Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, February 29, 2016

Ayam goreng kunyit

 masak yang simple dan sedap dimakan...yang pasti dengan bahan apa yang ada dalam fridge... dan lauk yang sentiasa ada cuma lah ayam, be it whole leg, chicken thighs, keels, drumsticks or chicken fillets... memang jarang sangat beli ayam yang seekor gitu sbb ada bahagian2 yang memang tak jalan kalau kat rumah ni.... especially bahagian dada dan kepak tu... so kita beli apa yang nak dimakan je la kan... kalau fillet mahal sangat, kak rose bli jer bahagian keel yang banyak isi tu untuk buat lauk2 cam ni... mudah kerja kan..

resepi ayam kunyit yang berbagai.... ikut la mana yang suka dihati, kita yang buat dia kan... so ikut la tekak sendiri... yg ni kak rose copy dari blog CMG yg femes tu. mekasih ya mat.

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram dada ayam atau mana bahagian ayam yang anda suka
1/2 camca teh garam*
2 inci kunyit hidup*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*ditumbuk halus)
4 tangkai kacang panjang (kak rose cuma ada holland peas jer)
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 ulas, bawang putih, hiris
1 biji cili hijau, potong kasar
1 biji cili merah, potong kasar
Sos ikan secukup rasa
1/2 camca teh gula (optional)
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dada ayam dihiris memanjang, cuci dan toskan (che mat guna dada ayam tanpa tulang). Gaul dengan bahan2 bertanda (*), dan perap 30 minit, simpan dalam peti sejuk. Kacang panjang dikerat pendek, cuci dan toskan. Ketepikan/
  2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 4 camca besar). Tumis bawang putih hingga harum, masukkan ayam yang diperap tadi. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga isi ayam berubah warna.
  3. Masukkan bawang besar, cili hijau, cili merah dan kacang panjang. Kacau rata dan masak hingga semua lembut. Masukkan gula, jika suka dan perasakan dengan sos ikan secukupnya. Kacau rata dan masak sekejap. Boleh matikan api, hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain.

Sunday, February 28, 2016

Blondie bar

 sekali lagi kak rose buat blondie yang dah kak rose derhakakan resepinya... kita yang buat dia kan... so pepandai gunakan apa yang ada didapo kita la kan...so instead of guna kopi pak belalang, kak rose guna nescafe 3 in 1 tu jer... sedaplah di tekak kak rose ni, cuma tak tau camner rasanya kalau betul2 guna kopi pak belalang tu kan.. apa pun terima kasih pada Nasya yang kongsikan resepi blondie ni..

bahan2


3/4 C mentega
1c gula perang
1/2 c gula putih @ boleh gunakan 2c gula perang
1 sachet kopi pak belalang (nak lebih kopi letak 2 sachet) (kak rose guna nescafe 3in1)
3 biji telur
2 c tepung gandum (ayak)
1/2 tsp serbuk penaik (ayak)
1/2 tsp garam (ayak)
1c kacang macadamia panggang @ badam (cincang kasar) (kak rose guna gajus)
180g cip coklat
 
cara2

Griskan acuan dengan mentega dan di tabur tepung. goncangkan lebihan tepung.
Cairkan mentega dan gula di dalam periuk.
Dengan menggunakan api yang paling perlahan
sehingga mentega dan gula cair.kacau selalu agar tidak hangus
tambahkan kopi pak belalang yang mabeless. 
Penuh dengan khasiat pemakanan sunnah...habbatus sawda..madu...luban...
Gaul rata, matikan api
masukkan telur dan kacau cepat2 kemudian tambahkan bahan yang telah di ayak dan juga macadamia akhir sekali masukkan cip coklat. 
Gaul sebati  masukkan ke dalam loyang yang telah dilengser tepung sedia di masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
untuk menguji blondie apabila sudah masak, cucukkan hujung lidi @ pisau kecil ke dalam, 
jika ia keluar licin dan bersih bermakna blondie sudah siap.
enak dihidang bersama kopi pak belalang panas @ shake belalang
 

