Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, November 30, 2012

7 Kalimah yg baik untuk diamalkan

Salam hari Jumaat yang mulia dan kak rose nak sharekan apa yang kak rose baca ni untuk kita semua amalkan.... semuga dengan perkongsian ini akan membuat kita mendapat keberkatan dari Nya. Insyaallah.




7 kalimah untuk diamalkan

Sabda Rasulullah SAW
“Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan di muliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampunkan dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.”

  1. Bismillahirrahmannirrahim (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani) –  pada tiap2 ketika hendak mengerjakan/melakukan sesuatu.

  1. Alhamdullilah ( Segala puji bagi Allah SWT) – pada tiap2 sesudah/selesai melakukan sesuatu.

  1. Astaghfirullah hal azim ) ku memohon keampunan kepada Allah lagi Maha Agung) – apabila tersilap mengatakan sesuatu yang buruk sama ada sedar atau tidak sedar, sengaja atau tidak sengaja.

  1. In shaa allah ( Dengan izin Allah SWT) – apabila ingin atau berniat melakukan sesuatu pada masa akan datang.

  1. Laa haula wala quwwata illah billah (tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata) – apabila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

  1. Innalillahi wainna ilaihi raji’un (sesungguhnya dari Allah ia datang, dan kepadaNya jua ia kembali) – apabila menerima sesuatu musibah atau melihat kematian.

  1. La ilaha illa Allah (tiada tuhan melainkan Allah SWT) – bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkan selalu muga-muga kita tergolong dikalangan orang-orang yang terpilih oleh Allah.


Thursday, November 29, 2012

Potato lyonnaise

 sejak pertama kali makan menda ni mmg rasa nak lagi dan lagi dan lagi... tu yang buat berulang2 dan tayang jugak berulang2.... sedap la pada tekak kak rose ni. mmg la kan, sendiri masak, sendiri makan dan sendiri jugak kata sedap. kalau tidak x kan berulang2 membuatnya kan...

resepi dari sini dan kak rose kongsikan untuk sapa2 yang nak mencuba....

2 lbs potatoes (kak rose guna jenis russet potato)
2 tbsp. butter
1/2 tsp. salt
1/4 tsp. pepper
1 1/2 cup. slice onion (kak rose buh 2 biji)
1 tbsp. olive oil (kak rose tambah 1 sudu lagi!)
1/4 cup chopped parsley (yg ni kak rose x dak!)

peel n halve potatoes, steam them until tender, approximately 10 minutes
cut potatoes into 1/4 inch thick slices (kak rose slice dulu baru steam it... kejap jer)melt butter in large skillet. add potato slices n cook for 15 minutes, shaking pan periodcally
after 10 minutes, add salt n pepper, turn potatoes
in a small skillet, saute onion in olive oil until browned
add onion n parsley to potatoes n cook for another 5 minutes

menda ni actually side dishes jer tp pada kak rose dah boleh jadi main meal... untuk lunch tadi, sepinggan penug ni mmg kenyang la...dan untuk bahan2 sampingan tu, apa pun boleh letak, asalkan sedap pada selera memasing la ya... yg ni kak rose gandingkan dengan sosej ayam, brokoli n carrot juga cherry tomatoes

Wednesday, November 28, 2012

ww: brokoli + udang



Alhamdullilah.... sayur untuk dinner semalam.

Saturday, November 24, 2012

Mee udang

mee udang emergency.... nak buat tapi x ada sayur hijau, yg ada stok cuma brokoli n kubis je, x kan nak buh dalam mee udang kan... kang lain lak rasa. so mana yang ade dalam fridge je la, jadi taruk je daun sup atas tu untuk hiasan... kita yg buat dia kan, pandailah nak ngejasnya... resepi dari ros jintanmanis, mekasih ya... penah buat lama dulu kat sini ...  kak rose kongsikan sekali lagi resepinya.

Bahan-bahanye

2 ikat spagetti (kak rose guna 1/2 pack spagetti angel hair)
6 ekor udang harimau saiz besar (guna udang besa2 jer)
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan air


bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus ( x de sayur hu hu hu)
2 biji telur rebus
bawang goreng


Caranye
1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi, pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. (yg ni kak rose omit) Teruskan menumis dan masukkan udang kering.

2. sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan.

3. Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball, sesuaikan rasa, masukkan garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat, agak-agak je.

4. Rebus spagetti seperti biasa, masa merebus ikut arahan pada paket, pastikan air betul-betul mendidih dan masukkan 1/2 sudu garam dalam air rebusan. angkat dan toskan.

5. Celur kangkung dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan, letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan kuah, atur udang, kangkung, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi warna kuah, sedia untuk dihidangkan, anda pasti menggemarinya.

Friday, November 23, 2012

Roti sosej goreng

 simple n mengenyangkan... bila dah petang, mula la tercari2 resepi untuk juadah minum petang pulak.... bile teringat ada bli sosej, terus je la cari resepinya.... dan yg paling mudah tengok kat images, mana gamba yang memikat mata tu la yg akan dicuba... tp yg paling penting mesti nak yg mudah2 jer membuatnya. so ni la hasilnya, roti goreng sosej, juadah untuk minum petang aka dinner sekali. senang keja kan!

hasil dari cik google yg carikan, singgah kat sini, macam2 resepi roti n pastry ada... mekasih share resepi ya. mohon izin nak kongsikan kat sini lak.


Bhn2:
4-6 keping roti
2-3 sosej (ni saiz besar so mommy belah dua; kalau hat cam di Malaysia tu, skpg roti guna 1 sosej)
- rebus dulu sosej2 smpai masak
1-2biji telur, pukul dgn garpu bersama2 dgn sedikit garam

rolling pin
sdikt myk/butter untuk menggoreng

Cara:
1. Ambil 1 roti, lenyekkan dgn rolling pin sampai leper. Buat abis semua roti.
2. Panaskan myk dlm non-stick frying pan dgn sedikit myk/butter.
3.Utk sekeping roti, letakkan 1 sosej then gulungkan. Pd hujungnya itu, lekatkn guna telur td. Boh sket je. Dh lekat sket then lumurkan roti dgn telur.
4. Goreng dlm kuali td dgn api kecil. Selalu roll-kan supaya serata roti masak. Siap.
dh boleh dh makan....:)

enak dinikmati dengan sos cili bersama secawan nescafe panas2

Thursday, November 22, 2012

Nasi goreng bunga kantan

nasi goreng bunga kantan yang tinggal gambar jer... buat ni untuk lunch semalam, tp sbb masak pun dah petang terus lah untuk dinner sekali. senang kerja dan jimat masa kan. dan yang sebenarnya adalah sangat malas nak masak2 ni. amik dinner pun sangat awal sbb lepas maghrib tu ada tukang urut nak datang rumah, sebenarnya ni kali kedua berurut. malam sebelumnya dah urut tp kejap jer, x tahan sakit suma badan kena lenyek dek ibuk tu... kuatnya tenaga dia mengurut... lebam2 badan kak rose dibuatnya!


walaupun nasik dah abes tapi nak jugak tepek resepinya kat sini, mekasih pada Noor yang sharekan resepinya ya...

Bahan2nya
1 mangkok nasi sejuk * untuk 2 orang ok,kalau untuk ramai kena tambah lah ya
4 ekor udang besar,kalau kecik pun ok tapi kena tambah sikit lah
1 kuntum bunga kantan dihiris
4 biji cili padi tumbuk
2 ulas bawang putih tumbuk
1/2 biji bawang besar hiris
1 biji telur
sedikit capsicum dan carrot (kak rose buh brokoli n carrot)
1 sudu sos tiram
garam secukupnya

Cara nya
Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis lah bahan tumbuk dan bawang besar sehingga wangi,
masukan udang,capsicum dan carrot jugak sos tiram,kacau rata,
kemudian masukan telur,biarkan sebentar,jangan terus dikacau nanti telur terlalu hancuss tak sedap nasi goreng tu,
kemudian masukan nasi dan bunga kantan dan gaul rata,rasa garam nya kalau kurang boleh lah ditambah
Nasi goreng bunga kantan dah ready untuk dihidangkan taburkan sedikit daun bawang kat atas untuk kelihatan lebih menawan dan sedap dimakan heee
 
*** puas mengoogle syllabus english untuk year 3. pandai ke nak ajar budak ni?

Wednesday, November 21, 2012

WW: soklan untuk ustaz


what say u, kawan2?

