Asalamualaikum dan selamat pagi ..
semuga kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah hendaknya
Alhamdulillah, kejap jer kita dah sampai ke sepuluh hari terakhir dibulan ramadhan yang sangat berlainan dengan ramadahan yang sebelum2 ini...kerana kita menjalani ibadah puasa kali ini dalam keadaan sangat2 berbeza, tiada solat terawih dimesjid, tiada tadarus ramai2, tiada majlis berbuka ramai2 dimesjid dan juga tiada bazar ramadhan seperti selalunya demi untuk kebaikan kita semua. semuga dengan penjarakan sosial dan segala pkp akan berhasil dan kita semua akan kembali kepada kehidupan normal selepas ini. Insya Allah... kiranya hari ni dah hari yang ke 56 kita dalam keadaan pkp, dan pkpb..
walau apa pun, kita kena teruskan juga apa yang perlu kita lakukan.. biar pun berpuasa dalam keadaan pkp, menu berbuka tetap kita sedakan.. biar pun sempo2 jer, Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan..
buah2 yang mesti ada dan juga sumi jelly untuk berbuka..
buat juga mee goreng ni..
yang ni untuk jiran sebelah...
dan nasik goreng bodo2.. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi untuk kami berdua...
No comments:
Post a Comment