Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, March 31, 2011

Ayam masak paprik

lauk untuk dinner kejap tadi.... satu lauk je, sbb dah suma taruh dalam, ayam n sayur2... kira 2 in one la kan..... x payah nak sediakan sayur bagai dah. senang keja orang malas ni.... yg penting sedap harum bau daun limau purut tu sangat mengundang rasa lapo! resepi ni kak rose amik dari Myr oleh mutiarazura. terima kasih ya dan kak rose nak sharekan kat sini pulak... nampak macam banyak bahan yg digunakan tp semua bahan tu pasti ada disetiap dapur kan.... cuma sayur tu kak rose letak mana yg ada jer.... carrot, tomato n kacang buncis.

Bahan-bahan ( 5 org )
  • 300 gm isi ayam - potong kecil/kiub
  • Kacang panjang/bunga kobis/carrot/jagung muda/tomato - dipotong kecil
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 ulas bawang besar - dipotong baji
  • 1/2 inci halia - diketuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 6 ulas cili padi - diketuk
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos ikan (x letak sbb I dont like the smell!)
  • 3 helai daun limau purut - dikoyak-koyak
  • Garam secukup rasa (jika perlu)
  • 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
  • Satu cawan air (jika suka berkuah)

Cara-cara

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang besar, serai, halia dan cili padi hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam, goreng dan kacau hingga nampak ayam dah putih.
  3. Masukkan semua sos dan daun limau purut. Tambah air untuk kuah, kacau lagi.
  4. Masukkan semua sayuran kecuali tomato masuk lambat sikit.
  5. Rasakan kuah, kalau kurang masin je br tambah garam (sos ikan selalunya dah cukup masin).
  6. Masukkan tomato dan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Siap untuk dihidang.
  7. NOTA - tambah tepung jagung jika perlu je, jangan banyak sgt nanti kuah tu kering coz terlalu pekat. Selamat mencuba!
makan masa panas2 bersama nasi hangat.... hmmm sedap!

Tauhu goreng singapura

Asalamualaikum dan selamat tengahari semua…. hari ni rasa sangat penat dan malas….bila dah lama bercuti dari mengukur jalan pepagi tu, rasa sangat malas nak mulakan balik! dan pagi ni kira paksa diri untuk berjalan dan stat pun dah lewat…. selalu tu pukul 7 dah jalan tp ari ni lewat sangat sbb menunggu sesuatu yg x kunjung tiba. sudahnya stat jalan dah pukul 8.30 pg… jalan kejap je hari pun dah panas…. tp sbb nak jugak jalan sampai 10k steps gagahkan diri jugak la….nasib baik keliling padang tu semua pokok beso2, jadi redup je jalan kat situ…. pas tu sambung pulak kekedai runcit berdekatan…. sbb teringin sangat nak makan tauhu goreng ni…. dan pernah nampak dirumah CMG, pelagi pas dah rehat2 tu mulakan projek la…. tp dek ikut kata cmg lagi pedas lagi kick, sudahnya kak rose yg kepedasan! Pedas sampai kuor air mata tp tetap jugak meratah bersulam dengan coke yg tersangat manis itew!

meratah tauhu goreng singapura yg pedas sampai kuor air mata....

resepinya kak rose amik dari rumah CMG, mat mintak izin nak tepek kat sini pulak ya...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping tahu biasa
1 biji timun, dihiris nipis dan dimayang
100 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap (mat tak celur punnn)
1/2 biji sengkuang, kupas, hiris nipis dan dimayang (ni kak rose x de, gantikan ngan carrot)
4 ulas bawang putih*
5 - 6 biji cili padi*
200 g kacang tanah*
3 - 4 camca besar gula melaka*
3 camca besar kicap pekat*
1 1/2 - 2 camca besar cuka makan @ jus asam jawa*
Sedikit air*(*bahan sos kacang)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, buang kulit dan tumbuk separuh halus. Kisar cili padi dan bawang putih. Campurkan semua bahan2 sos kacang dan kacau hingga rata. Tambah sedikit air jika perlu, jangan terlalu cair atau pekat, sesuaikan rasa dan tambah gula@garam@asam jika perlu. Ketepikan.
  2. Tauhu dilumur dengan sedikit garam, goreng terendam hingga kuning keemasan, jangan goreng lama sangat. Keluarkan dan tos.
  3. Ambil sekeping tauhu goreng tadi. Potong kepada 9 bahagian (bergantung pada saiz tauhu masing2), alihkan ke dalam pinggan, tabur atas tauhu tadi dengan hirisan timun, sengkuang dan taugeh. Tuang sos kacang secukupnya dan hidangkan segera...Makan macam tu pun sedap!!!!!
today's steps..... kalori yg terbakar dah gantikan dengan tauhu goreng singapura ni....