Tuesday, November 20, 2012

Ada kari, boleh la menjala....

 salam dan selamat pagi... ceria selalu hendaknya. buat roti jala ni petang semalam.... bila ada kari yang berlebihan mula la terpk nak buat roti jala, walaupun x berapa rajin nak menjala tu tp gagahkan diri jugak la... sebabnya nak makan kan. jadila jugak jala yg x seberapa ni. kalau malas sangat nak menjala buat lempeng je pun ok jugak kan?


 masih guna resepi yang sama setiap kali buat roti jala... resepi ni mmg ngam sangat n mudah disediakan. mekasih ya Ummi.

ROTI JALA by Ummi

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur (kak rose buh 2 biji telor grade c)
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning (kak rose tambah kaler ijo jugak)

Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati.
Perapkan selama 1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
Tebar/kirai adunan atas kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.

selamat untuk dinner petang semalam....

Monday, November 19, 2012

Kari ayam berkerisek

resepi asal ialah kari daging berkerisek yg kak rose amik dari sini dan kak rose memandai tukar jadi kari ayam pulak.... dan kak rose guna 3 keping whole leg yg besar2, jadi bahan2 nya pun kena double kan dari resepi ni... sedap kalau dapat cicah dengan roti nih.... kalau rajin nak buat roti jala, boleh padankan dengan kari ni kan....

Bahan-bahan:

300g daging lembu/kerbau-dipotong kecil (kak rose guna 3 keping whole leg)
2 sudu besar rempah kari daging
½ cawan santan pekat (kak rose lebihkan sbb nak berkuah)
1 sudu kerisek
4-5 ulas bawang merah-mayang
3 ulas bawang putih-mayang
1 inci halia-ketuk
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
Kira-kira 2 cawan air
Air asam jawa (kak rose guna asam keping)
Garam dan gula secukup rasa
Ubi kentang-dibelah 4

Cara-cara:
  1. Perap daging dengan rempah kari daging selama lebih kurang 10 minit.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. Campakkan rempah 4 sekawan(k.k.manis, buah pelaga, b.cengkih dan b.lawang).
  3. Tumis sehingga naik bau. Masukkan daging. Kacau gaul hingga rata. Biarkan seketika.
  4. Masukkan air secukupnya(untuk mengempukkan daging) dan air asam jawa. Masak sehingga daging empuk sepenuhnya.
  5. Masukkan santan, kerisek, garam dan gula. Kacau rata. Masukkan kentang.
  6. Apabila kentang telah empuk, bolehlah tutup api.

Free Egg McMuffin bekpes kat Mekdonel

 salam dan selamat pagi isnin yang mendung jer.... pepagi lagi dengan semangat yang berkobar2, bersiap nak pergi jalan2 briskwalk kat taman yang dah seminggu ditinggalkan. walaupun cuaca sedikit mendung tapi gagahkan diri jugak, ku sangka cuaca akan terus baik, tapi baru jalan 4 pusing padang tu hari semakin gelap nak hujan.... apa lagi teruslah briskwalk dengan lajunya balik rumah... dan sambil jalan tu dengan promo ada free bekpes kat mcdonel pagi ni.... egg mcmuffin percuma.... x yah nak g mekdonal, kita buat sendiri jer la... dengan bahan apa yang ada jadilah jugak egg mufin versi kak rose ni. cheese pun keras kejung baru kuor dari fridge. cukuplah untuk bekpes kan.. free jer..... sbb buat sendiri!

x cukup dengan yang kononya egg muffin tu, goreng jugak fish finger n tambah lagi fresh cherry tomatoes dan satu cup nescafe 3 in one. briskwalk x jadi tp bekpes ngalahkan orang yang kerja membanting tulang! x pe la kan..... meh join kak rose bekpes. lapo dah ni!

