Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, May 31, 2020

Rindu nak melenggang mak limah...

Asalamualaikum dan salam syawal ke 8
salam hujung minggu dan salam pkpb hari ke 75

 dek kerana kita semua masih dalam perintah kawalan pergerakan bersyarat, makanya mostly aktiviti pun duduk kat rumah saja... even raya pun tak kemana2, cuma rayakan bersama keluarga kecil kami saja... dan yang paling kak rose rindu sangat nak berlenggang mak limah dipadang macam yang kak rose buat sebelum ni... walaupun berjogging adalah dibenarkan dalam masa pkpb ni, tapi rasa macam tak secure untuk nak berjimba2 di luar kan.. even untuk membeli belah pun, cuma buat grocery jer... itu pun baru dua kali jer keluar dalam masa pkp ni..en asben yang buat marketing lah dalam masa pkp ni.  bertabah je lah ya..

 so untuk nak kurangakan kemalasan dan rindu nak berjalan berbrisk walk tu, kak rose bukak lah mesin tread mill yang dah berzaman berbungkus ni.... dari zaman berpindah dari penang dah hampir tiga tahun duduk sini, baru lah bukak mesin ni..dan sebab dah lama sangat tak berbrisk walk, semalam kak rose mulakan lah...doploh minit atas ni pun dah berpoloh2.. tapi dengan kelajuan yang minima jer sbb masih takut jugak dengan lutut yang pernah tercedera dan terpaksa menjalani rawatan physio therapy di sdmc semasa sebelum pkp. so kena lah beringat2 agar tak berulang terpeleot lutut tu!

 waalupun lama berbungkus sejak berpindah kesini, mesin ni tak de masaalah... masih mampu berikan khidmatnya buat kak rose yang ragu2 nak berjalan kat taman tu.. semuga istiqomah dalam kisah penjagaan kesihatan diri sendiri..rindu nak dapatkan semula target sepuluhribulangkahsehari tu...

weight pagi semalam...dan dengan harapan untuk tidak menaik lagi lah nombor di alat penimbang ni...

Saturday, May 30, 2020

Macam2 ada...

Alhamdulillah, tak pernah putus stok buah...

 punya lah susah nak dapatkan yang ni..

 at last dapat jugak selepas berbaris panjangggg nak masuk ke giant.

 beli jer dari penjual yang lalu depan rumah..

 kebetulan jumpa jambu air yang besar2 dan manis ni.. tapi rega ya ampunnn!

 yang ni mudah nak dapat, banyak tempat ada jual..

pisang berangan yang selalu en asben beli kat kedai runcit..

again pisang berangan... en asben kata buah ni jer yang mudah nak beli.. tak perlu berbari s kat kedai runcit.. apa jer lah...semuanya akan jadi kenangan masa membeli dalam keadaan pkp... ada banyak kali jugak beli tembikai merah dan kuning, tapi tak dan nak amik gambo lak...

 yang ni bawak balik dari kampung semasa sebelum pkp. banyak buah tempatan jer yang en asben beli semasa bulan puasa hari tu... dia memang tak kuasa lah nak masuk ke pasaraya kalau kena berbaris bagai kan.. so jalan paling mudah beli apa yang ada jer kat kedai runcit.. dan redho jer dengan apa yang dibeli, ketua keluarga jer yang boleh keluar kan...

Friday, May 29, 2020

Nasi arab kabsah ayam

Alhamdulillah, home made nasi arab didapo seripayaku..

 lamaaaaa sangat teringin nak masak nasi arab ni, tapi asik tak kesampaian jer... bila sebut jer nak makan nasi arab terus lah ke Rawsha di seksyen tujuh atau pun g Hadrawmat di Glenmarie tu.. lagi mudah kan, duduk jer nasi pun terhidang.. tak perlu nak bersilat didapo bagai... tapi bila bahan pun dah beli, dan dek pkp punya lah susah nak dapat daun ketumbar, berusaha jugak dapatkan tak kan nak biar kejung dalan fridge kan... so meh la buat nasi arab kabsah ni... resepi kak rose amik dari fb disini..

 salad arab simple yet sooo sedap... cili tu boleh lah kurangkan kalau tak tahan pedas macam kak rose ni kan... so kak rose cuma guna sebiji jer cili api yang pedas tu... pandai2 lah nak adjust, ikut  kepedasan memasing kan..