Saturday, February 27, 2016

Time for servicing

 dah setahun duk kat penang, dan air-cond pun dah setahun jugak kat sini... musim panas ni memang all out kegunaannya... dan untuk dapatkan max prestasi kenalah belai dia kan... so hari isnin lepas, datanglah tukang service ni... cepat jugak derang ni buat, 3 biji in half a day dah siap.. siap tanggalkan every blower dan cuci kat luar... dan ongkosnya juga cepat jer keluar... @rm90/unit. tapi puas hati lah dengan service yang derang ni bagi... kemas n cermat kerjanya.

 compressor yang kat luar ni pun derang tanggalkan dan cuci jugak...

this 1.5hp unit untuk bilik yang kecik mmg tersangatlah sejuknya.... sebenarnya unit ni adalah untuk hall masa kami duk shah alam dulu, sekarang ni kat hall guna yang 1hp jer! cukuplah asalkan tidak kepanasan kan... maklumlah, pejabat kecik kita dirumah jer, kenalah manjakan diri sendiri jugak kan.

Kuih kaswi

 kuih kaswi pebret yang lembut goyang2 kenyal gitu... kuih orang dolu2 ni la yang kak rose suka nak makan dan buatnya pun mudah jer... lama dah nak buat kuih ni tapi bila gula merah yang kak rose beli entah tercicir kat mana, terus terbantut dibuatnya hinggalah dapat g beli semula gula merah ni...  kak rose guna loyang silikon munger2 ni... separuh adunan ngam2 dapat enam ketul beso2 ni... makan sebiji terus terdiam...

 Resepinya....

Bahan2

2 caw tepung gandum
1 caw tepung ubi
3/4 caw gula
1 caw gula merah
sedikit garam,
air kapur
5 caw air
cara

masak gula merah dan putih dengan sedikit air (part of 5 caw tadi), sejukkan.
satukan semua tepung, masukkan sedikit garam, air kapur, air gula dan juga baki air tadi... kalau suka boleh bubuh sedikit kicap manis (untuk lebih hitam) kacau sebati dan tapiskan. kukuskan lebih kurang 45 minit dah siap....
salut dengan kelapa putih yang d campur sedikit garam...

## batter tu selalunya kak rose kacau dulu atas api sekejap barulah kukuskan##

Friday, February 26, 2016

Homemade cheese





 Asalamualaikum kawan2... jumpa cara2 nak buat homemade cheese ni kat fb, boleh lah mencubanya nanti. boleh buat pizza n lasagna n taruk cheese banyak2 untuk ternak lemak....mintak halalkan kepada yang kongsikan resepi ni untuk kak rose tepek kat sini, sbb kalau dalam fb nnti lama2 cari dah tak jumpa... x pandai nak save kan.  terima kasih banyak2. Resepi ini bukan cream cheese ya. Nama lain adalah paneer atau cottage cheese nama bg sesetengah negara. 

 HOMEMADE CHEESE
**********************
Bahan-bahannya :
----------------------------
1 liter susu segar (**2cwn)
100 ml jus lemon @ cuka makan putih, limau kasturi@ nipis (**4 sd teh)
Secubit garam halus

Peralatan yang diperlukan:
------------------------------------------
1. Periuk stainless steel @ kaca corning.
2. Kain kasa @ tudung kasa bawal yg tidak digunakan lg boleh juga dijadikan sebagai penapis. Pastikan kain bersih dan tiada rambut yg melekat tau!.
3. Sudip stainless stell @ kayu.
4. Mangkuk
5. Tapis
6. Pemberat seperti papan mencincang/pemotong atau mortar batu @ lesung (utk memadatkan)

Cara membuatnya :
------------------------------
1. Tuangkan susu ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih dengan api yang sederhana. Kacau sekali sekala. Jgn sampai hangit atau melimpah ye.

