Thursday, June 30, 2011
Puding roti marble
berbalik kepada citer puding ni, kak rose dah banyak kali buat tp nak jugak tepek kat sini.... resepi dari hana @Myr... leh jugak tengok kat sini yg kak rose buat dulu tu....mekasih ya nduk hana yg kongsi resepi ni...
Apam gula melaka
Bahan-bahan ( 14 biji guna papercup saiz besar )
- 125gm gula pasir
- 125gm gula Melaka - dipotong kecil2
- 150ml air
- 250 gm tepung gandum
- ½ sudu teh soda bikarbonat
- ½ sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
- 1 biji telur
- 100 ml minyak masak
Cara-cara
- Sediakan acuan dan panaskan kukusan.
- Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.
- Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
- Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.
- Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
- Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).
apam gula melaka yang mekar kembang setaman untuk jamuan meraikan kedatangan jiran baru kak rose.... Ana dan keluarga yang baru berpindah dari KK. welcome to the club, Ana.
Wednesday, June 29, 2011
Puff kelopak versi hangus!
BAHAN INTI TUNA :-)
1 tin tuna, tos dan hancurkan
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 biji bawang putih, cincang halus
1 camca besar cili kisar
1/2 camca teh lada hitam kisar
2 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap cair
1/2 camca besar mentega
Secubit gula
BAHAN LAIN :-)
1 pack puff pastry jenama "KAWAN" (saiz 4 x 4 inci, ada 10 keping)
Kuning telur, disapu
Sedikit lada hitam, tumbuk halus
Sos pilihan (optional)
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK INTI TUNA :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar, sos tiram dan lada hitam, kacau rata dan tambah ikan tuna, kicap cair dan gula, kacau rata. Tuang sedikit air (anggaran 1/3 cawan), kacau dan masak hingga kering, akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan mentega, kacau rata dan matikan api. Sejukkan inti sebelum digunakan.
- UNTUK PUFF TUNA KELOPAK :- Ambil 1 keping puff pastry, kerat kepada 4 bahagian sama besar. Ambil 1 bahagian, buat "X" seperti dalam gambar. Kemudian ambil 3/4 camca teh inti tuna, letak pada 1 bahagian pastry lagi. Tindihkan pastry yang dikelar bentuk "X" tadi. Tekan tepi2nya dengan garfu, seperti dalam gambar. Alih ke dalam loyang. Buat selebihnya dengan kaedah yang sama, hingga siap. Sapu kuning telur dan tabur dengan sedikit lada hitam kisar. Bakar dalam oven pada sugu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang bersama sos kegemeran, jika suka...
Tuesday, June 28, 2011
Apam kentang
hari2 dok melukut ditepi gantang… eh tepi pintu ek? kat rumah Nor, macam2 resepi sedap2 yg terjumpa… dia x bukak pintu pun kak rose leh amik jer resepinya…. tp dia kan senyum sokmo, awet muda orang yg senyum selalu ni kan . ... lama dah tingin nak buat apam kentang ni tp asik x kesampaian jer.....baru buat apam ni dah nampak resepi lain lak... jelly kelapa yg sungguh mengancam... mana nak cari kelapa muda lak ni.... haizzz!!! mekasih Nor dan Seri kongsi resepinya...... kak rose cnp resepinya kat sini ya…
APAM KENTANGSumber : Seri
Sumber : SecubitGaramNor67
Bahan-bahan:
* 3/4 cwn gula pasir
* 200 ml air
* 1 helai daun pandan
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn kentang rebus
* 3/4 cwn tpng gandum
* sedikit garam
* 1 sk yeast
* 1 sk b.powder
* pewarna hijau/pandan paste
* 250 ml santan (kak rose guna sepeket santan serbuk n bancuh ngan 250ml air)
Cara-cara:
1. Kentang rebus di blend bersama dngn santan(biarkan sebentar)
2. Masak gula bersama air dan daun pandan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b.powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dgn kelapa parut.
Monday, June 27, 2011
Angel hair lemak pedas
ni dia angel hair lemak pedas yg x cukup bahan.... firstly nak minyak maaf dengan Nor…. jangan marah ya, kak rose asik dok godek dapo dia…. mesti x marah kan sbb x sepah2, x dengar tung tang pun kan….. cuma amik resepi jer…. biar pun x cukup bahan tp sbb dah kemaruk nak makan buat jugaklah dengan bahan apa yg ada dalam fridge jer…CMG pun x marahkan sbb kak rose memandai mengubah resepi ni mengikut bahan yg ada!
resipi : CMGebu
sumber: K.Nor @ SecubitGaram
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cekak spaghetti ~ k.nor guna angel hair
2 biji tomato ceri tomato, hiris bulat
1/4 bahagian red capsicum, dadu)
1/4 bahagian green capsicum, dadu) (semua x de... ilek ! gantikan ngan cili merah jek)
1/4 bahagian yellow capsicum, dadu)
1 helai bay leaf - ni pun x pernah ada!