Salad Arab
3 biji tomato (dipotong dadu)
1 batang timun (dipotong dadu)
1 biji bawang besar
4 biji cili padi hiris
2 biji cili hidup hiris
Daun ketumbar
1 sudu kecil garam dan sedikit serbuk lada hitam
lemon sebiji
2 sudu gula
1 sudu yogurt plain (kak rose omit yang ini)

Campurkan semua bahan dan gaul rata


 sos harrah pun sangat sedap dan memang ngam ditekak kami.. yang ni pun ikut lah kepedasan memasing ya... dan kak rose blend guna pengisar yang kering tu, so tak memang tak guna air. harum bau daun ketumbar tu bila dah blend...jom tengok resepinya..

Sos Harrah
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil perahan lemon
3 bj cili padi
1sudu tomato paste
daun ketumbar
garam
gula

Kisar semua bahan tanpa air.
Sedia utk dihidangkan


 nasi arab kabsah ayam...

Bahan-Bahan:

1kg beras Basmati(rendam 30minit)
Ayam 1 ekor dipotong 12 bahagian.
3 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
3-4 biji cili hijau (cili hijau tak de, so guna cili merah, tak cantika lah pulak!)
Minyak Zaitun untuk menumis.
3 sudu besar rempah kabsah (kak rose guna ready made rempah)

(kalau nak buat from scratch resepi ada kat bawah ya)
1 biji buah tomato dipotong dadu

Cara Masak:

Tumis bawang dan cili hijau yang telah dimayang sampai wangi. 
Masukkan rempah kabsah.
Selepas garing masukkan ayam dan masak sampai kering airnya. masukkan air dan beras diikuti dengan garam. Boleh juga ditambah setengah cawan susu cair.Selepas nasi masak,letakkan sedikit minyak sapi.


** cara kak rose: perap ayam dengan rempah kabsah dan biarkan dalam sejam, pas tu rebus sekejap. keluarkan ayam dan air rebusan jangan dibuang, guna untuk masak nasi pulak.. lepas tu ikut cara sepeti diatas. tak de tambah susu, nasik dah masak elok.

sedap dinikmati panas2.. pinggan kak rose yang tak tahan pedas... sos harrah dan salad pun amik sikit jer, tapi sudahnya berulang2 menambah! dan kalau rajin nak buat rempah kabsah ni, meh kak rose kongsikan resepinya..


Bahan utk rempah kabsa*

1 sdu makan bunga cengkih
1 sdu makan lada hitam
1 sdu makan jintan manis*
1 sdu makan jintan putih*
2 sdu makan ketumbar biji*
1 sdu makan buah pelaga*
1 sdu makan serbuk kunyit

Cara:
1. Goreng semua bahan bertanda * tanpa myk sehingga naik bau.

Bila dah naik bau kisar sehingga hancur.
Satukan dgn serbuk cili dan serbuk kunyit.
Kacau rata.Simpan didalam bekas yang kedap udara.
Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. 

Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

Thursday, May 28, 2020

Sarapan selepas raya..