2. Bila susu dah mendidih, masukkan cuka@ jus lemon@ jus limau sedikit demi sedikit sambil

3. Apabila susu mula menggelegak, tuangkan sedikit jus lemon @ cuka sedikit demi sedikit sambil kacau. Biarkan seketika dlm dlm 5-10 minit.

🔽Susu akan mengental dan terpisah menjadi gumpalan kecil seakan susu basi dari larutan kekuningan jernih dikenali sbg "Whey". Kacau 2 minit lagi.


4. Letakkan penapis dalam mangkuk dan kain kasa atas penapis itu.Tuangkan kandungan ke dalam kain kasa untuk mendapatkan kepadatan. Tekan2 sikit dengan spatula supaya air keluar.

🔽(Untuk mudah lagi, pulas je kain kasa tu mcm kita nak perah kain basuhan sehingga benar2 tiada air yg keluar). Akan terhasillah satu gumpalan putih dipanggil keju @ cheese.

5. Taburkan secubit garam secara merata dalam gumpalan putih itu dan gaul sebati. Gumpal sekali lagi sampai jadi bentuk bulat padat. Jika rajin, kepal2 dengan tangan. Keju siap! (Rujuk pict tutorial dbwh).
 

6. Penambahan sikit :
Untuk mendapatkan keju yg padat, letakkan gumpalan ini atas belakang mangkuk lain @ periuk dan himpit (spt buat nasi himpit) agar mampat dgn papan pemotong atau lesung batu @ mortar utk hasilkan keju yg padat dan mampat (masih dalam kain kasa).

Biarkan selama 2 jam. Keju pun siap. Bolehla balut dgn clingwrap dan simpan dalam peti sejuk.

NOTA RESEPI :
**************
Jika tak nak guna cheese time tu, balut dlm clingwrap dgn kemas dan simpan dalam peti sejuk dgn segera. Keju ni boleh tahan selama 5 hari dalam peti sejuk / chiller.

 
Resepi ini utk anggaran sukatan 500gm keju yg bernilai lebih rm20. Kos buat tak sampai rm10. Masa persediaan dalam 30 minit.

(**) sukatan dlm resepi adalah utk sukatan yg sedikit bg percubaan bagi yg nak mencuba.

INFO PENTING & TIP :
**********************
Apa itu Air WHEY?

Air dari gumpalan susu yang berwarna kekuningan jernih tu adalah dikenali sebagai Air "whey". Air ni jangan di buang sebaliknya simpan dan gunakan sebagai penganti air sekiranya anda membuat kek, bingka atau cucur. Buat kuih lapis pun sedap sbg penganti santan. Sedap dan berkhasiat. Rasanya agak manis dan berlemak.

Biasanya Air WHEY ini digunakan semula untuk membuat Ricotta Cheese dengan mendidihkan semula air ini dan menapis particle yang terhasil nanti. Tapi utk jumlah yg sedikit ini, guna jelah untuk buat kuih. Ianya kaya dengan protien dan mineral. Air Whey ini perlu disimpan dlm bekas kedap @ bertutup rapat dan di simpan dalam peti sejuk.


Zikir pembuka rezeki

 *** Zikir yang ke tiga tu sepatutnya... Subhanallah wabihamdihi....

Asalamualaikum dan salam Jumaat buat kawan2 semua.... semuga kita semua dalam lindungan Allah dan sihat sentiasa... jom kita amalkan 5 zikir pembuka pintu rezeki yang dikongsikan oleh kawan2 di wall fb... semuga memberi manafaat kepada semua, Aamiin.

Thursday, February 25, 2016

Ayam ungkep

 bila anak dah ada kat rumah ni, selalu lah jugak mama kena masak nasi...  kadang2 pening jugak pikir nak masak apa kan... dan yang penting nak masak yang mudah2 dengan bahan apa yang ada dalam stok yang pastinya.. so hari ni nak tepek ayam ungkep yang cuma tinggal gambar jer ni..