Friday, November 16, 2012

Manisan pebret sepanjang masa

salam dan selamat pagi... pagi2 dah mengupdate rumah ni sbb kejap lagi nak g rewang rumah jiran yg buat kenduri perkahwinan anaknya pada hari sabtu. Ahad pulak ada lagi undangan. musim cuti bermula, maka bermula jugaklah jemputan kenduri sana sini yg perlu dihadiri.... kat kawasan perumahan ni dah bermula sejak minggu lepas lagi.tipa hujung minggu ada je undangan kenduri.....

kak rose mmg suka sangat manisan ni, jawa la katakan.... berulang2 kak rose buat. kalau kat kampung kak rose masih ada jugak yg menyediakan manisan ni selepas selesai kenduri.... sambil gebang2 dan berkemas2 pinggan mangkuk lepas kenduri tuan rumah akan hidangkan manisan ni. makan ramai2 lagi la menambah kesedapannya.... tp kalau kak rose, sorang2 pun boleh makan dengan nikmatnya! mmg pebret la... bak kata Izah, nampak som-som mesti teringat kak rose. he he he

nak resepi, kak rose sharekan lagi kat sini.... resepi asal kak rose cnp dari rumah hana. mekasih ya.

Bahan-bahan
  • 100 g tepung beras
  • 100 g tepung jagung
  • 1,600 ml santan (500 ml KARA+ air)
  • 100 ml air pandan (atau 100 ml air + pandan pes)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau (opt) (ni kalau nak buat som som dengan perasa pandan..)
  • SIRAP GULA MELAKA :-
  • 500 g gula melaka
  • 1000 ml air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara
  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  4. Sajikan bersama sirap gula melaka.

Thursday, November 15, 2012

Nasi goreng daging diawal tahun

 nasik goreng daging dengan salad, timun jepun n tomato + kopok ikang nganu mari....

salam dan selamat menyambut tahun baru hijrah 1434 dan selamat bercuti2 jugak. cuti2 ni pastinya ramai yang masak something istimewa buat hidangan keluarga kan.... tp kak rose ni tidaklah serajin itu di awal tahun ni... memulakan tahun baru dengan nasi goreng daging jer, x pe la kan asalkan kenyang dan disukai keluarga. itu sudah memadai buat kami. resepi dari AlongRoz yg pernah jugak kak rose tepek kat sini.

Bahan-bahan
  • 4-6 mangkuk nasi putih
  • 1 senduk kecil minyak
  • 10 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih* (*separuh hiris dan separuh tumbuk)
  • 2 cili merah - tumbuk
  • 100-200g daging - hiris nipis - hana buh daging cincang jer (kak rose pun guna daging cincang)
  • Segenggam mix vege ( x dak, gantikan dengan kubis n carrot jer)
  • 2 sm sos tiram
  • 1 kiub ayam maggi (4 g)
  • 2 sm kicap masin
  • 2 sm kicap manis
  • Saleri & Bawang besar
  • Garam dan lada sulah
Cara-cara
  1. Campurkan nasi dengan garam dan juga serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis pula bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau sampai daging masak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis. kacau sekejap dan masukkan mix vege.
  5. Last skali masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng tadi, hirisan saleri dan bawang, keropok ikan dan salad kegemaran.

Wednesday, November 14, 2012

Doa Akhir dan Awal Tahun

 Selamat menyambut Maal Hijrah 1434


Asalamualaikum dan selamat tahun baru 1434 Hijrah. dan jangan lupa membaca doa Akhir tahun 1433H dan juga doa Awal Tahun 1434H. Bacalah doa ini sebanyak tiga kali menjelang akhir tahun Islam, dilakukan selepas waktu asar atau sebelum maghrib pada 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon agar kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini dengan mendapatkan keampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal tersebut diterima oleh Allah Swt. Insyaallah

DOA 1 (Akhir Tahun)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka. 

DOA 2 (Awal Tahun)

Bacalah doa ini tiga kali ketika masuk tahun baru iaitu 1 Muharam. Boleh dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai mukmin memohon kepada Allah Swt. agar di dalam tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepadaNya. Insyaallah.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىأَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.

  Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1434 dan selamat beramal. Aku bermohon keberkatan Mu Ya Allah. semuga tahun yang mendatang akan menjadikan kita lebih baik dari tahun2 yang lepas. Amin

Nasi ayam penyet - lunch semalam.

