Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, August 27, 2020

Lepat ubi kayu

 

Alhamdulillah... bila balik kampung ada saja bekalan yang dibawak balik... terima kasih adik yang bekalkan ubi kayu ni... dan bila sampai rumah sikakak ni teringin sangat nak makan lepat ubi.. so ini lah kejadian lepat ubi tu.. yang kat atas ni gambar lama yang pernah buat dulu, sebab kali ni memang tak teringat nak amik gambo sebab dah soooo eager nak makan... hangat2 pun tak kisahkan, asalkan dapat makan... rasa puas sangat dapat makan lepat ubi yang kenyal goyang gedik gedik tu... meh kak rose kongsikan resepi nya..

Bahan-Bahan

  • 4 cawan ubi parut (kalau belum parut/kisar dlm 1 1/2 kg ubi)
  • 1 1/2 cwn kelapa parut (putihnya saja)
  • 1/4 cwn santan pekat 
  • 1 1/2 cwn gula pasir
  • 2 sudu besar tpng ubi  
  • 1 cwn gula merah*
  • 1/2 cwn air*
  • 2 helai daun pandan, simpulkan* (*bahan yg perlu dimasak,sejukkan dulu dan tapiskan)
  • secubit garam 
  • Daun pisang secukupnya,-di layurkan dan lapkan bersih
Cara-Cara
  1. Buang kulit ubi, bersihkan dan potong kecil. Buang sekali empulur tengahnya.
  2. parut ubi ubi dan dapatkan dlm 4 cwn ubi yg telah diparut. tapiskan
  3. Setelah siap, ambil kanji yg terdapat pada air tos ubi tadi(yg keras dibawah dan airnya di buang).
  4. Satukan kanji ubi bersama ubi parut tadi dan gaul sebati.
  5. Masukkan kelapa parut, garam, gula pasir, santan pekat, tpng ubi dan air gula merah yg telah ditapis tadi.
  6. Gaul rata semuanya dan ketepikan dulu.
  7. Ambil daun pisang bersih tadi dan sudukan 2 sudu besar ke atas daun. Lipatkan kanan kiri dan bungkus dngn kemas. Bungkus sehingga habis adunannya.
  8. Kukus lepat ubi selama 40 minit dngn api sederhana kuat.
  9. Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah dihidangkan


Wednesday, August 26, 2020

Kuih cakar ayam


 ade yang suka kudapan ni? bila dah mengunyah tak mo berenti pulak!

Tuesday, August 25, 2020

Yang simple itu lah sedapppp..

udang goreng kunyit seadanya...simple yet so sedap untuk tukang masak dan tukang makan jugak.

sayur pun apa yang ada dalam fridge je... cuma cauliflower dan celery pun boleh lah...

 dan makan dengan nasi putih panas2... cukuplah untuk lunch kami berdua 💑💑. Tq Allah.


Monday, August 24, 2020

Kembali bermula...

 Alhamdulillah.... hari hari jumaat kami...

Syukur Alhamdulillah.. setelah terhenti beberapa bulan dek pendemic corona virus, pada pagi jumaat lepas kami memulakan bacaan surah Al-Kahfi beramai seperti yang kami lakukan sebelum ini... walaupun dengan jemputan dan untuk memeriahkan majlis tuan rumah yang akan melangsungkan perkahwinan anak perempuannya, kami tetap sooo eager nak memulakannya.. dengan SOP yang sangat ketat dari tuan rumah seperti yang disarankan oleh KKM tetap kena ikuti... laluan keluar masuk yang berasingan, didepan pintu masuk ada buku catitan kehadiran, sanitiser dan jugak alat mengambil suhu dan yang pastinya face mask tetap kena pakai... masa nak amik gambo ni jer kami semua bukak... baru lah nampak muka memasing setelah hampir lima bulan tak bertemu... kecoh dibuatnya..

antara tamu jemputan yang hadir... maklumlah kehadiran tak boleh melebihi 20 orang dalam satu2 masa... so tuan rumah pun mintak maaf banyak2 sebab tak dapat nak jemput semua... tapi kita semua memahami sangat2 dalam keadaan sekarang ni kan..

tuan rumah  dan ketua muslimat kami..


 antara kami2 yang hadir... dan yang pasti SOP tetap dipatuhi..

