Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, April 30, 2021

Iftar #17 Nasi goreng jer

 Asalamaualikum dan salam Ramadhan ke 18 dah hari ini...

seharian kak rose bz yang entah apa2.. tp buzy lah kat luar... pagi tu teman anak beli stroller dan baby swing untuk sikecik tu... tu pun dah memakan masa kan, kesian betul masa macam ni, susah jugak nak membeli barang keperluan bila dalam pkpb macam ni. bukan x boleh nak beli on line, tapi macam tak ada rasa kepuasan bila barang yang kita oder tu tak sama  macam dalam gambar or ade defect kat mana2 kan.. so pergi jugak lah ke kedai My Lovely Baby dan pilih Hauck rapid4 stroller dan ingenuity swing untuk baby dia.. ribuan jugak lah koyak poket... tapi tak pe lah, pilih yang elok sikit sbb nak guna lama kan. dah tengahari balik rumah, lepas zohor pulak teman pulak en asben ketempat kerja yang baru di cyberjaya.. nak jugak familiarkan route kesana, maklumlah jalan yang beselirat, kalau tersalah lorong kan ke susah nanti kan.. Alhamdulillah pagi ni dipermudahkan semuanya. Aamiin
so balik rumah dah dekat nak asar, lepas solat terus berkuntau didapo buat popia sayur ni.. dan siapkan rencah2 nak buat nasik goreng tu. nama jer nasik goreng, tapi renyahnya nak siapkan dayang2 nya... udang pun keras kejung dalam freezer lagi.. kan amik masa jugak nak siang..kak rose goreng nasik ni lepas solat maghrib dan lepas isyak baru makan. dapatlah makan nasik goreng panas2 kan... keluarkan sate baki ari tu dan panaskan dalam microwave jer. boleh lah gandingkan dengan nasik goreng bodo2 tu. dan kurma frozen ni dah lama kak rose beli tapi tak termakan... manis ya amat, makan sebiji pun rasa nak minum air sejeluk baru ilang rasa manis tu..
sambil buat kerja yang lain sambil goreng popia sayur ni, separuh dah tapaukan untuk anak dan yang ni je untuk kami. tu pun membawa hingga ke sahur baru habis. bila dah makan buah dan minum air berjeluk2 memang terasa sangat kenyang sangat kan. dan makan nasik lepas isyak.
waktu berbuka memang banyak makan buah, buah apa pun ok jer buat kak rose... tu lah yang buat perut cepat kenyang. Alhamdulillah.
 

Membina keluarga

 


Perkongsian dari fb Puan Adlil Rajiah yang sangat bagus untuk kita amalkan, terima kasih dan mohon share kat sini untuk bacaan yang sudi singgah kat dapo kak rose ni.

 BAB MEMBINA KELUARGA

Baca perlahan-lahan dan cuba amalkan ok?
.
.
🔴 Jaga solat awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Allah akan hujani rezeki pada rumah orang yang jaga solat di awal waktu.
.
🔴 Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis2. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
.
🔴 Wujudkan 3 waktu ini dalam keluarga: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual. Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
.
🔴 Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
.
🔴 Sebut nama pasangan dan anak2 dalam doa selepas solat, setiap hari.
.
🔴 Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu— penyayang dan pengasih.
.
🔴 Hindari sikap MALAS. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
.
🔴 Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
.
🔴 Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
.
🔴 Apa ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan koleksi majalah hiburan, games, frame gambar yang ada dalam rumah? Adakah kita akan hulurkan Quran yang dah berhabuk kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
.
🔴 Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada 3: Tempat tinggal, Makanan, Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
.
🔴 Rasulullah tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak2, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati hitam.
.
🔴 Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja2 "kotor" sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati—
"Rajiah, kau bukan siapa2, kau takde apa2, kau tak pernah buat apa2. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata."
.
🔴 Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan atau anak—
SABAR.
Betulkan diri sendiri dulu. Kadang2 kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul2 yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
.
🔴 Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
.
🔴 Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak2.
.
🔴 Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak2 setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
.
🔴 Rasulullah tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak2. Baginda bijak menggunakan komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
.
🔴 Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
.
🔴 Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
.
🔴 Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
.
🔴 Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
.
🔴 Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
.
🔴 Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
.
🔴 Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
.
🔴 Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
.
🔴 Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
.
🔴 Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah". (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada. 😂) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
.
🔴 Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah: Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah saw.
.
🔴 Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat: Surah Ibrahim, ayat 40.
.
🔴 Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita: Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
.
🔴 Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat: Surah Maryam, ayat 1-10.
.
.
Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat, dan menjemput rahmat Allah ke dalam keluarga kalian.
.
Sama-sama kita berlapang dada,
cuba ikut sunnah Rasulullah,
dan perlahan-lahan kayuh kembali kepada Allah.

 

Thursday, April 29, 2021

Iftar #16 nasi arab kabshah

 Asalamualaikum dan salam Nuzul Quran buat semua...