 Nasi ayam penyet untuk lunch semalam... he he he dah jadi baja pun nak jugak tepek kat sini.  actually nak buat entry semalam jugak tp kan dek geramkan orang kabinet tu, terus tutup segala intenet n komputer g jenjalan cuci mata n poket kat Sogo lagi bagus kan.... ramainya maknosia bershopping macam kita pulak yg nak berhari raya.... maklumlah sale penghujung tahun dah bermula...

sambal ayam penyet yang sedap, pernah jugak buat sambal ni digandingkan dengan nasi lemak. mmg mabeles. kalau nak tengok resepi untuk complete set of nasi ayam penyet ada kat sini ya, kak rose ada tepek dulu... mekasih pada Ijan yg share resepi asalnya.

salad dan ulamnya.... timun jepun, tomatoes n daun salad... fresh from the kedai. x dayo la den nak nanamnya sendiri. kalau makan kat kedai derang bagi kacang panjang n kobis untuk ulam2 tu.

another bahan sampingan untuk nasik ayam penyet tu.... tauhu n tempe goreng... apa rasional ada gandingan tauhu n tempe dalam set nasi ni pun x tau... apa pun mmg ngam je makan ngan nasi tu.

 ayam yg direbus n bakar .... tp tergeseng pulak dah.... lantak lah labuuuuu. kalau ikut menu asal,  perap ayam tu dan goreng, tp kali ni kak rose panggang dalam magic pan jer... nampak pucat jer kan. pada kak rose yg digoreng lagilah sedap... mmg pun yg berminyak n berlemak tu la yg sedap kan!

the soup.... hirup pun  sedap gak.
dah siap semua bahan2 sampingan untuk nasik ayam penyet, resdy untuk dingap!

Jom sarapan...

 Salam dan selamat pagi .... happy deepavali dan salam Maal Hijrah juga buat semua. ramai yang bercuti panjang sempena dua hari public holiday yang jatuh back to back ni kan... sementelah anak2 pun dah mula bercuti, sakan lah bercuti2 ya... apa sarapan yang disediakan untuk keluarga ari ni? meh join kak rose bekpes dengan berger sempoi2 ni...

 dah la malas nak ber brisk walk tapi bekpes bukan main lagi kan.... walaupun hati sangat geram sbb menda nih!

ade ke pagi2 dah terima messej cam ni? dah la janji x serupa bikin, hari ni cam ni pulak jadinya! sebenarnya ni dah hari ke 3 nak sipakan built-in cabinet untuk ketiga2 bedromm tu.... dah la buat serentak ditiga2 bilik pas tu suka suki je x datang kan... mana x hanginnya, 1st day janji datang pukul 10, tp 11.30 baru muncul.... hari kedua pulak janji "pukul 9 mari, kakak" lagi hampeh dekat pukul 12 baru nampak bayang, tu pun cuma hantar barang2 jer pas tu entah kemana hilang, bila called dia kata "sekijap mari" tp sampai pukul 2 x datang2, kak rose pun terus cancelled, tutup pintu g ronda shopping2 kat KL ....

dan tu diah! hari ketiga terus mintak maaf x dapat datang!!!!! grrrrrrr. nak marah bos dia lagi x guna. masuk rumah orang pun x reti nak bagi salam.... kita duk tercongok kat depan, dia main redah masuk jer, sampai kita pulak kena tanya.... "maaf u ni siapa?" adoyai la!!!!!

Monday, November 12, 2012

Dari pisang jadila apam....

 salam pagi isnin yang cerah.... dan harap cuaca ceria ni berpanjangan hingga kepetang hendaknya. tapi mana taukan, Allah turunkan rezki air yang melimpah ruah dimusim hujan ni.. walapun musim hujan yg x berenti ni, tp musim kenduri juga sudah bermula seiring bermulanya cuti sekolah... buat kak rose, stat dari hari khamis hingga lah semalam, 4 hari berturut2 ada kenduri yg perlu dihadiri... apa lagi semuanya jiran2 setaman, so gotong royong sehari suntuk la...hari ini pulak tengah tunggu orang nak pasang built-in wardrobe kat rumah ni.... bertambah2 la penatnya! janji kul 9 nak datang, tp x sampai2 lak!


sayangkan pisang yang jiran sebelah rumah bagi ni terbiar saja, so kak rose buatla apam pisang.... lagipun rasanya sudah lama x mengapam.... makan panas2 mmg sedap n lembut sangat. meh tengok resepinya yg kak rose kopi dari blog Teratak Chetam yg sangat best ni. mekasih share resepi ya...