Wednesday, March 30, 2011

Bronok - kuih sagu kukus

Asalamualaikum dan selamat malam semua..... wat kuih ni petang td.... rupanya kuih ni kena kukus baru le x de yg berbiji putih2 tu.... selama ni kalau buat pun cuma godeh2 gitu jer dan banyak la yang masih putih2 macam x masak walaupun dah kacau lama atas api tu... tp bila kukus memang cantik sangat, jadi bulat2 sebijik2. tp tuk sukatan yg ni macam lembik sikit, (to me la...) so len kali kena kurangkan air. apa pun terimakasih pada mamakastam@myresepi, izah dan hana jugak kerana share resepi ni. rasanya ramai lagi dah cuba buat kuih kukus ni kan.... dan kak rose nak mintak izin nak kongsikan kat sini lak ya....

RESEPI BRONOK @ KUIH SAGU (KUKUS)
source : mamakastam@myresipi , izahdaut@muffinlover

Bahan-bahan
  • 1 gelas sagu biji kecil
  • 3 gelas air - next time nak kurangkan air 2 gelas ok kot
  • 3/4 gelas gula pasir- hana buh 1/2 je
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja (kak rose guna kelapa kering jer)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose
Cara-cara
  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.
x sabar nak tunggu sejuk... so masih hangat dah kena potong... lembik sikit ler...

x de kelapa putih, gaul je dengan kelapa kering yg dibasahkan dengan air + garam sket!
cantik, tp rasa mmg x leh lawan kelapa fresh le!

Ayam madu sticky

ayam madu sticky .... versi geseng! memang hangus sungguh kejadiannya sbb lepas masuk dalam koli tu ada pulak kawan datang, bila dah pot pet tu lupa lak ayam kat atas dapur.... apa lagi bila dah terbau barulah g jenguk.... dan itulah hasilnya! sangat sticky dengan kegesengan yang melampau! nasib baik dalam tahap yang masih boleh di ngap, bolehlah buat lauk lunch tadi...

resepi kak rose amik dari dapur nduk hana yang sunyi sepi sekarang ni.... bz sangat ya nduk? maklumlah dah kembali bertugas..... jangan garang2 ya ngajar anak murid tu..... apa pun tahniah, dah bertambah glamer bila resepi2 dari hanamemories dah disunting oleh majalah Jelita... dan kak rose tukang cnp resepinya, tepek kat sini lak....

RESEPI AYAM MADU STICKY
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - potong kecil (kak rose guna 6 pcs kepak)
  • 2 inci halia muda - parut
  • 5 ulas bawang putih - ketuk
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2sk maggi seasoning @ sos ikan - hana letak dua2
  • 1 sudu besar sos cili dan sos tomato
  • 3-4 sudu besar madu
  • 1/2 sk lada hitam
  • 1/4 cawan air
  • garam jika perlu
Cara-cara
  • Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min.
  • Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan supaya tidak terlalu hangit.
  • Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering dan sticky.
  • Angkat dan buang lebihan minyak. Hidangka
black is beautiful?.... nasib baik masih dalam tahap boleh dingap!

makan dengan nasik goreng sempoi jer.....