Alhamdulillah, telah separuh bulan kita menjalani ibadah puasa untuk kali ini..dan hari ini ialah hari diturunkan  Al-Quran, hari Nuzul Quran. selamat bercuti buat yang berkerja... yang SAHM macam kak rose ni memang tak de lah cutinya kan.. malah masa bulan puasa ni dapo belum pernah tutup lah sebab kami lebih suka untuk memasak sendiri daripada yang dibeli diluar. walaupun menu sempoi2 jer tapi tetap sedap diselera kami lah.. kalau sesekali tu adalah jugak nak tapau dari luar, tapi lebihnya tukang masak ni merajinkan diri didapo lah.. dan semalam buat lagi nasik arab ni..
tu dia seperiuk nasik arab kabshah ayam dah siap. masak dalam peruik noxxa, masukkan semua bahan dan tet tet tujuh minit siap lah sudah...
salad untuk dayang pengiring nasik arab tu... timun, tomato, bawang merah potong dadu, perasakan dengan asam limau, garam dan gula.. cili api sebiji, potong2 dan gaul semua dah siapppp... tapi kalau nak pedas tambah la lagi cili api tu. ikut lah kepedasan memasing kan, kak rose tak tahan pedas, tu yang  letak sebiji jer.
sos harrah untuk nasik arab tu... memang minimum sangat dayang unruk digandingkan dengan nasik ni. kalau nak resepi sos ni, boleh tengok kat sini ya..
betik dan mangga susu... sayang kali ni beli betik dapat yang tak manis la pulaknya... tapi yang mangga ni tersangat lah manisnya..
cucur sayur dan udang untuk menu berbuka petang semalam dan cicah dengan sos cili home made. sos ni boleh sediakan awal2 dan simpan dalam fridge bila nak guna dah siap ada kan..  untuk cucur tu kak rose letak sayur kobis, carrot sagat, daun sup, bawang merah, udang yang dicincang kasar, telor dan secawan tepung... gaul semua sekali dan goreng lah seperti biasa.. Alhamdulillah lembut jer masa makan walaupun dah sejuk.
homemade cili sos yang kak rose buat sehari sebelum tu... kalau nak resepinya, boleh check kat sini kak rose pernah tepek dulu.. a keeper resepi lah untuk kak rose kalau nak buat chili sos ni.
 

Wednesday, April 28, 2021

Iftar #15 murtabak segera

Alhamdulillah, menu simple berbuka petang semalam... semakin hari semakin ketandusan idea la kak rose ni nak sediakan juadah berbuka.. dan semalam juga hati sangat tak tenang bila mendapat khabar duka, guru ngaji kak rose telah disahkan positif covid, sekeluarga pulak tu, termasuk emaknya yang tinggal bersama. dan bila nampak ambulance datang amik kat rumah tu lagi lah terasa sayunya... semuga Ustazah Cik Yah sekeluarga dipermudahkan urusan rawatan dan diberikan kesembuhan sepenuhnya.. bukan takat itu jer, kat kawasan perumahan kami ni dah ramai pulak yang disahkan positif, yang anak pra pun dapat jangkitan dari sekolah dan menjangkiti seluruh keluarganya... kini ibunya ditahan di ppum, semuga cepat sembuh puan ainon sekeluarga, tak lupa juga buat keluarga kak Hanim dan Puan Nora.. semuga semuanya diberikan kesembuhan dari jangkitan covid ni. Aamiin
murtabak segera guna kulit popia yang kak rose sediakan awal2 sebab petang tu ada kuliah on line, takut tak sempat nak masak nanti kan.. so buat awal sebelum kelas bermula. buat pun cuma empat keping jer, tu pun tak terhabiskan. kak rose makan tiga potong kecik cam ni jer pun dah kenyang.. dan selebihnya anak yang tolong habiskan, sekeping lagi makan masa sahur tadi..
sebenarnya kak rose ni banyak makan buah dan minum air teh o masa berbuka, tu yang memang cepat kenyang lah.. murcott orange, buah tembikai merah dan pear.
bila ada kelas memang tak rajin nak masuk dapo, so oder jer la sate ni... larat makan takat tiga cucuk jer. anak dan en asben pun tak larat nak menghabiskan lah... so selamat duduk dalam fridge lah ya..  

Tuesday, April 27, 2021

Iftar #14 udang goreng celup tepung

Alhamdulillah... sekejap jer rasanya dah hampir separuh bulan kita berpuasa. begitu cepat rasanya masa berlalu. tapi sayang covid memerlukan kita menghadapi suasana berpuasa dalam keadaan norma baharu... dan dengan jangkitan yang seakan susah nak dikawal, salah seorang  jemaah muslimat solat terwaih disahkan positif, so seluruh jemaah muslimat pun diarah tidak hadir ke mesjid selama seminggu. dugaan sungguh kan, muga Allah segera angkat musibah ini dan kita semua boleh menjalani kehidupan normal semua. Aamiin.
dan menu iftar kak rose semalam... hari2 nak jugak tepek kat sini buat kenangan nanti bila dah tak rajin nak mengupdate dapo maya ni kan.. so semalam kak rose buat udang goreng celup tepung bistari. masih rangup walaupun makan dah lewat. meratah dan makan cengitu jer tanpa ada cicah pun dah sedap. Alhamdulillah tak berbaki. untuk yang berkuah, kak rose buat ayam masak asam pedas dengan daun kesum fresh dari kebun sekangkang lalat kak rose tu. harum bau masa masak tu. menggida sungguh la kan.
sayur baby sawi goreng bodo2 jer pun sedap. beli tiga peket sayur baby baby ni... sepeket untuk sekali masak, cukup lah untuk kami berdua.
dan kuih untuk berbuka semalam.. dah lama teringin nak makan kuih tepong gomak ni, tapi kerajinan nak buat tu memang selalu kelaut lah.. tapi bila dia tiga hari ni asik lalu kat fb, dan kebetulan bahan pun ada, moh ler kita try... Alhamdulillah menjadi dengan jaya nya. mekasih yang kogsikan resepi dan petua nak menyalut tepung kacang tu sangat membantu lah.. tapi buat sikit pun tak terhabiskan untuk kami.  
buah rock melon, buah lai dan betik untuk berbuka semalam..