Asalamualaikum dan salam Syawal ke lima hari ini..
pkp/pkpb hari ke 72...

hari ni nak tepek menu sarapan keluarga kecik kak rose.. belum memulakan untuk berpuasa enam selepas raya ni.. Insya Allah kalau dah reda dan setel semuanya nanti... so sementara tu meh ler nak tepek kat sini sarapan kak rose anak beranak... yang kat atas sekali ni bila anak dah balik kerumah sendiri dan en asben pun dah stat keja... bekpes sorang2 dengan taost n kiwi fruit, juga susu omega yang kak rose tak amik sepanjang berpuasa... so mula kan lah balik susu dan oats tu.. sebenarnya awal pagi tadi dah amik nescafe o kosong dan oats, so yang ni kira macam tea break lah.. boleh gitu?

 yang ni menu pagi raya kami... masak simple jer.. rendang daging, nasi impit, kuah lodeh dan sambal tumis. lemang dan serunding daging tu beli jer... cukuplah untuk kami anak beranak dan untuk jiran2 sebelah jugak... ade lemang, rendang ayam sambal ijo dan kuah kacang dari jiran sebelah kanan dan nasik impit dan rendang ayam dari jiran sebelah kiri pulak..meriah menu pagi raya kami..

 pagi raya kedua... tak mo dah menu raya, so goreng mee dengan udang banyak2, goreng tempura dan buah betik dan pisang... Alhamdulillah..

next day tu masak nasik lemak pulak... goreng kan fillet ayam bersalut dengan tepung bistari sebagai side lauknya..Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan...

Tuesday, May 26, 2020

Iftar #30 mee udang

Alhamdulillah, it is a wrap...
selamat tinggal ramadhan dan selamat datang syawal
lambat bersiaran untuk menu berbuka puasa hari terakhir ramadhan..

 masih belum terlambat untuk ucap selamat hari raya, maaf zahir batin, kan.. hari terakhir berpuasa kak rose masak mee udang atas permintaan en asben... senang tukang masak kalau ada request menu macam ni kan... tapi sedikit renyah nak sediakan semuanya in between nak sediakan bahan2 memasak untuk hidangan pagi raya... walaupun cuma beraya sendiri2, tapi hari kemenangan ini haruslah kita sambut dengan kesyukuran dengan nikmat rezeki yang Allah berikan Aamiin..

 so ini lah menu hari terakhir puasa tu.. walaupun lambat nak jugak tepek kat sini buat kenangan kerajinan tukang dapo ni memasak setiap hari untuk hidangan berbuka...mee udang yang lemak kaw kaw dengan segala dayang pengiringnya...

 seperiuk kuah untuk mee udang berposing atas dapo jer... dan terus ke meja... tak kuasa dah nak senduk cantik2... kawan2 jangan ikut kemalasan macam kak rose ni ya...😜😜

 mee udang seadanya, bawang goreng pun dah lupa nak tanur atas tu... hentam saja lah kan...

 buah yang sentiasa ada...mangga lemak manis yang sangat besar saiznya.. sebiji penuh pinggan bujur besar nih!
dalam kalut tu siap jugak sagu gula melaka ni... dari awal puasa teringin nak makan tapi sampai akhir puasa baru lah dapat buat.. Alhamdulillah.. dan syukur sangat walaupun ramadhan kali ini sangat berlainan, kita menyambutnya dalam keadaan normal baharu, tapi yang penting kami dapat sempurnakan ibadah solat sunat terawih dirumah, berimamkan en suami sebagai pembimbing... namun terasa jugak rindu dengan kebiasaan solat dimesjid beramai2 tu... missing my kawan2 mengaji dan kulaih2 dimesjid.... semuga lepas ni keadaan akan kembali normal walaupun masih dalam keadaan normal baharu, tapi kita akan bebas melakukan rutin seharian seperti dulu2 tanpa sekatan... Insya Allah. yang penting kita jaga kita... sama2 berusaha kearah memutuskan rantaian covid 19.

Sunday, May 24, 2020

Selamat hari raya Syawal 1441

1 Syawal 1441, pkp/pkpb hari ke 68


selamat berhari raya kepada semua..
berhari raya dalam keadaan normal baharu
tiada episod jalan jem balik kampung
tiada ziarah sanak saudara
tiada ziarah sahabat handai
tiada ziarah rakan taulan
tiada salam bersalam
raya sendiri sendiri
dimana kita berada
disitu kita rayakan kemenangan
setelah sebulan berpuasa
duduklah di rumah
kita jaga kita
demi kesihatan dan kesejahteraan Malaysia kita
bersama kita putuskan rantaian covid 19
kita pasti menang.

maaf zahir dan batin

Saturday, May 23, 2020

Iftar #29 seadanya saja..