 

Thursday, August 20, 2020

Salam Maal Hijrah 1442

 Asalamualaikum dan salam tahun baru buat semua...


 

Semuga tahun 1442 Hijrah akan mendidik dan menjadikan kita insan lebih baik dari tahun2 sebelumnya .. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

 

Wednesday, August 19, 2020

Saturday, August 15, 2020

Snek, macam macam ada..

 Selamat berhujung minggu buat semua.. jom jamu mata dengan snek minum petang2 kak rose ni

rolls kek dengan tiga perasa or tiga kaler actually 😜 beli jer ni...

kek pisang dan marble kek... x de rajin la nak buatnya. makan ok lah!

sweet bun dan cohocolate muffin...

air fryer keropok lekor... 

dengan rajinnya buat cek mek molek yang sedap nih..

store bought karipap kentang...

another home made... potato wedges yang sedappp cicah cili sos.

pisang tanduk goreng cicah sambal kicap jawa. best!!

danish butter cookies and apple.

pop corn chicken...beli frozen dan gorengkan... sedap

marina tempura dan store bought sardin puff  goreng dala air fryer... rasa so so jer

kek resepi rahsia yang sedapppppp..

 cempedak goreng without the biji... puas makan bila goreng sendiri kan...

Friday, August 14, 2020

Bila ada sedikit rajin..

 Alhamdulillah....

rajin lah sangat kan... masak nasik, goreng sayur dan ayam kicap leftover..



 tauge dan daun kucai pun sangat lah sedapnya lahaiiii.. Syukur sangat2...

Thursday, August 13, 2020

Peria goreng rangup

 kudapan yang bila makan memang tak boleh nak berhenti... sebekas tu sekejap jer dah hilang dari pandangan... walaupun renyah nak buatnya, tapi memang berbaloi. sedap namatey! jom buat lagi...

Peria secukupnya...

Bahan salut:
tepung goreng serbaguna bistari perisa pedas
tepung goreng serbaguna bistari perasa original
sedikit tepung beras
** jumlah ketiga2 tepung ni agak2 jer, campurkan supaya nanti kerepek tak terlalu pedas dan masin.

Cara:

1. Ambil penyagat dan sagat buah peria yang telah dibuangkan isi dalamnya
2. basuh peria dan toskan, biar kering
3. masukkan peria kedalam bekas (kuantiti untuk sekali goreng), isi tepung dan tutup bekas tadi, goncangkan hingga tepung bersalut rata pada peria
4. panaskan minyak dengan banyak dan goreng terendam hingga garing
5. angkat dan toskan minyak dan biarkan sejuk, simpan dalamm bekas kedap udara untuk kekal rangup.

Wednesday, August 12, 2020

WW: Nasi goreng

 my many version of nasik goreng...



 ðŸ˜‹ðŸ˜‹


Tuesday, August 11, 2020

Masak lemak ciliapi udang dengan nenas

Bahan-bahan :

1 biji buah nenas
1 mangkuk udang besar (dalam 10 ekor)
 3 cawan santan – boleh tambah
2 batang serai dititik
1 helai daun kunyit dicrik-carik
Garam secukup rasa
sedikit gula

Bahan ditumbuk lumat :

5 biji cili api - kalau nak pedas boleh tambah ya
2 cm kunyit hidup

 Cara memasak:

Bersihkan buah nenas kemudian buang empulur di bahagian tengah yg keras,
dipotong kecil, rebus dan toskan airnya.
Bersihkan udang dan ketepikan dulu.
Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai dan daun kunyit ke
dalam periuk .
Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan nenas kemudian kacau serta biarkan sampai kuah mendidih .
Masukkan udang.
Bila udang dan nenas dah masak ditutup api dapur. perasakan garam dan gulanya.
Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak.