Bahan-bahannya

2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar) 3/4 cawan mentega dicairkan (boleh ganti dengan minyak)
4 biji telor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula (kak rose kurangkan jadi 3/4 cawan je... guna brown sugar!)
secubit garam


 apam pisang yg sangat gebus n moist, tp tinggal gamba jer.... abes sudah!
cara-cara

tepung gandum diayak dengan baking powder n soda.
pisang dilecek halus dan digaul dengan garam
pukul telor bersama gula, masukkan mentega cair
masukkan tepung dan gaul rata
tuangkan kedalam loyang yg telah disapu butter
kukus selama 45 minit (kak rose kukus 15 mts je sbb guna cup kecik2)

cara kak rose yg malas: masukkan semua dalam blender kecuali tepung dan blend hingga halus, pas tu baru lah masuk tepung n gaul rata.

Saturday, November 10, 2012

15 ringgit sapu bersih, kaka

 salam hujung minggu semua.... xtvt hujung minggu nak kemas2 rumah la kononnya... dek kerana tangan yg x leh nak wat keja rumput dilaman sekangkang kera ni pun bukan main tebal tumbuh menghijaunya... panggil la bangla yg dok tanya nak potong rumput tak ni? bila tanya harga, dia kata 15 ringgit n sapu bersih suma. kira ok la tu kan, rumput bukan luas mana pun.... x sampai 5minit mesin dah abes pun keja. pas tu dia kaut pakai cakar tu jer, kumpul kat tepi laman dan dia kata:-
Kaka, sudah siap!
kak rose pun kuor tengok,  ai! kata sapu bersih?
bersih suda, tp kaka x da kasi plastik?
plastik apa pulak?
mau isi itu rumput la!
la.... kak rose ingatkan bila dia kata sapu bersih tu siap dengan buang sampah rumput tu jugak, rupanya cuma sapu ketepi jer.... plastik sampah pun kita kena siapkan sendiri!

ni lepas kak rose bagi plastik sampah dan soh incik hubby interfere, soh dia sapu kasi bersih2. macam marah jer nak buat tu.... last2 kita jugak yg nak kena sapu bersihkan sendiri! bangla, bangla!

Thursday, November 8, 2012

Mee hoon goreng bodo2 yg istimewa...


mee hoon goreng bodo2 untuk dinner tadi... sayur pun x dek cuma carrot n taruk ayam banyak2 dan udang jugak. alhamdullilah kenyang untuk kami anak beranak.... walaupun serba kekurangan tp tetap sedap dan istimewa sbb.......
.
.
.
.
.
 
ni la tukang masaknya! tukang mengacau jer pun. cuti seminggu lepas exam. sampai rumah petang tadi terus nak makan bubur som2.... dan2 tu la nak kena buat dan terus sejukkan dalam fridge, boleh jugak buat dessert pas santap mee hoon goreng bodo2 yang istimewa tu.

dan malam ni jugak bersama2 dengan kawan2 drive ke Penang. berhati2 dijalan raya dan semuga sampai ketempat yg dituju dengan selamatnya. Insyaallah.

Wednesday, November 7, 2012

Crepes n apple untuk bekpes

nampak resepi ni dah agak lama dah n teringin sangat nak makan... tp apakan daya tangan x kuat untuk nak dice the apples tu... tp bila ari ni mmg dah kehabisan roti, gagahkan diri n tangan mendadu apple ni.... 2 biji je pun, cukup untuk sarapan pagi ni.... mekasih pada zarin yg sharekan resepi ni, kak rose kopi ya....

ingredients
  • 1 cup all-purpose flour
  • 2 eggs
  • 1/2 cup milk
  • 1/2 cup water (kak rose tambah another 1/2 cup)
  • 1/4 teaspoon salt
  • 2 tablespoons butter, melted

Directions
  1. In a large mixing bowl, whisk together the flour and the eggs. Gradually add in the milk and water, stirring to combine. Add the salt and butter; beat until smooth.
  2. Heat a lightly oiled griddle or frying pan over medium high heat. Pour or scoop the batter onto the griddle, using approximately 1/4 cup for each crepe. Tilt the pan with a circular motion so that the batter coats the surface evenly.
  3. Cook the crepe for about 2 minutes, until the bottom is light brown. Loosen with a spatula, turn and cook the other side. Serve hot
 
 gamba lama yg kak rose buat untuk apple crumble dulu.

