Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, November 25, 2023

Robbanna

 Semuga Allah memperkenankan permohonan hambaNya,  seorang pendosa. Aamiin

  

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ اَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Wahai Tuhan kami, perkenankanlah (permohonan) dari kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.

رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau salah.

رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya.

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami.

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا

Wahai Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan-lebihan dalam urusan kami.

رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ

Wahai Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak (adil).

رَبَّنَآ اَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَّتَوَفَّنَا مُسْلِمِيْنَ

Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan muslim (berserah diri kepada-Mu).

رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim.

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ

Wahai Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu-bapaku dan semua orang yang beriman.

ﺁﻣـــــــــــﻴﻦ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِــــــــــﻴْﻦ

Thursday, November 23, 2023

Ayam masak bali


Bahan-bahan
Ayam ~ 4 keping chicken thigh
1 biji bawang besar / 6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 sudu serbuk kunyit ~ k.nor guna 1in kunyit hidup
1 sudu kecil ketumbar (coriander powder)
1 sudu kecil jintan manis (aniseed)
1 sudu kecik jintan kasar (ground fennel seed)
3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
Kicap pekat ~ k.nor letak 1 sudu besar
Cili kering ~ k.nor letak 2 sb cili mesin
1 tangkai daun kari
3-4 helai daun limau purut
Asam keping
Minyak masak
Garam
Gula
Cara-cara
Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.
Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.
Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.

* * Cara K.Nor:
Setelah ayam digoreng 3/4 masak, angkat dan ketepikan.
Pastu tumis semua bahan2 perapan hingga kering dan masukkan sedikit air dan masak lagi hingga pecah minyak.
Pastu boleh la diteruskan kaedah berikutnya spt dlm resipi.

*** kak rose ikut cara Nor yg lebih mudah ni....
*** terima kasih pada yang kongsikan resepi.

Friday, November 10, 2023

Masak lemak ciliapi udang+kacang panjang


Bahan bahan:
10-15 ekor udang
Kacang panjang secukupnya
1 kotak kecik santan + sedikit air
Garam

Bahan tumbuk:
1 inci kunyit hidup
1 genggam cili padi (ikut la kepedasan memasing ya)

Cara cara:
Masuk bahan tumbuk, tambahkan santan dan air secukupnya. Kacau rata sehingga mendidih.

Masukkan kacang panjang dan udang. Akhir sekali, masukkan garam. Boleh disesuaikan rasa dan ditutup api.

Nota:
Masak kacang panjang dan udang sekejap sahaja, terus tutup api supaya kacang kekal rangup dan udang juga tidak kecut.

 

Thursday, November 9, 2023

Brokoli bawang putih

so simple yet sooo sedap buat kami sekeluarga... berulang2 masak pun tak jemu!

Bahan-bahan:

500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli


GaramCara penyediaan:
1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan.
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4. Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika. Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang.
 

Wednesday, November 8, 2023

Thursday, November 2, 2023

Daging bakar thai mudah

ada daging dalam freezer yang dah kejung beku tu meh lah kita tukarkan dia jadi daging bakar ni. kalau nak ikitkan malas memang tak menjadi lah gamaknya... tapi bila ada tukang makan maka kita pun merajinkan diri lah membuatnya. walaupun masa perapan tu sekejap jer tapi tetap lah sedap dan lembut jer daging ni bila dah bakar dalam kuali ajaib tu.. bakar sekejap dan balik2 kan. kalau nak cicah sos cili pun sedap, tapi ratah cenggitu pun dah sedap. cili sos ni kak rose guna sos cili thai dan perahkan asam limau dan tabur sedikit daun ketumbar. kalau nak pedas boleh potongkan cili api dan masukkan dalam cili sos tu. siap!
Bahan:
- 1/2 kg daging hiris nipis2
- 4 ulas bawang putih
- 1 batang Serai
- Kicap
- Sos tiram
- Garam
- Gula
 kalau nak cicah sos cili pun sedap, tapi ratah cenggitu pun dah sedap. cili sos ni kak rose guna sos cili thai dan perahkan asam limau dan tabur sedikit daun ketumbar. kalau nak pedas boleh potongkan cili api dan masukkan dalam cili sos tu. siap!

Cara penyediaan (daging):
1. Tumbuk bawang putih & serai sehingga lumat.
2. Gaulkan daging bersama kicap, sos tiram, garam & gula. Perap daging.
3. Bakar daging.
4. Siap!
 

Wednesday, November 1, 2023

Kuih lapis acuan viral

terjebak jugak lah! bila tengok orang buat sangat cantik kejadiannya maka tukang dapo ni pun nak lah mencubanya. tapi yang pasti kejadiannya sangat sedap walaupun tak lah secantik orang lain punya... gaya nak sedapkan hati sendiri lah tu kan... cumanya kalau lah ada kaler warna putih dan kaler merah tu lagi terang tentu kejadian nya jadi sangat cantik lah, contrast kaler merah dan putih tu. kan...tapi sebab kak rose ni tak suka ker yang terang sangat maka gitu ler jadinya. apa pun rasa memang superb! mekasih yang kongsikan resepi.

Bahan-bahan

2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan santan kotak kecil
3 cawan air masak
1 cawan gula
1 sudu teh garam

Cara:

campurkan semua bahan dan bahagi kepada 2 bahagian
1 letak pewarna merah 1 biarkan putih

masukkan satu sudu kecik berselang setiap warna
kukus selapis² selama 4 minit
lapisan terakhir kukus selama 10 minit 

biarkan sejuk baru keluarkan dari acuan.

**oles acuan dgn minyak utk mudah keluarkan