Asalamualaikum dan salam hari terakhir ramadhan 1441
bye bye ramadhan dan selamat datang Syawal dengan norma baharu...

 bila dah ke penghujung berpuasa ni, nak sediakan menu untuk berbuka pun dah buntu.. tukang masak pun sediakan apa seadanya untuk kami berdua... Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi...

 goreng mee hoon as per request by en asben... buat banyak, dapat jugak antar kat jiran..

 walaupun jenuh nak menyiang udang kertas yang kecik2 ni... tapi kak rose suka sangat udang ni bila digoreng garing bersalut tepung bistari cam ni... walaupun kak rose sediakan awal2 dan makan cuma selepas waktu terawih, tapi masih tetap rangup krup krap... suka meratah, makan gitu jer.

dan sayur ni pun en asben yang mintak.. peria goreng bercili dengan udang kering dan telor. selebihnya ada sekeping ikan tenggiri bersambal leftover sebagai lauk tambahan. cukup lah untuk kami berdua...dan hari terakhir kami akan berbuka dengan anak2.. so lengkap lah raya kami anak beranak.. tapi tetap jugak rindukan arwah emak bapa... Al-Fatihah buat keduanya...😭😭

Friday, May 22, 2020

Iftar 28 kuih tepung pelita

asalamualaikum dan salam Ramadhan ke 29 dah hari ni
ramadhan semakin sampai ke penghujungnya da syawal bakal tiba..

 semalam merajinkan diri buat tepung pelita ni... lama nak buat tapi bila kami berdua jer tu yang asik terbantut nak membuatnya.. tapi Alhamdulillah dalam 24 bekas comel ni untuk kami cuma empat bekas jer.. tu pun cuma mampu makan sebekas sorang.. so ada dua lagi dalam fridge.. yang lain tu rezeki jiran dan tapau untuk anak... yang ni kak rose guna pure air daun pandan untuk kaler hijau tu..wangi tapi tak berapa menyerlah kaler dia kan... so kalau nak lagi cantik, titikkan sedikit warna hijau ya... resepi tepun pelita kat sini..

 buat jugak kuey teow goreng ni... berbagi jugak dengan anak.. resepi dari blog Azie Kitchen, mekasih kongsikan resepi ya...

 honey dew dan betik yang manissss..

 belum bermekap...

 mekapkan dengan sambal dan berbagi jugak dengan anak.. untuk kami 2 potong tu pun masih berbaki lagi sekeping.. macam2 leftover dah dalam fridge.

 sotong goreng kunyit untuk anak..

 kalilan ikan masin.. lama sungguh tak makan kailan nih

tapau untuk anak... mama dan siapkan, so balik kerja terus singgah dan bawak balik.. tak la kelam kabut nak siapkan menu berbuka buat mereka

Thursday, May 21, 2020

Iftar #27 home made cendol

rasanya sekejap jer dah dekat sebilan kita berpuasa kan.. and ramadhan almost come to an end. tapi kak rose tak de buat persiapan raya macam sebelum2 tu... no cookies sbb tak boleh balik kampung kan.. ok, this is my home made cendol... suka makan cam ni jer dengan sirap gula putih... without santan n gula merah tu, as if macam eat clean kan...actually tak de pun eat clean, cumanya kurangkan yang lemak2 tu lah kononnya... tapi bila tang lauk pauk, masih jugak guna santan yang lemak kaw kaw punya! dan kali ni tak de gambar lauk sempoi yang kak rose masak semalam.. rasa flat lepas menggodek rendang raya! nak resepi cendol, kak rose amik kat sini...mekasih ya

buah mangga sebiji sangat lah besar, dekat sekilo sebiji. dan ni kali ketiga kak rose potong baru habis sebab kami cuma berdua, so hidang pun untuk sekali ngadap untuk berbuka puasa jer..Alhamdulillah sepanjang puasa ni tak putus stok buah, walaupun yang sama berulang2 kak rose tetap suka semuanya..