2 biji apple – diced
1 tbsp sugar
1 tbsp butter
a pinch of nutmeg powder n a pinch of cinnamon powder
(kak rose tambah sedikit kismis )
put everything in non stick pan until the apple pieces are soft (ala2 mcm nk taruk dlm appie pie filling tu)

apples dah ready untuk dingap bersama lempeng tu.... sweet, crunchy n yummy!

bekpes pagi ni.... 3 keping sekali ngadap jer....

Monday, November 5, 2012

Bila tamak membeli....

 salam semuanya... terasa sangat nak mengupdate rumah ni, tp apakan daya tangan ni x elok lagi.... tempat bekas pembedahan tu dah elok kering n x sakit dah tapi.... rasa kebas tu x ilang2 pun.... kadang2 ada rasa macam getting worse pulak. atau kak rose je yg rasa cenggitu, entahlah! bila tanya doktor tu katanya "it's take time la".... tp sampai bila kan? bila tanya kawan ada buat op yg sama katanya once dah buat tu terus hilang rasa kebasnya... lagi la kak rose rasa macam nak g jumpa doktor tu sekarang jugak... next appoinment cuma pada Nov, 26. rasa x sanggup nak tunggu lagi!

 nak masak2 pun rasa sangat x selesa.... bekpes dengan roti boom yg tamak masa beli ari tu... yg nak makan tiga molot jer tp bli sampai 10 keping.... masuk dalam zipper bag n off to the freezer... ada jugak pekdahnya, nak makan tinggal panaskan jer, x yah nak masak2 kan! n gulai kari tu pun leftover jugak...

dah jadi rutin harian, sebelum bekpes cek bp dulu.... dan pas tu selamatlah 2 keping roti boom n gulai kari daging bersama se mug nescafe o....adoyaila!!!! kebas jari2 ku!

Friday, November 2, 2012

Amalan2 sunat dihari Jumaat




salam Jumaat penghulu hari dan kak rose nak sharekan apa yang kak rose terbaca tentang amalan2 sunat dilakukan pada hari Jumaat yang kak rose dapat dari sini. muga memberi kebaikkan untuk kita semua. Insyaallah.

AMALAN-AMALAN SUNAT HARI JUMAAT:

  Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah saw
  Membaca Surah Al-Kahfi
  Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan memunaikan solat jumaat
  Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari jumaat.
  Memperbanyakkan membaca Al-Quran
  Memperbanyakkan amalan bersedeqah
  Memperbanyakkan amalan sunat
  Memotong kuku kaki dan tangan
  Memperbanyakkan zikrullah
  Memakai pakaian sunnah
  Memakai wangi-wangian
  Hadir awal ke masjid

Rasulullah bersabda yang maksudnya :

“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat”.

(HR Ibnu Majah)

Thursday, November 1, 2012

Kuih bakar keladi


Salam November semuanya.... pantas sungguh masa berjalan kan, kejap je dah nak sampai kehujung tahun...di awal bulan baru ni kak rose nak sharekan kuih bakar yg kak rose buat bulan lepas.... he he he semalam je pun. olahan dari resepi asal kuih bakar kentang, tp kak rose telah derhakakan resepi ni dengan keladi pulak... tp mmg menjadi n sedap buat kami sekeluarga..

terima kasih pada semua yang sudi sharekan resepi kuih bakar kentang ni, dan untuk mencuba sedikit kelainan meh kita tukar kentang jadi keladi....

KUIH BAKAR KENTANG (keladi)
Source: Kak Jun, Copy: Kak Asma
sumber : Izah & K.Nor

Bahan-bahan ( 1 family... )
2 biji ubi kentang-rebus n kisar/lecek (kak rose gantikan dengan 1 caw. keladi lecek)
1 biji telur
2/3 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
pewarna kuning atau hijau
1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan
3 sudu susu cair(ni akak tambah)


Cara-cara
Kacau telur dan gula. masukkan tepung dan santan. kacau rata dan tapis.
Tuang dalam ubi kentang tadi dan kacau rata. Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar dan tuang adunan. masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.
* jun masak dalam acuan kecil2 dan bakardalam oven selama 15-20min