Tuesday, March 29, 2011

Sotong goreng

Salam dan selamat petang semua.... buat sotong goreng tepung ni untuk meratah jer.... sedap tapi sotong ni kecik2 jer sebab..... uuuwwwwaaa…. sotong kak rose tertuko ngan kawan…. dah beli2 tu masuk dalam satu bakul, dah beg plastic suma sama bila kuorkan main amik je asalkan sotong udah le…. bila sampai rumah tengok sotong kak rose dapat yg kecik2 je… yg beso dah terbagi kat kawan tu…. x de rezeki la namanya nak makan sotong beso2 gamaknya….. jadilah sotong goreng ni cenonet jer… dah lama nak makan sotong goreng cenggini, dulu pernah buat tp melotop sky high tu yg x brani nak wat lagi…. tp bila baca petua2 x nak bagi meletpo tu nak jugak cuba lagi sekali…. Alhamdullilah kali ni berjaya menggoreng dengan x de insiden melotp2 lagi.

resepinya kak rose amik dari nor secubit garam yg dia cnp dari rumah Ayu S'pore tu..... terima kasih pd anda ber dua dan kak rose mintak izin nak tepek kat sini ya....

FRIED CALAMARI
source : Ayu S'pore

Ingredients:-
500g sotong
1 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
1 biji telur
sedikit garam & lada sulah
1/2 sudu Italian herbs ~ tak ada stok, ganti dgn serbuk kari
1 sudu kecil paprika (kak rose x de, x letak)
1 sudu kecil serbuk cili

Method:-
Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah. Pukul telur sikit dan masukkan sootng , ketepikan. Gaul tepung, baking powder, garam, lada sulah, italian herbs, paprika dan serbuk cili. Masukkan sotong yg telah digaulakn dengan tepung, salutkankan sotong dengan tepung. Goreng dalam minyak terendam hingga kekuningan.Hidangkan dengan Sos Tatar dan sos cili.

makan dengan sos cili jer...

Monday, March 28, 2011

Bermalas2an....

Asalamualaikum dan selamat bersiaran kembali.... bila dah bercuti rasa sangatlah malas nak update rumah maya ni.... syukur dah selamat sampai rumah semula jam 2 pagi tadi... flight delay sikit dan perjalanan 2 jam 45 mts yg sangat mendebarkan sbb banyak kilat selepas hampir sejam penerbangan.... asik ting! sila berada ditempat duduk dan pasangkan tali pinggang keledar anda.... banyak gegaran ..... tapi Alhamdullilah dah selamat semuanya... terima kasih yang x terhingga buat kawan2 di kk for ur hospitality... terutama ana, pah dan yg lain2 jugak.... x lupa the gift... sangat2 hargai..... sangat banyak hingga kena charge for extra baggage.... hehehe.... letih dan malas nak mengemas rumah ni.... bukak dan baca, tp x de mood nak update.... bila petang tadi buat pulut ni rajinlah sikit nak postkan kat sini.....

jom minum petang aka dinner, pulut kuning makan dengan serunding daging beli punya..... serunding ni bli kat pasar rabu Alor Setar.... rasa ok la .... tapi rasanya sedap lagi yang kak rose bli kat kuala terengganu.... tekak kak rose ler....

Friday, March 25, 2011

Jom jenjalan...

gamba pinjam pakcik google punya.....

Asalamualaikum dan selamat pagi semua dipenghulu hari yang mulai ini.... dah bekpes agaknya ya.... ari ni kak rose nak g jenjalan.... x pernah lagi naik firefly ... kira ni first taim fly ngan firefly, macam jakun lak.... ialah asik airasia je...sbb tambang murahkan.... masa duk langkawi selama 4 tahun, ni lah transport yg paling mudah n cepat, yg penting murah!. bukan kat subang airport tp klia... apa pun doakan kak rose agar selamat pergi dan balik pada ahad nnti ya.... until then.... have a nice weekend and bye!

sebelum g, bekpes dulu dengan menu simple ni.... ramli burger ayam (yg ni karbo dia cuma 7.6g/pc), telor mata, salad cicah mayo n sos cili (high crabs ni) n kopi o tanpa gula....

