Wednesday, March 23, 2011

Crunchy chocolate chips cookies

wat cookies ni untuk buah tangan nak jenjalan nnti....sebab sedap n sooo crunchy tu yang jadi pilihan untuk jadikan buah tangan ni.... harap2 depa suka lah ya... resepinya kak rose amik dari rumah Mamafami dan kak rose jugak pernah buat dulu kat sini.... rumah Ummi juga ada cookies ni.... terima kasih kerana share resepi nya ya..... meh kita tengok resepinya...

Bahan A:-
125 gm butter
125 gm marjerin
1 sudu besar shortening
160 gm gula halus
1 biji kuning telor
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B:-
230 gm tepung gandum ) ayak
20 gm serbuk koko ) bersama
100 gm chocolate chips (kak rose guna untuk hiasan jer)
50 gm white chocolate chips (boleh ganti chocolate rice) (kak rose gantikan ground chestnut)
50 gm badam cincang (roasted) (kak rose guna ground almond)
50 gm nestum (kak rose ganti ngan cornflakes)

Cara Membuat:-
  • Pukul butter, marjerin, shortening dan gula sehingga sebati.
  • Masukkan kuning telor dan esen vanila. Gaul rata.
  • Masukkan bahan B perlahan-lahan dan kacau dengan senduk kayu/spatula.
  • Sudukan adunan kecil2 (besar guli) dalam loyang (adunan akan mengembang sedikit ketika membakar).
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.
tepek jugak sebelum terbakar....

ready for packing...

yang nak ikut terbang ke KK nnti....

8 comments:

  1. wah kak rose nak p mana tu siap ada bekal lagi

    ReplyDelete
  2. rajin nyer mengkukis,nak terbang lagi..tak terbang ke seri paya ker Ros...

    ReplyDelete
  3. Assalam Kak rose,
    sedapnya chocolate cookies ni..rasa nak ambik sebotol kat tepi ni..

    ReplyDelete
  4. Cik Mimi, nak ziarah kawan tu yg siapkan bekal tu..

    ReplyDelete
  5. Asma, buah tangan... kang datang bawak buku lima jer x sedap ati lak kan...

    ReplyDelete
  6. Ayu, mmg sedap, sangat crunchy gitu.... ambik gambo yg kelam tu je leh la...

    ReplyDelete
  7. kak rose..nak sebalang.....he..he..

    ReplyDelete
  8. Mas, sebiji boleh?... balang nak bawak terbang!

    ReplyDelete