3 biji cii padi, hiris halus (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/3 cawan susu cair IDEAL
1 keping meat loaf "ayamas", didadu ~ k.nor gantikan dgn sosej dan udang (ganti sosej n ayam)
1/2 kiub pati ayam "Maggi"
Sedikit air ~ k.nor guna air rebusan pasta tu
CARA MEMBUATNYA :-)
Rebus spaghetti tadi hingga lembut mengikut arahan pada paket atau citarasa masing2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun dalam kuali tak melekat. Tumis bawang putih hingga layu, masukkan bay leaf dan meat loaf tadi, kacau sekejap dan tuang susu + air, biar mendidih. Tambah serbuk lada hitam dan kuib ayam, kacau dan biar masak perlahan.
Masukkan red/green/yellow capsicum bersama cili padi. Tambah spaghetti dan gaul rata. Masak hingga pekat, dan rasa jika perlu tambah sedikit garam. Bila dah ok boleh matikan api.
Alih ke dalam pinggan yang sesuai, hias dengan hirisan tomato dan taburkan sedikit lagi serbuk lada hitam. Hidangkan segera.
stok angel hair spaghetti - ada 4 pack lagi yg x berusik, bila la nak masak ni? ni sebenarnya kes tersalah bli.... nak bli spaghetti yg biasa tu untuk laksa johor, teramik yg ni pulak... sampai rumah baru sedar! apakah?
Sunday, June 26, 2011
Onde onde keledek
ONDE-ONDE KELEDEK
sumber: Yatie Memories
sumber: K.Nor@SecubitGaram
Bahan-Bahan
2 cawan keledek- yg telah direbus dan dilenyek (kak rose guna kentang...)
2 cawan tpg pulut
1 ketul gula melaka - dipotong kecil2
1/2 biji kelapa - diparut putih sahaja dan digaul dgn secubit garam
pewarna kuning
1/2 cwn air atau secukupnya- utk diuli dgn adunan dan utk merebus onde2
Cara-cara
Lenyek keledek yg di rebus hingga lumat dan digaul sebati dgn tepung pulut. kemudian masukkan air sedikit2. Seterusnya masukkan sedikit pewarna dan gaul rata hingga menjadi doh.
Kemudian buat bebola kecil, masukkan potongan cula melaka ditengah2nyer tutup dgn kemas dan golekkan supaya menjadi sebiji bola. Lakukan sehingga adunan habis.
Jerang air dlm periuk hingga mendidih. Masukkan bebola tadi kedlm air mendidih. Angkat apabila ia sudah terapung (maknanya... dah masak la tu..)
Akhir sekali golek2kan diatas parutan kelapa tadi.
Mayonnaise saucy chicken
Salam dan selamat berhari minggu…. agaknya ramai yg bersopping hari ni ya… maklumlah hari gaji. selamat bersopping la ya… pagi ni kak rose nak entrykan menu semalam yang sepagi menyelongkar kat dapur Nor tu ni la menunya yg kak rose amik…. sedap ya amat, sampai anak pun tanya… ayam apa ni ma? terimakasih banyak2 pada Love yg menciptakan resepi mabeles ni, dan juga pada semua yg sharekan resepi ayam ni…. ramai yg dah mencubakan… dan kak rose cnp dari rumah Nor.... tq ladies!
recipe by : Love2cook
source : K.Nor@SecubitGaram
Ingredients :~
1 whole chicken ~ cut free form (kak rose guna chicken wing jer)
2 eggs
1 tsp coarse blackpepper
salt
2 tbsp plain flour
1 tbsp cornflour
for the sauce:
3 tbsp chilli sauce
2 tbsp sweet & sour sauce ( may sub with tomato ketchup )
1 tbsp sweet soy sauce (optional)
4 tbsp mayonnaise
cooking oil to fry
1 tbsp olive oil for sauce
(ikut cam Nor jugak ---> tambah cili api kasi berasap!)
Method :~
Clean chicken, pat dry with paper towel.
Beat eggs in a bowl. Mix in blackpepper, salt, flour and cornstarch.
Add chicken pieces in and rub thoroughly with the egg mixture. Marinate for 30 minutes.
Deep fry the chicken pieces until cooked. Drain on a paper towel.
Now make the sauce. Heat olive oil in a saucepan. Add all sauces except for mayonnaise. Stir and add in the fried chicken pieces, mix. Turn off the heat.
Add mayonnaise to the chicken, mix and coat well. Dish out immediately and ready to be served.
* yg K.Nor tambah:
1 sudu teh serbuk cili kasar
5 bj cili padi dihiris serong
sedikit cili merah dan cili hijau dihiris serong
sedikit air utk menghasilkan masakan yg sedikit berkuah
tepung tu K.Nor letak 3 sudu kecil (rumbu) tpg jagung jer.