Thursday, March 24, 2011

Sardine puff

salam dan selamat tengahari semua.... ni dia puff sadin panas2 baru kuor dari oben.... lama sangat dah tersimpan pastry ni sampai naik kejong dibuatnya. sementelah belum expire meh kita jadikan dia puff sadin yg sedap neh! tp biasalah bila membakar tu nak cepat masak je jadinya set la api sampai 220..... kejap je dah nak hangus atas dia terus tukar ke api bawah jer... ni la keja orang x sabar kan?

resepi inti sadin kak rose copy dari rumah CMG, tp mintak tolong sesangat jangan nak comparekan CMG nyer kerja tangan yg gebu tu dengan kak rose yg keras tangan ni... mmg macam langit dengan bumi lah end resultnya... tp rasa tetap sedap pada kak rose... yalah apa ada pada rupa kan? ( nak sedapkan ati sendiri la ni....) meh tengok resepinya...

BAHAN INTI :-)
1 tin kecik sardine "cap ayam" asingkan sosnya
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji bawang besar, didadu
1 camca teh cili kisar
1/2 camca besar sos cili
3/4 camca besar kicap cair
1 biji limau kasturi, perah jusnya

BAHAN LAIN :-)
1 pack kulit puff pastry jenama "Kawan" berukuran 4 inci x 4 inci (ada 10 keping)
1 merah telur + 1 camca teh susu cair = kacau rata
Sedikit serbuk lada hitam, jika suka



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI:- Ikan sardine tadi dihancurkan. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang puti dan cili kisar hingga garing. Masukkan sos cili, kicap cair dan sardine tadi. Kacau rata, gunakan api sederhana. Tuang jus limau kasturi dan gaul. Masak sekejap, angkat dan biarkan sejuk sebelum digunakan.
  2. Keluarkan puff pastry dari freezer dan biar sekejap dalam 10 - 15 minir. Ambil 1 keping puff pastry, kerat dua, satu bahagian dikelar2 seperti dalam gambar. Bahagian satu lagi letakkan inti sardine. Tutup dengan bahagian berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Buat kaedah sama untuk baki pastry.
  3. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam kalau suka. Bakar pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasa. Jika oven anda ada sistem kipas, on kan masa membakar puff pastry ini. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan...
x sabar nak tunggu sejuk...panas2 dah kena ngap 2 ketul.... rangup sangat! ... brunch!

Pengat labu


pengat untuk minum petang the day before yesterday.... kesian tengok labu tergolek dalam fridge x de sapa nak hirau.... bila buat pengat tu laju jer makannya, tambah pulak dengan sagu dan cha cha, memang ngam la....ada baki sikit lagi boleh sambung lagi pagi ni.... pebret kak rose nih makan sejuk2.... resepinya dari Myr oleh azizahmansor, cuma kak rose tamhab cha cha dalam tu...

Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )
  • 1/2 biji Labu (bersaiz kecil)
  • 1 kotak Santan (saya guna santan M&S saiz besar)(kak rose guna santan fresh)
  • 1/2 ketul Gula Melaka
  • 2 sb Gula
  • secubit Garam
  • 2 simpul Daun Pandan
  • 3 sb Sagu (direndam sehingga kembang)
  • sedikit cha cha - yg ni kak rose tambah

Cara-cara

  1. Labu dipotong dadu dan dibersihkan
  2. Masukkan santan,gula,gula melaka,labu dan daun pandan ke dalam periuk (tambah air jika perlu).Nyalakan api dan kacau perlahan
  3. Tunggu sehingga gula melaka larut dan labu lembut. Masukkan sagu yang direndam.
  4. Masukkan secubit garam dan tunggu sehingga mendidih. (sentiasa kacau supaya tidak meruap)
  5. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.

labu yang halus isinya, makan sejuk2 pun best gak....

Wednesday, March 23, 2011

Ayam panggang serai versi hangus!

selamat malam semua.... ayam panggang wat dinner petang td... seperti tajuk diatas, mmg hangus mangkuk yg kak rose guna.... masuk je dalam oben pas tu tinggal g mandi, solat dan yg seterusnya ialah duduk ngadap pc.... kalau dah duk kat situ mmg x ingat apa dah.... last2 dah terbau hangit jer.... bila bukak je foil penutup... mak ai... kering dah kuah ayam panggang ni... ayam x la hangus tp corningware kak rose yg hitam disekelilingnya! nsib baik guna corningware, hangus pun x susah nak sental! siap promot lagi.... promot lagi... sental guna penyental pinggan scotch-brite. sabun x nak promot jugak ker? ha kan dan merapu meraban memalam nih..

resepi ni kak rose amik dari rumah hana, dan ni kali ke2 kak rose buat... leh tengok kat sini... yg ni elok je masaknya. tp yg ni, ya ampun buk hana, x sengaja nak jadikan ayam ini jadi macam menachi!... salahkan pc sbb hooked me to ngadap dia jer! resepinya...