Ayam Ungkep~ by Hana
Bahan-bahan
  • 500g ayam - dipotong kecil (kak rose guna 3 kpg whole leg)
  • *3-4 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 sudu makan ketumbar
  • *1 sudu makan jintan putih
  • *1-2cm kunyit hidup
  • *1cm halia
  • *5-6 bijik cili padi - jika ingin ungkep pedas (ikut la kepedasan memasing ya)
  • 2 batang serai - ketuk. kali nih blend@tumbuk jerk skali
  • sedikit air asam jawa@ sekeping asam keping
  • garam
  • air
Cara-cara
  • tumbuk@blend bahan yg bertanda *.
  • panaskan minyak. tumis bahan tumbuk dan juga serai hingga pecah minyak.
  • masukkan ayam. tambahkan air sedikit. tutup piyuk@koli. masak hingga ayam masak.
  • masukkan air asam jawa@asam keping dan juga garam. jika suka leh letak serbuk perisa.
  • bila dh agak kering tutup api. hidangkan ngan nasi putih panas.

Wednesday, February 24, 2016

Penyejuk tekak

home made lemon iced tea my style yang sedap pada hari yang sangat panas ni... satu mug ni memang tak cukup... untungnya buat sendiri, boleh minum berulang ulang selagi mampu! kalau nak buat boleh ikut resepi yang kak rose copy dari sini.

Ingredients
  1. 2 large lemons
  2. 1 1/4cups sugar
  3. 2cups fresh mint leaves, plus more for garnish
  4. 6 black tea bags
  5. 1/2cup fresh lemon juice



Directions
  1. Using a vegetable peeler, remove bright yellow peel from lemons. Combine lemon peel and sugar in a medium saucepan with 1/2 cup water and bring to a boil, stirring to dissolve sugar. Lower heat and simmer 2 minutes. Remove from heat and stir in mint. Cool to room temperature; strain.
  2. Steep the tea bags in 4 cups of boiling water, covered, for 5 minutes. Then remove tea bags. Stir in syrup, lemon juice, 4 cups cold water, and ice cubes. Serve in tall glasses filled with ice and a few mint leaves.

WW: selamat sudah!

break n chip resistant?

Tuesday, February 23, 2016

Apam kentang

 Asalamualaikum dan selamat pagi kawan2 semua... sarapan apa pagi ni agaknya ya... kalau rajin boleh buat apam kentang macam kak rose ni.... boleh terus untuk juadah minum petang pulak. tapi selalunya pepagi hari kak rose  cuma makan oats n nescafe o tanpa gula jer... nanti lepas brisk walk tu toast n susu pulak.... asik ingat makan jer, camner nak buangkan lemak2 tu kan?

 resepi apam kentang ni kak rose copy dari Noor Secubit Garam, mekasih kongsikan ya Noor.

Bahan-bahan:
* 3/4 cwn gula pasir
* 200 ml air
* 1 helai daun pandan
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn kentang rebus
* 3/4 cwn tpng gandum
* sedikit garam
* 1 sk yeast
* 1 sk b.powder
* pewarna hijau/pandan paste
* 250 ml santan (kak rose guna sepeket santan serbuk n bancuh ngan 250ml air)


Cara-cara:
1. Kentang rebus di blend bersama dngn santan(biarkan sebentar)
2. Masak gula bersama air dan daun pandan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b.powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dgn kelapa parut.

sedap, lemak2 manis... tambah ada kelapa tu.... tapi kalau lah dapat kelapa yang muda alangkah sedapnya kan..

