Wednesday, March 30, 2011

Bronok - kuih sagu kukus

Asalamualaikum dan selamat malam semua..... wat kuih ni petang td.... rupanya kuih ni kena kukus baru le x de yg berbiji putih2 tu.... selama ni kalau buat pun cuma godeh2 gitu jer dan banyak la yang masih putih2 macam x masak walaupun dah kacau lama atas api tu... tp bila kukus memang cantik sangat, jadi bulat2 sebijik2. tp tuk sukatan yg ni macam lembik sikit, (to me la...) so len kali kena kurangkan air. apa pun terimakasih pada mamakastam@myresepi, izah dan hana jugak kerana share resepi ni. rasanya ramai lagi dah cuba buat kuih kukus ni kan.... dan kak rose nak mintak izin nak kongsikan kat sini lak ya....

RESEPI BRONOK @ KUIH SAGU (KUKUS)
source : mamakastam@myresipi , izahdaut@muffinlover

Bahan-bahan
  • 1 gelas sagu biji kecil
  • 3 gelas air - next time nak kurangkan air 2 gelas ok kot
  • 3/4 gelas gula pasir- hana buh 1/2 je
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja (kak rose guna kelapa kering jer)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose
Cara-cara
  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.
x sabar nak tunggu sejuk... so masih hangat dah kena potong... lembik sikit ler...

x de kelapa putih, gaul je dengan kelapa kering yg dibasahkan dengan air + garam sket!
cantik, tp rasa mmg x leh lawan kelapa fresh le!

20 comments:

  1. sedapnya tgk kuih ni kak Rose, lama dh tak buat ...terliur dah ni rasa nk ngap jer kuih ni tapi apakan daya jamu mata jerlah dulu...hehe nanti nk cuba resepi ni pula la.

    ReplyDelete
  2. Nieza, rupanya senang jer buat kuih ni bila kukus... masak sekata. cubalah nnti ... for time being, jamu mata dulu ya.

    ReplyDelete
  3. suka mkn kueh ni..senang je nk buat rupanya ye kak rose.
    nk try jugak..;)

    ReplyDelete
  4. Sam, cubalah... senang guna resepi ni... mesti menjadi punya!

    ReplyDelete
  5. Niza, silakan... nak sedap lagi guna kelapa putih fresh..lemak2 je nnti!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Kak Rose...

    Kak Lin pun suka kuih ni sedap mmg ada rasa lemak2 gitu...

    ReplyDelete
  7. sedapnye.....nk try..mintk resipi yer.... =)

    ReplyDelete
  8. Aslmkm KakRose. Oooo... ya ke... maceh promote, tak tau lak kalau kukus jadi cantik gitu... bila2 boleh ler cuba.

    ReplyDelete
  9. LinRosly, kalau kenyal sikit lagi sedap kot... adunan in lembut sangat, to me la...

    ReplyDelete
  10. Eiza, silakan... kak rose cuma panjang2kan resepi ni... terimakasih pd tuan punya resepi gak.

    ReplyDelete
  11. Along, bila terbaca yg kukus semangat nak cuba tu menjadi2... kemaruk nak buat, tu yg belasah guna kelapa kering je ...

    ReplyDelete
  12. cantik je potongan tu kak. saya sebenornya mmg suke lembik sikit.makan tu sudu kan aje..hehe.tapi kalau nak potong mmg kena kurangkan lah kan

    ReplyDelete
  13. izah, jenuh jugak nak motongnye sbb lembik... kak rose suka yg leh pegang2 tu!

    ReplyDelete
  14. Kak Rose cayang.....alahai....sagu kukos aka bronok (di trg ni) memangla peberet dinda......

    mmm yummmeh......sjok2 lagi best mamam kan....err ayu nak minta ijin copy resepi ayam sticky yer kak....:)

    ReplyDelete
  15. saye pernah buat tapi jd lembik makan pun kene gune dgn sudu...itu pun atas permintaan anak no 2 mmg kuih kesukaan dia ni...

    boleh la try ikut resepi kak rose ye..


    tq kak rose...

    ReplyDelete
  16. terima kasih.. nnti nak buat ikut resepi kak rose tu.. :)

    ReplyDelete
  17. Ayu, silakan....kita panjang2kan resepi yg sedap nih...

    ReplyDelete
  18. ainnoraini, kalau x nak lembek kena kurangkan sukatan air tu ya...baru nnti boleh potong elok!

    ReplyDelete