Asalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdullilah selesai sudah pertama Ramadan dan malam kedua ber tarawih dan dapat menjalaninya dengan sempurna dengan izin Allah, Syukur Alhamdullilah... dan inilah juadah simple iftar pertama kami untuk hari pertama berpuasa... ikut pesan doktor, makan buah semasa perut kosong, so kena la amik buah dulu... pear n sour plum yang manis.
karipap inti daging yang kak rose sediakan stok sebelum puasa ari tu, tinggal nak gorengkan aje... banyak ni pun tak leh nak abes, membawak hingga ke sahur...
sayur pun simple jugak, terung masak kicap. walaupun simple tapi sedap buat kami berdua.... makan sampai habis. resepi asal dari blogger femes CMG, dan pernah kak rose tepek kat sini ya, untuk kawan2 yang ingin nak mencuba.
lauk yang habis simple - ayam, kentang n tomato bersambal, masak yang senang2 saja dan sambal tumis tu memang dah kak rose siapkan awal2 sebelum ramadan dulu... jadi masa untuk berada didapo sangatlah sekejap... x sampai sejam dah siap semuanya. mudahkan bila kita dah rancang awal2 apa nak disediakan untuk iftar dengan persetujuan isi rumah la semestinya....
list as per persetujuan isi rumah for 1st day iftar.... sticky note tampal depan2 biar senang nampak, stick to apa yang nak dimasak. senang kan bila dah prepare awal2 cam ni...tak la blur jer bila sampai masa nak masak nnti.
1st ramadan, iftar simple kami. Alhamdullilah diberi kesempatan untuk menyambung hari kedua pulak. Aamiin.
12 comments:
Alhamdulillah..
Memang itu yang sebaiknya.
Sederhana.. itu lebih baik.
Assalamualaikum Kak Rose,
Simple tu lebih afdal, tak membazir. Lagipun kita ni nak makan banyak mana pun kalau hidangan iftar penuh semeja...
wahhh...betul2 well prepare ni kak, tahniah
Salam Kak Rose..Selamat berpuasa utk Kak Rose sekluarga.
Atie pon kat rmh msk simple2 gak...mls nak lama2 kat dapo..hihi
Simple dan sedap
simple ja...senang masak sendiri la kan??mudah jaaaa
singgah blogwalking :) salam ramadhan
Sham, itu pun dah payah nak menghabeskannya, maklumlah berdua je!
Waalaikumsalam Intan, betul tu... kalau makan terlebih mau sengkak perut nanti.
Ann, nak memudahkan diri sendiri... x la menung kat depan fridge nnti!
Sama2 Aite, kalau boleh nak serengkas yang boleh kan.
zai zamree, Insya Allah mengenyangkan... Alhamdullilah
mekasih singgah sini dan salam Ramadan buat sue jugak
Post a Comment