Monday, February 22, 2016

Daging goreng kunyit

 lauk simple dan ringkas yang sedap... masuk jer apa yang ada dalam fridge dan resepi kat bawah sebagai panduan. mekasih pada yang kongsikan kat fb

Bahan-bahannya;
1/2 kg daging dipotong kecil dan nipis.
Sedikit kunyit
Sedikit garam

1 labu bawang besar-dihiris
1 biji cili besar- sedap lagi cili solok
*ada orang letak bawang putih- saya tak suka.
**kak rose tambah tomato, potong wadges

Cara-cara

  1. Gaulkan daging dengan kunyit dan garam.
  2. Masukkan dalam kuali dan masukkan air hingga tenggelam dagingnya.
  3. Masukkan sesudu minyak masak-untuk lembutkan daging.
  4. Rebus hingga kering airnya (sambil2 tu rasakan dagingnya, kalau belum lembut tambahkan airnya lagi)
  5. Bila air dah kering, masukkan sedikit lagi minyak untuk menggoreng daging.
  6. Bila dah hampir garing, masukkan bawang yang dimayang serta cili potong.
  7. Siap!!

Sunday, February 21, 2016

Tak terlambat kan?

 rasanya tak terlambat nak ucap gong xi fa chai pada hari chap goh mei kan...


Gong xi fa cai, n a gift from a chinese friend... tq.
 
tapi kuih bakul tu tak makan pun...

Lempeng pekak di pagi minggu

 Asalamualaikum dan selamat pagi minggu buat kawan2 semua... sarapan apa pagi ni agaknya ya? meh join kak rose makan lempeng pekak cicah dengan daging palembang yang beshhh ni... 2 keping lempeng pun rasa macam tak cukup jer... apa lagi dengan cicahnya tu...masa masak daging ni memang teringat nak makan dengan lempeng, nasib baik buat banyak dan boleh frozenkan, bila nak makan just reheat jer.... mudahkan kerja cam ni, tak yah nak masak berulang kali. resepi daging palembang ada kat sini ya...

kak rose kongsikan resepi lempeng pekak ni ya... usah ditanya kenapa pekak, dah memang pun tak de telinga, camner nak dengar kan... hihi. mekasih CMG kongsikan resepinya.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum
1/4 camca teh baking powder (optional) (kak rose x letak pun...)
1 1/4 cawan air
2 camca besar minyak masak
Garam secukup rasa
sambal tumis sebagai pencicah
sebiji telor - yg ni kak rose tambah


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan semua bahan diatas kecuali sambal tumis, kacau rata dengan whisk, atau masukkan dalam blender dan kisar halus. Biar 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan, lenser sedikit minyak masak, mat cuma sapu permukaan pan tu dengan paper towel bersih yang dicelup dalam sedikit minyak. Bila panas, tuang 1 senduk bancuhan lempeng, ratakan.
  3. Bila bahagian tepi nya kelihatan mengecut dan renggang dari pan, berhati2 terbalikan dan masak hingga perang keemasan, pada kedua2 bahagian. Alih dalam pinggan dan lakukan kaedah yang sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sambal tumis...

Saturday, February 20, 2016

Buat lagi....

 CC Muffin yang jadi kesukaan kami sekeluarga... mudah dan cepat jer nak siapkan... dan dah tentunya cepatlah juga dapat menikmatinya... kalau emergency, masih boleh jugak nak siapkan dengan syarat bahan2 semua dah ready la kan... tapi bahan pun memang yang sentiasa ada didapo kan..


COKLAT CHIP MUFFIN
  • 250gm tepung
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 175gm gula
  • 150gm coklat cip
  • 250ml susu segar
  • 90ml minyak
  • 1 biji telur A
  • 1 sudu teh esen vanilla
  1. gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk.
  2. gaul bahan basah dalam mangkuk lain n masukkan campuran bahan kering tadi. gaul rata, masukkan coklat cip, gaul lagi.
  3. letak dalam papercup, tabur coklat cip lagi jika suka. bakar selama 20min.

Friday, February 19, 2016

Kuih lopis pulut

 Asalamualaikum dan salam jumaat buat kawan2 semua... pagi kak rose nak hidang kuih lopis pulut yang tinggal gambar jer ni.... sebenarnya teringat masa masih tinggal di Shah Alam, setiap pagi Jumaat kak rose akan buat kuih untuk majlis bacaan Surah Al-Khafi dengan muslimah kat sana... bila dah berpindah ke Penang ni, masih jugak teruskan bacaan setiap pagi jumaat tu walaupun cuma bertemankan Ipad, tanpa kawan2 muslimah, tanpa kuih2 jugak tanpa gebang2 selepas bacaan.... rindu sangat2!

 dan kuih lopis ni antara yang selalu jugak kak rose buat untuk majlis tu, mudah penyediaannya dan ramai pulak yang menyukainya... meh kak rose kongsikan resepinya..