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam (kak rose guna 2 kpg whole leg)
  • *1/2 labu bawang putih
  • *2 inci halia
  • *1-2 batang serai
  • 1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1-2 sudu makan madu
  • garam sedikit
  • lemon
  • butter - potong kecil @ minyak zaitun
  • kentang, carrot, bawang besar - potong empat (kak rose x letak)
Cara-cara
  • Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
  • Campurkan bahan blend dengan kicap, lada hitam, madu, sedikit garam dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.
  • Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada carrot, kentang dan juga bawang. Masukkan dalam mangkuk tahan panas. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.
  • Panaskan oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. dan bakar suhu 180 selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 15-20min jirus2kan air ayam ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.
walaupun rupamu sangat lah ireng tp ttp sedap.... siram kuah blackpepper tuk menutup ketidak ayuan ayam panggang serai ni. hah hancusssss! the secret is no longer a secret! makan dengan coleslaw dan wedges...

Ayam goreng oat

x tau nak masak apa untuk lunch td... sudahnya kak rose kuorkan dada ayam n potong2... teringat ciken popcorn yang ramai dah buat tu.... tp x dak pulak bread crumbs, malas lak nak bakar roti bagai nak buat bread crumbs tu... last2 tengok kat rumah izah ada yang salut oat ni... apa lagi terus lah mengopi resepi ni.... tp kak rose dah potong ayam tu terbeso2 pulak... patutnya bite size je... baru nampak cun macam yg izah buat tu....

meh tengok resepi yg kak rose kopi dari rumah izah, mekasihya... jugak untuk hana dan mas kerana share resepinya.... dan mintak izin nak tepek kat sini lak...

Ayam Goreng Oat
Sumber : Kak Hana & Mas


Bahan :
6-8 ketul drumstick @ bhgn lain - Mas & izah guna kepingan dada ayam yg dipotong2
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk kunyit
lada sulah@serbuk cili
garam
2 sudu besar tepung beras@ tepung gandum
1/2 biji telur


Untuk Saduran :
oat secukupnya * saya tambah nestum


Cara :
Gaul ayam dengan serbuk kari, serbuk kunyit, lada sulah dan juga garam. Masukkan telur dan gaul rata. Masukkan pula tepung dan gaul.
Golek2an ayam tadi ke dalam oat dan goreng hingga garing dan masak.
Angkat dan toskan. Hidangkan dengan sos kegemaran atau enak juga dimakan begitu sahaja.

taraaaa... dah siap! n my lunch hari ni....meratah ayam goreng oat ni dengan salad dan brokoli celur! makan 3 ketul dah kenyang sbb potong beso2... kes nak cepat siap keja.... pastu leh ngadap pc!

Crunchy chocolate chips cookies

wat cookies ni untuk buah tangan nak jenjalan nnti....sebab sedap n sooo crunchy tu yang jadi pilihan untuk jadikan buah tangan ni.... harap2 depa suka lah ya... resepinya kak rose amik dari rumah Mamafami dan kak rose jugak pernah buat dulu kat sini.... rumah Ummi juga ada cookies ni.... terima kasih kerana share resepi nya ya..... meh kita tengok resepinya...

