1 sudu kecil baking powder
50ml susu segar
1/4 sudu kecil yis kering - larutkan dalam 2 sudu besar air suam
1-2 titik pewarna kuning
air sejuk peti secukupnya
sedikit serbuk pati ayam @ garam
jejari ketam secukupnya - yg dah lembut
minyak untuk mengoreng sos pencicah

Cara

1. Dalam mangkuk satukan bahan kering, kemudian masukkan susu segar, yis, pewarna dan air (air tu masuk sikit-sikit, maz tak sukat pun, jangan cair sangat, biar bila celup jejari ketam tu lekat gitu), kemudian rehatkan sekejap bancuhan dalam 5-7 minit.
2. Panaskan minyak secukupnya, celupkan jejari ketam dalam adunan dan goreng hingga perang dan garing dikedua bahagian. Angkat dan toskan, sedia untuk dinikmati bersama sos pilihan.