Bahan-bahan

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur (kak rose x letak)
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam 
  •  *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.

Thursday, February 18, 2016

Puding jagung

 Nyaman sekali dapat menikmati puding jagung yang sejuk diwaktu cuaca yang sangat panas membahang ni... masa musim panas ni tekak nak kan yang sejuk2 nyaman gitu... kebetulan stok jagung manis masih ada, so kita buat puding mudah ni... dengan bahan yang minima dah siap puding jagung kak rose ni.. resepi kak rose copy dari MyResipi, mekasih ya


Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan jagung manis (kak rose tambah 2 tsb)
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair (kak rose guna santan pekat ----> lemaknya!)

Cara-cara

  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

Wednesday, February 17, 2016

Kacang pool

 kes tak leh tengok tayangan amal dari blog kawan2.... terpandang kat rumah maya Kak Noor, punya lah teringin nak makan... seumur hidup tak pernah buat apa lagi makannya... walaupun orang johor tapi tak reti makan ni.... lama sangat dah teringin tapi beberapa kali g tesco nak cari ramly beger tu tak de la pulak... asik tak de stok jer... kali ni sampai g ke tanah besar baru jumpa daging ramly beger ni... yg lain ada banyak tapi rasa nak jugak guna jenama ni..... sampai ke seberang jaya baru jumpa dan tertunai lah hajat dihari nak buat kacang pool ni...

 terima kasih pada Noor yang kongsikan resepinya.... kak rose kongsikan kat sini pulak ya..


Bahan-Bahan:
1 tin kacang panggang dalam tin
400gm daging kisar = 2 keping daging burger (kak rose buh 3 keping)
2 sudu minyak sapi atau butter
1 sudu serbuk kari daging
1 biji bawang holland (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang)
garam, gula dan air secukupnye
Bahan Hiasan –
1 batang cili merah atau hijau
daun sup hiris tak de stok
telur mata separuh masak


Cara Membuat:
1. Hancurkan kacang panggang yang telah dibuang air.Suka kacang bulat-bulat so tak hancur pun.
2. Panaskan minyak sapi atau butter hingga cair. Kemudian, tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah kari dan kacau. Gaulkan bersama daging kisar dan kacau sehingga daging masak.
4. Masukkan kacang panggang bersama garam dan gula. Selepas itu, masukkan air secukupnya jikalau nak berkuah lebihkan air.
5. Tunggu sehingga masak. Seterusnya, pecahkan telur dan masak telur sehingga menjadi separuh masak. (kak rose goreng asing telo tu...)
6. Hidangkan bersama cili, daun sup, dan juga roti bakar.
 Ni la hasilnya, sangat puas hati walaupun 1st time buat n makan jugak... hihi

Tuesday, February 16, 2016

Ganti baru

 Ada saja kat perumahan ni yang nak diganti baru... ialah agaknya dah terlalu lama pencawang ni memberi khidmat di block 19 ni... so it is time for replacement... dan sepanjang hari tu akan putus bekalan elektrik, tapi derang ada sediakan generator untuk bekalan letrik. kira ok la dari tak de gantian kan... tapi tak la pulak nak amik gambo masa derang ni buat keja... tau2 menjelang petang tu dah siap...

 with new paint, bangunan yang dah lama ni nampak baru semula

lori bawa generator untuk gantian electrical supply for the day... nasib baik ada generator, kalau tidak maunya kering kejung kepanasan seharian lah kami semua...