Bahan A:-
125 gm butter
125 gm marjerin
1 sudu besar shortening
160 gm gula halus
1 biji kuning telor
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B:-
230 gm tepung gandum ) ayak
20 gm serbuk koko ) bersama
100 gm chocolate chips (kak rose guna untuk hiasan jer)
50 gm white chocolate chips (boleh ganti chocolate rice) (kak rose gantikan ground chestnut)
50 gm badam cincang (roasted) (kak rose guna ground almond)
50 gm nestum (kak rose ganti ngan cornflakes)

Cara Membuat:-
  • Pukul butter, marjerin, shortening dan gula sehingga sebati.
  • Masukkan kuning telor dan esen vanila. Gaul rata.
  • Masukkan bahan B perlahan-lahan dan kacau dengan senduk kayu/spatula.
  • Sudukan adunan kecil2 (besar guli) dalam loyang (adunan akan mengembang sedikit ketika membakar).
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.
tepek jugak sebelum terbakar....

ready for packing...

yang nak ikut terbang ke KK nnti....

Tuesday, March 22, 2011

Laksam

Asalamualaikum dan selamat petang semuanya….. hari ni kak rose lunch dengan laksam buatan sendiri! dengan bangganya tu mengaku buatan sendiri!. setelah 2 minggu without nasik mmg dari semalam dah rasa nak ponteng ari ni and carving for laksam ni sangatlah kuat sampai bila bangun pagi ni je terus cakap dengan abang nak wat laksam…. so first thing lepas mandi tu mestilah kejutkan pakcik google soh carikan resepi. dan resepi pertama yg kuor ni lah dia…. dari Yani di Myr… tengok response dan baca komen2 kat bawah tu mg mabeles lah… terus nak cuba guna resepi yg ni. dalam hujan ribut pun sanggup kekedai nak cari bahan2.... nasib baiklah semua nya dapat! mak ai… mahainya ikan kembung rm13.50/kg… agaknya ikan ni x de dalam kawalan harga ke? dan Alhamdulillah percubaan pertama ni terus menjadi. suker sangat2….. terima kasih Yani (selamat berpantang ya dik...) kerana share resepi ni dan kak rose nak kongsikan kat sini pulak ya….

dah ready untuk dingap...

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam
  • >>bahan kuah:
  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula
  • >> Bahan ulam
  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
  • >>cili:
  • cili merah
  • belacan (kak rose x makan so gantikan ngan udang kering)
  • garam
  • limau

Cara-cara

  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau
pelakun2 tambahan untuk laksam tu....

laksamnya... suker sangat sbb jadi dengan cantiknya... vangga gitu!

the gravy.... tp kenapa ek x putih? ke sbb lada hitam tu?
apa pun ia adalah sangat sedap!

Monday, March 21, 2011

Brokili goreng udang

masak sayur sempoi ni untuk ratah2... walaupun sangat simple tp sedap ditekak kak rose yang hanya tolak batu dengan kayu jer ni.... kalau ada cendawan butang tu tentunya lagi sedapkan, tp kak rose masak dengan bahan apa je yg ada.... resepinya kak rose dapat dari blog koleksi resepi pilihan diana... terima kasih ya dan kak rose nak sharekan kat sini pulak. mintak izin ya...

BROKOLI GORENG UDANG

Bahan-bahannya
500 gm brokoli
4 ulas bawang putih - kisar
10 ekor udang sederhana besar - buang kulit
1 sd lada sulah
1/2 sd sos tiram
100 gm cendawan butang (kak rose x de, x letak)
Garam & serbuk perasa

Cara-caranya
Tumiskan bawang putih hingga bangkit bau. Masukkan udang dan lada sulah. Goreng selama 2 minit. Masukkan brokoli dan sedikit air. Masukkan sos tiram, cendawan serbuk perasa. Biar hingga masak.

sedap.... dah abes dah....

Ikan merah masak asam pedas

lauk tengahari dah siap.... tp nasik x masak lagi ni...kali ni try nak masak asam pedas dengan ikan merah ni.... sllu tu asik goreng je kan... dan yg kak rose suka taruk bendi banyak2 dalam gulai tu, meratah bendi je pun sedap gak kan.... resepi ni kak rose dapat dari satu forum, x tau sapa tuannya.... apa pun terima kasih ya dan kak rose nak sharekan kat sini pulak.

