Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, January 14, 2021

Sos harrah untuk nasi arab

Hari kedua PKP2.0. semuga covid ni cepatlah lenyap dan kita semua boleh kembali kepada kehidupan yang ceria seperti dulu, kan... sos yang kak rose buat untuk digandingkan dengan nasi arab kabsah. dah banyak kali buat nasi arab ni, mudah dan sedap lah buat kami naka beranak. sementelah rempah ready made dah ada, jadi mudah lah nak buatnya. dengan nasi yang dah lengkap berperisa, tak perlukan kuah dan lauk yang banyak. jom tengok resepi nak buat sos harrah ni...
 bahan2 untuk nasinya, salad arab dan juga untuk sos harrah ni...

Sos Harrah

2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil perahan lemon
3 bj cili padi
1sudu tomato paste
daun ketumbar
garam
gula

Kisar semua bahan tanpa air.
Sedia utk dihidangkan

salad arab yang sangat simple yet sedap bila digandingkan dengan nasi arah...
ready nak masak nasi... masuk semua dalam piok, tekan HP 7 minit dan tunggu hingga bip bip bip.... nak resepi nasi arab ni boleh tengok kat sini ya
ha...dah ready nasi arab kabsah dengan dayang pengiring. jemput lah semua....
 

1 comment:

Syaz Eym said...

Sedap ni 😊