Daging palembang

 Kenapa palembang tak usah ditanya, kak rose pun tak tau...tapi katanya resepi dari seberang..  ni la nama resepi daging sedap ni... bahan pun simple jer tapi memasaknya agak lama sbb nak sedikit kering kuah tu... first time try masak ni, tapi memang berbaloi... sedap walaupun tunggu lama baru dapat makan.... hihi

resepinya kak rose dari MyResipi, mekasih yang kongsikan resepi tu ya... mintak izin nak copy kat sini lah.

Bahan-bahan
  • - 1 kg daging
  • - 2 biji bwg merah
  • - 5 ulas bwg putih
  • - 5 sudu besar cili giling
  • - 10 sudu besar kicap manis (habhal recommended)
  • - 4 sudu besar gula
  • - 5 btg serai
  • - 20 helai daun kari / 4 tangkai
  • - Santan pekat drpd 1 biji kelapa @ 1/2 tiub santan
  • - Minyak untuk menumis
Cara-cara
  1. Potong daging lebar dan tipis. Basuh bersih ketepikan.
  2. Kisar halus bwg merah, bwg putih
  3. Perap daging tadi bersama bahan kisar, cili giling, kicap & gula selama 45min - 1 jam. Nak lagi sedap, perap semalaman.
  4. Potong kecil serai & kisar halus
  5. Panaskan minyak dan masukkan serai yang dikisar bersama daun kari. Masak hingga naik bau
  6. Masukkan daging perap tadi, kacau rata, tutup kuali dan tunggu hingga daging agak kenyal.
  7. Masukkan santan dan masak lagi hingga kuah agak kering dan pekat kira-kira 30 min ke 1 jam. Siap untuk dihidang.
  8. Enak dimakan dengan nasi, ketupat, lemang dan roti. Boleh ganti rendang.

Dah petang baru siap... dan kak rose kukuskan pulut susu makan dengan daging palembang ni... esok2 boleh makan dengan nasi lak... separuh kak rose frozenkan, sekilo daging tu memang banyak untuk kami berdua jer.. so nanti kalau nak makan just reheat n lauk pun dah ready kan..

Monday, February 15, 2016

Vanilla muffin with kismis

pertama kali mencuba buat vanilla muffin dari resepi di blog nina mirza, tapi rasanya not to my liking... the texture macam a bit rough to me... mungkin silap kak rose dimana2 yang tak terperasan tu sbb jadi cam tu muffin ni.... apa pun naka bujang kak rose makan sampai abes pun, so tak la membazir kan.. kalau nak tengok tuan punya resepi asal boleh klik link yang kak rose dah bagi tu ya..


kak rose kongsikan kat sini resepinya ya, mekasih nina.

Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran (Nina guna minyak jagung)
11/4 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1 cawan gula
secubit garam

Bahan C
Kismis – Nina letak kat atas dan dalam banyak sikit.



Cara-caranya
  • Panaskan oven pada suhu 180c-190c
  • Ayak Bahan B dan satukan dalam mangkuk
  • Buatkan lubang di tengah-tengahnya
  • Dalam mangkuk yang lain, masukkan bahan A kacau rata. (masukkan telur pukul rata, masukkan esen vanilla pukul lagi, masukkan minyak pukul rata dan masukkan susu pukul lagi hingga kesemuanya rata dan sebati) Nina guna whisk.
  • Lalu tuangkan Bahan A ditengah-tengah ludang mangkuk yang berisi tepung tadi
  • Kacau rata kaup balik TIDAK lebih 20kali guna senduk ajer (Adunan akan nampak berketul-ketul sedikit – tak mengapa)
  • Biarkan seketika adunan tadi lebih kurang 5minit. Kacau bulatan dalam 2kali.
  • Tuangkan adunan ke dalam muffin cup 3/4 muffin cup
  • Letakkan kismis kat atas & dalam muffin tadi. (yg dalam Nina tekan bagi masuk)
  • Bakar muffin selama 15-20 minit atau hingga kekuning-kuningan. (bergantung pada oven masing-masing)