 blur dah nak sediakan menu berbuka, goreng jer stok frozen yang ada... potato wedges dan marina tempura jadi penyelamat.. tapi menjelang waktu berbuka, jiran bagi donut bertopping cekelat dan kawan pulak hantar kuih bakar pandan...terima kasih semua... so memang tak termakan masa berbuka, jadinya kami makan semasa sahur tadi. kiranya ni first time sahur tanpa toast lah kan..

rasa lelah jugak menggodek hampir dua kilo daging untuk rendang raya nanti.. walaupun kita raya sendiri2 dan dirumah saja kena lah jugak rayakan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa... so sediakan stok rendang ni.. yang lain tu nanti lah pagi raya baru fikirkan...

Wednesday, May 20, 2020

Iftar #26 mlcp daging batang pinang

Asalamualaikum dan salam 27 Ramadhan, salam tujuh likor...

 dah dekat nak raya pun asik tepek menu berbuka jer kan... mana cookies raya, tak de buat ker?? entah ler... memang tak de mood langsung nak mengukis... since raya pun sendiri2 jer, buat apa yang kita rasa nak makan jer. cuma buat tat nenas, cukuplah untuk kami anak beranak beraya...raya yang sangat berbeza buat semua untuk kali ini kan.. menu berbuka semalam kak rose masak lemak cili api daging batang pinang, walaupun cuma guna 3 biji cili api untuk hampir sekilo daging ni... tetap sedap lah untuk kami... since kami berdua jer, so tapau untuk anak yang tak sempat nak sediakan juadah berbuka bila dah stat kerja..

 fillet ayam goreng dengan tepung bistari... kononnya buat macam pop corn chicken tu lah.. dan yang ni pun tapau jugak untuk anak berdua tu... sebelum ni memang tak pergi office sbb pkp, bila dah stat kerja berselang hari ni memang kelam kabut sket lah nak sediakan menu berbuka... so mama yang ada kat rumah ni, masak dan tapaukan untuk mereka..

 the best ever lauk bila digandingkan dengan masak lemak cili api tuh... boleh bertambah2 nasik walaupun makan dah lewat...

 kuih cara manis untuk juadah berbuka, untuk kami berdua, untuk anak dan untuk jiran sebelah..

buah tembikai kuning dan merah yang manis... ramadhan semakin menghampiri kepenghujungnya dan syawal bakal menjelma... tapi tetaplah #stayathome, raya sendiri2 jer...

Tuesday, May 19, 2020

Iftar #25 nasi goreng daging

Asalamualaikum dan salam Ramadhan ke 26..

 bila ada lebihan nasik dan tak nak membazir, nasik goreng lah jawapnya kan... walapun masak cuma satu pot jer, tapi selalu je ada berbaki... so kita pelbagaikan nasik goreng lah.. kali ni kak rose buat nasi goreng daging yang sedap nih... tapi bila makan dah lewat dan perut pun kenyang waktu berbuka tadi, so nasik goreng yang sedikit ni pun tak terhabeskan... maaf lah ya wahai nasik. resepi nasi goreng daging ada kat sini ya..

 dan menu berbuka kak rose berdua, sumi jelly sorang seketui, cukup dah..

buat lagi onde onde keledek ni... kes nak abeskan keledek oren yang masih berbaki tu... buat pun sikit jer. Alhamdulillah tak berbaki, cukuplah 10 biji untuk kami berdua...

for the dessert, buah mangga apple yang besar dekat sekilo sebiji tu, dan yang ni sepertiga jer kak rose potongkan gandingkan dengan tembikai merah. Alhamdulillah rezeki untuk hari ini...