Ikan Merah / Mayong / Duri (apa2 jenis ikan yg sedap msk asam pedas)
10 Batang Cili Kering
1 inci Kunyit
1 inci Halia
5 biji Bawang Merah(kecil)
3 biji Bawang putih
1 Biji bawang besar
1 batang Serai
Daun kesum / Bunga Kantan
Air asam jawa
Garam
Minyak

Cara-caranya
1. Cili kering di buang biji, cuci kemudian rendam dlm air panas. Agak2 dah lembut blender bersama, bawang, halia, kunyit dan sedikit minyak masak.
2. Serai di titik sahaja
3. Masa menumis tuangkan sedikit sahaja minyak masak dlm periuk, tumis bahan blender dan serai sehingga btl2 naik minyak , kilat tp jgn sampai hangus ya
4. Kemudian masukkan air asam jawa, daun kesum/bunga kantan dan garam secukup rasa
5. Kemudian baru masukkn ikan, biarkan sehingga mendidih seterusnya pastikan ikan masak. Rasa sekali lg, x cukup garam tmbh lg baru tutup api dapur .

Tips :
1. Cili kering panjang berkerinting paling sedap buat masak.
2. Ikan cuci dulu dgn air asam jawa (kurangkan hanyir dia)
3. Nak lagi power tmbh serbuk lada hitam
4. Menumis dgn minyak yg byk lg cpt msk, tp lps tu bleh le di buang minyaknya ketika sudah msk.

close-up sikit.... banyaknya pelakun tambahan dalam asam pedas ni sampai tenggelam lead nya!

nak gak tepek hasil mengukur jalan pagi ni.... the steps, the distance n the calories that burned! lupa lak snap timingnya..... 1 hr n 26 mts.... punyalah penat berjalan, cuma banyak tu je kalori yg terbuang? x patutkan.... dan ditambah pulak dengan asam pedas ni, makin bertambah2 le kalori dalam badan....tp kan hari ni macam something wrong with the steps count, sebab dah sejam kak rose berjalan tu baru 6k step je.... satu pusing taman tu sllu kak rose buat ialah 350++ step tp ari ni dia rekod cuma 240 je. mana aci kan! aik? salah placing ke? entahlah.... tu yang terus balik rumah dan sambung atas treadmill... x laju pun jalan atas tu .... 5.8km/hr... kura2 lagi lajukan? hai kura2 nak lawan jalan dengan kak rose x?kalau menang ada hadiah kangkung secekak tau! huh! bepoloh2 den, ponek ya amat!

Sunday, March 20, 2011

Ayam goreng berlada n kacang buncis

lauk simple untuk dinner td.... resepi asal guna daging tp kak rose telah menderhakannya dengan menggantikan daging dengan ayam dan tambah pulak dengan kacang buncis.... lauk dan sayur dalam satu gitu.... sah kerja orang malas... tp memang sedap dan kak rose ratah gitu jer tanpa nasik. tp kak rose kurangkan cili tu jd x lah pedas sangat.... nak resepinya leh tengok sini cuma ganti ngan ayam .... terima kasih pada penyumbang resepi yg mabeles nih!

buh kacang buncis banyak2 n makan gitu je tanpa nasik.

Apple n celery salad

salam dan selamat tengahari semua.... ari ni lambat sikit masak sbb td baru balik dari pasar tani kat stadium tu... punyalah ramai orang dengan tahap kepanasan yg membakar, air sebotol kejap je licin.... bukan nak bli apa sangat pun, cuma cari kerepek2 untuk buah tangan nak bawa ke KK nnti.. yg lainnya tu mengukur jalan lah... cuci mata je dan bli sayur sikit.... bli ikan jenahak 2 keping je dah rm17.60. bli labu jugak... nak masak apa ya?

so tengahari ni buat salad ni untuk ratah2 dulu... yg paling senang kan cuma potong2 dan gaul, dah siap... nak tengok resepinya yg kak rose amik dari buku Salads - A Prima Mini Recipe Book atau leh tengok kat sini.... kak rose penah tepek dulu. k, kak rose paste lagi sekali kat sini...


