dan untuk tak nak membazir, kenalah abeskan apa yang ada dalan fridge, masuk suma dalam sayur ni biar meriah gitu!
kalau nak ikut resepi sebagai panduan, meh kak rose kongsikan....
Bahan Bahan
1/2 kg kobis bunga (kak rose cuma guna 3 floret je)
1 batang lobak merah
1 batang daun bawang
1 batang daun sup
1 batang cili merah
segenggam holland peas - yg ni kak rose tambah
Bahan Tumis
1/2 cawan hirisan ayam (kak rose gantikan dengan udang) 3-4 biji bawang merah (dimayang)
1-2 ulas bawang putih (dimayang)
2-3 sudu besar sos lada hitam
2-3 sudu besar sos tiram
1-2 cawan air
sedikit garam dan lada hitam
2-3 sudu besar minyak masak
Cara-cara
1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih hingga terbit bau. masukkan udang, goreng sebentar.
2. Masukan sos lada hitam, sos tiram dan sedikit air.
3. Masukan garam dan lada hitam, renih sebentar hingga hampir mendidih.
4. Masukan lobak merah, kobis bunga dan cili merah tambahkan air jika
perlu, renih dan kacau hingga lobak merah dan kobis bunga hampir lembut
dan masukan daun sup dan daun bawang, renih selama 1-2 saat sebelum
menutup api.. hidangkan sewaktu masih panas.
2 comments:
Meriah K Rose.. ratah begitu jer habis semangkuk ( kalau sy laaa)
sedapnyaaaaa
Post a Comment