rasanya sekejap jer dah dekat sebilan kita berpuasa kan.. and ramadhan almost come to an end. tapi kak rose tak de buat persiapan raya macam sebelum2 tu... no cookies sbb tak boleh balik kampung kan.. ok, this is my home made cendol... suka makan cam ni jer dengan sirap gula putih... without santan n gula merah tu, as if macam eat clean kan...actually tak de pun eat clean, cumanya kurangkan yang lemak2 tu lah kononnya... tapi bila tang lauk pauk, masih jugak guna santan yang lemak kaw kaw punya! dan kali ni tak de gambar lauk sempoi yang kak rose masak semalam.. rasa flat lepas menggodek rendang raya! nak resepi cendol, kak rose amik kat sini...mekasih ya
buah mangga sebiji sangat lah besar, dekat sekilo sebiji. dan ni kali ketiga kak rose potong baru habis sebab kami cuma berdua, so hidang pun untuk sekali ngadap untuk berbuka puasa jer..Alhamdulillah sepanjang puasa ni tak putus stok buah, walaupun yang sama berulang2 kak rose tetap suka semuanya..
blur dah nak sediakan menu berbuka, goreng jer stok frozen yang ada... potato wedges dan marina tempura jadi penyelamat.. tapi menjelang waktu berbuka, jiran bagi donut bertopping cekelat dan kawan pulak hantar kuih bakar pandan...terima kasih semua... so memang tak termakan masa berbuka, jadinya kami makan semasa sahur tadi. kiranya ni first time sahur tanpa toast lah kan..
rasa lelah jugak menggodek hampir dua kilo daging untuk rendang raya nanti.. walaupun kita raya sendiri2 dan dirumah saja kena lah jugak rayakan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa... so sediakan stok rendang ni.. yang lain tu nanti lah pagi raya baru fikirkan...
2 comments:
Jika dekat dah hulur mangkuk Minta cendol Tu kak rose..
Sedapnya 😋
Terliur tengok rendang Kak Rose 🤤
Post a Comment