Ingredients
80 gm red apple (cut into cubes)
80 gm green apple (cut into cubes)
50 gm celery (chopped finely) - kak rose potong cube gak
30 gm walnut (chopped finely) - kak rose ganti dengan chestnut)
100 ml mayonnaise
1/2 tsp salt
strawberry n mint leaves for presentation (ilek, x dak ganti ngan tomato cherry n daun celery je)
(kak rose rendamkan apple tu dlm aie garam kejap (supaya apple x cepat turn brown) n omit the garam dah)

preparation
mix well the apples, celery with mayonnaise and walnut.
add some salt and mix it again
put salad on plate and decorate with strawberry and mint leaves
serve cold.

mmmm.... sedap dan x cukup satu serving ni, tambah lagi semangkuk! abeslah diet kak rose.... adeiiiiii.

Saturday, March 19, 2011

Kek gula hangus puan halimah

selamat malam dan selamt berhujung minggu…. petang tadi kak rose buat kek sarang semut ni dengan harapan yang sangat besar agar menjadi dengan elok..... kira puas ati jugak la dengan kejadiannya walaupun lubang 2 yang terbentuk tu kecik2 je…. yg penting ada lubang2 tu kan…. masa nak buat tadi memang sangat risau takut x menjadi…. tp Alhamdullilah, pd kak rose ni kira dah jadi lah buat orang keras tangan macam kak rose ni….. bak kata CMG kiranya kalau ada lebah masuk masih ada jalan keluar walaupun sempit!

apa pun ni percubaan pertama dan ada jugalah lubang sarang tu kan…. yg penting rasa dia la kan…resepinya kak rose copy dari blog resepi pilihan Diana, siap ada cara step by stlagi.....terima kasih ya dan kak rose mintak izin nak sharekan kat sini pulak….

KEK GULA HANGUS PUAN HALIMAH
Sumber: Kak halimah

Bahan untuk gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega

* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

Bahan untuk kek
4 biji telor
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan susuu pekat - Mixer hingga rata.
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanilla.
Last kekali, masukkan gula hangus tadi.

Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.

Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas dan bawah.

nampak kan lubang2 yg kecik2 dan sikit je kejadiannya....

Jus belimbing buluh

belimbing buluh versi kuning , selalu nampak yg hijau kan...

Asalamualaikum dan selamat petang…. belimbing buluh ni kak rose amik kat tepi taman yang yang kak rose duk briskwalk pepagi hari tu….. selalu tu x de lak teringin nak amik, tapi kan buah dia tersangatlah lebat bergayutan dipokok tu. bila semalam hujan lebat dengan angin dan guruh yang kuat so pagi ni tengok bertaburan jatuh kat tanah…. sayangnya. mula tu nak amik tp x tau tuannya… last2 tawakal je cakap dengan pokok tu kak rose nak amik, mintak izin dengan tuan tanah ya…. (macamlah pokok tu tau nak sampaikan kan) but at least kak rose mintak izin kan…. tp amik pun segugus ni jer… x tau nak wat apa? teringat lak masak lemak cili api daging salai dengan belimbing buluh ni….ishhhh kecur air liur…. nntilak kalau dah leh makan nasik rasa nak buat jugak….

jus belimbing buluh dengan asam boi with no sugar added!

so lepas bekpes tadi soh cik google carikan apa yang boleh dibuat dengan belimbing buluh ni…. ternampak lah jus belimbing buluh dengan asam boi kat sini… tp Lin punya belimbing buluh yang hijau...... kebetulan asam boi ada banyak lagi…. teruslah kak rose blend segugus tu jadikan secawan jus dan buh 3 biji asam boi…. no sugar added! biarkan sebentar biar asam bersatu dengan jus tu….. memula tu x brani nak try, takut masam sangat…. cuba minum sikit, mmmm …manis lak jadinya…. sedap lak tu... harap2 x sakit perut...

dan ni steps kak rose jalan pusing keliling taman tu pagi ni.... tp ari ni ada takut sikit sbb sangat sunyi x de orang lain dan ada seorang tu tido lak kat pergola kat tepi taman tu.... walaupun taman tu dikelilingi kawasan perumahan tp sangat sunyi keadaannya bila pagi... agaknya semua penghuni masih nenyak melayan mimpi kot..... maklumlah weekend! seram jugak dibuatnya!