lauk tengahari dah siap.... tp nasik x masak lagi ni...kali ni try nak masak asam pedas dengan ikan merah ni.... sllu tu asik goreng je kan... dan yg kak rose suka taruk bendi banyak2 dalam gulai tu, meratah bendi je pun sedap gak kan.... resepi ni kak rose dapat dari satu forum, x tau sapa tuannya.... apa pun terima kasih ya dan kak rose nak sharekan kat sini pulak.
Ikan Merah / Mayong / Duri (apa2 jenis ikan yg sedap msk asam pedas)
10 Batang Cili Kering
1 inci Kunyit
1 inci Halia
5 biji Bawang Merah(kecil)
3 biji Bawang putih
1 Biji bawang besar
1 batang Serai
Daun kesum / Bunga Kantan
Air asam jawa
Garam
Minyak
Cara-caranya
1. Cili kering di buang biji, cuci kemudian rendam dlm air panas. Agak2 dah lembut blender bersama, bawang, halia, kunyit dan sedikit minyak masak.
2. Serai di titik sahaja
3. Masa menumis tuangkan sedikit sahaja minyak masak dlm periuk, tumis bahan blender dan serai sehingga btl2 naik minyak , kilat tp jgn sampai hangus ya
4. Kemudian masukkan air asam jawa, daun kesum/bunga kantan dan garam secukup rasa
5. Kemudian baru masukkn ikan, biarkan sehingga mendidih seterusnya pastikan ikan masak. Rasa sekali lg, x cukup garam tmbh lg baru tutup api dapur .
Tips :
1. Cili kering panjang berkerinting paling sedap buat masak.
2. Ikan cuci dulu dgn air asam jawa (kurangkan hanyir dia)
3. Nak lagi power tmbh serbuk lada hitam
4. Menumis dgn minyak yg byk lg cpt msk, tp lps tu bleh le di buang minyaknya ketika sudah msk.
close-up sikit.... banyaknya pelakun tambahan dalam asam pedas ni sampai tenggelam lead nya!
nak gak tepek hasil mengukur jalan pagi ni.... the steps, the distance n the calories that burned! lupa lak snap timingnya..... 1 hr n 26 mts.... punyalah penat berjalan, cuma banyak tu je kalori yg terbuang? x patutkan.... dan ditambah pulak dengan asam pedas ni, makin bertambah2 le kalori dalam badan....tp kan hari ni macam something wrong with the steps count, sebab dah sejam kak rose berjalan tu baru 6k step je.... satu pusing taman tu sllu kak rose buat ialah 350++ step tp ari ni dia rekod cuma 240 je. mana aci kan! aik? salah placing ke? entahlah.... tu yang terus balik rumah dan sambung atas treadmill... x laju pun jalan atas tu .... 5.8km/hr... kura2 lagi lajukan? hai kura2 nak lawan jalan dengan kak rose x?kalau menang ada hadiah kangkung secekak tau! huh! bepoloh2 den, ponek ya amat!