 

Monday, August 10, 2020

Jejari ketam celup tepung

bila buntu nak sedaikan menu untuk minum petang, meh la geledah fridge... apa yang ada dalam tu tu kita jadikan dia untuk juadah minum petang... rpanya ada setepek beso jejari ketam ni duk betapa dalam freezer, keras kejung disitu. entah bila belinya, nasib baik jer tak expired lagi kan... jom ler goreng dia untuk kudap petang2 digandingkan pulak dengan nescafe o pebret nih...
 jom kak rose kongsikan resepi dari maz kat sini ya..

Bahan-bahan

1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan allpurpose flour
1 sudu kecil baking powder
50ml susu segar
1/4 sudu kecil yis kering - larutkan dalam 2 sudu besar air suam
1-2 titik pewarna kuning
air sejuk peti secukupnya
sedikit serbuk pati ayam @ garam
jejari ketam secukupnya - yg dah lembut
minyak untuk mengoreng sos pencicah

Cara

1. Dalam mangkuk satukan bahan kering, kemudian masukkan susu segar, yis, pewarna dan air (air tu masuk sikit-sikit, maz tak sukat pun, jangan cair sangat, biar bila celup jejari ketam tu lekat gitu), kemudian rehatkan sekejap bancuhan dalam 5-7 minit.
2. Panaskan minyak secukupnya, celupkan jejari ketam dalam adunan dan goreng hingga perang dan garing dikedua bahagian. Angkat dan toskan, sedia untuk dinikmati bersama sos pilihan.

Sunday, August 9, 2020

Makan2 di Uncle K

 Alhamdulillah dengan rezekiNya... Aamiin

makan makan kami anak beranak hari sabtu lepas... actually plan asal nak makan di Jom Bali, tapi hari tu tutup lah pulak... dan ada satu pak cik tu suggest makan kat sini, bersebelahan jer dengan jom bali tu.  katanya ni orang melayu punya dan menu pun sedap2... so kita pun cuba lah ya... nasik kandar pilihan en asben.. no veges n ikan goreng tu sangat lah nipisnya.. alahaiiii...
yang ni kak rose punya... sangat lah tak menepati citarasa kuey teow kungfu ni sebab ada rasa dan bau hanyir sotong tu... kuis2 makan jugak lah jugak...
fettuccine carbonara... cuma sosej jer? at rm20.70, rasa macam tak berbaloi jer kan...
 sizzling wantan mee...boleh la bak kata DIL... lain orang lain citarasa kan... but untuk kami mungkin ni kali jer... maaf ya .

Saturday, August 8, 2020

Clinique Aromatic Elixir

 Alhamdulillah... dapat dah idaman hati...

sesekali nak jugak berwangi2an... walaupun cuma duduk dirumah jer kan...
bila dah beli satu, nak jugak additional yang lain tu... ada free gift yg kecik2 tu...
suka lah dapat semua ni...
lagi lah banyak happy bila dapat voucher ni..
 terima kasih pada en asben yang belanja beli semua ni... dah, dah moh la balik....

Bila pulak dia bertukar ni???

 oh my.... lama tak update dapo ni... dah dia bertukatr layout pulak dah!!!! poning nak belajar menda baru cam ni.... baca2 pun masih susah nak paham gak... alahaiiiii blogger... knapalah nak tukar2 layout bagai!

Tuesday, August 4, 2020

terjebak jugak...

set enamel cawan dan piring...

 rasanya dulu masa kecik2 selalu mak bagi guna pinggan dan cawan enamel ni kan... ya lah kalau bagi yang kaca kang banyak yang pecah pulak... dan masa tu mana nak tau pulak yang jenis pinggan mangkuk ni jadi trending sekarang... dan bila tengok orang lain dah ade kita pun nak jugak lah.. walaupun cuma dua set ni yang mampu beli... buat ada lah kata orang..tigaploh ringgit satu set... dalam gamba nampak beso, tapi bila sampai  kecik cenonet jer cawan dan piringnya...

cawan tu cuma boleh isi setengah mug kopi yang selalu kak rose guna tu...kecik cenonet sungguh kan.  memang kena menambah lah kalau hidang dalam set cawan macam ni...hihi