Saturday, June 25, 2011
Puding cokelat sos kastad
PUDING COKLAT SOS KASTARD
resipi : Dayang Jack
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Puding Coklat :
10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
500 ml susu segar (k.nor lebihkan 100ml)
250 ml susu cair
100 ml air
3/4 cawan gula pasir
2 sb susu pekat
2 sb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
1 sb tepung kastard + 2 sb air
1 sb mentega
1 sk esen vanilla
Cara-cara :
Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air.
Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat.
Kacau sebati dgn api perlahan.
Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega.
Sebatikan. Tutupkan api.
Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.
Bahan Sos :
2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
2 sb tepung kastard
4 sb gula pasir
1 sk esen vanilla
Cara-cara :
Satukan kesemuanya di dlm periuk.
Kacau hingga tepung larut.
Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat.
Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi.
Sejukkan terlebih dahulu.
Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka.
Friday, June 24, 2011
Cucur nasi ikan bilis
resepi dari yatie, terima kasih ya dan kak rose nak sharekan kat sini lak...
Bahan-Bahan
- 2 cwn nasi
- 2 cwn air
- 1 biji bwg besar
- 2 biji bwg putih
- 1/2 cwn ikan bilis
- 2 1/2 cwn tepung gandum
- 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka) (kak rose buh cili flakes)
- Daun sup/bawang (di hiris halus)
- sedikit garam
- Minyak untuk mengoreng
- sebiji telor (yg ni kak rose tambah)
cara membuatnya
- Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
- Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
- Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
- Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
- Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...
Tenggiri asam daun kari
TENGGIRI ASAM DAUN KARI
Resepi : Kak Asma
Sumber : Izah, Mamahawa, Mas, Nor
Bahan2:
4 keping ikan tengiri
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1 biji lada merah dan hijau*(*bahan bertanda dihiris )
1 batang serai(ketuk)
sedikit daun kari
garam,perasa,air asam jawa
bersihkan ikan, lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam. panaskan goreng hingga garing. angkat dan ketepikan.
keluarkan minyak dari kuali tinggalkan sedikit, masukkan bahan yang telah dihiriskan tadi, tumis hingga layu.
masukkan lada, serai,daun kari, garam, perasa dan air asam.
biarkan sebentar,baru masukkan ikan tadi.
kalau suka berkuah agak2 hampir pekat matikan api.
Thursday, June 23, 2011
Lempeng ubi-kelapa
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan parutan ubi kayu
3/4 cawan kelapa parut putih
Garam secukup rasa
Sedikit air (yang ni agak2 lah dalam 3 - 4 camca besar) (yg ni kak rose guna santan)
(2 tsb gula - yg ni kak rose tambah)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan semua bahan diatas kecuali garam, gaul rata dan tambah garam secukup rasa, kacau sebati. Panaskan non-stick pan, oles sedikit minyak masak, letakkan 1 senduk adunan dan ratakan (bergantung pada saiz non-stick pan masing2).
- Masak dengan api perlahan hingga kuning keemasan dan garing, terbalikkan dan biar kuning keemasan. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sambal tumis atau ikut citarasa masing2...
Goreng kubis ala mamak
resepi kubis mamak ni kak rose dapat dari Myr jugak.... banyak resepi sedap2 kat situ sampai x tau mana satu nak cuba dulu.... terimakasih pada Datin Lulu yg share resepi ni dan kak rose nak mintak izin nak sharekan kat sini ya...
Bahan-bahan
- 1/2 biji @ 1 mngkuk kubis bulat - dpotong/hiris nipis
- 1 batang karot - dparut memanjang
- 3 - 4 ketul tauhu - dhancur ckit (yg ni kak rose x letak)
- 1/2 labu bawang besar - dhiris nipis
- 3 ulas bawang putih - dketuk
- 1 -2 cili merah - buang biji/hiris nipis
- 1 sudu teh biji sawi
- 2 sudu besar sos tiram
- garam cukup rasa
- 1 sudu kecil (rata) - serbuk kunyit (jgn lebih nnti pahit)
Cara-cara
- Panaskn 3 sudu besar minyak (agak2 le)
- Tumiskan 2 jenis bawang hingga sedikit layu, baru masukkn biji sawi & serbuk kunyit...biar seketika, masukkn tauhu yg dhancur (gaul mesra)
- Masukkn sos tiram, dikuti kubis, karot & cili merah...garam jga - gaul sebati & mesra smua bahan
- Agak2 dah masak, tutup api (klau suka bleh letak daun bwang dptong pndek) gaul sebati *Sayur ni x prlu letak air utk kuah, goreng kering aje...(tpi lmbab ckit) *Sayur ni versi x de perasa tmbahan pati ikn bilis dll...
Ayam vietnam
mekasih to all the ladies yg share resepi ni, dan kak rose cnp dari rumah nor...
VIETNAMESE SPICY LEMONGRASS CHICKEN
sumber: tulip77@Myr & Izah
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan-bahan:
3 keping isi ayam, potong saiz kecil2 *saya goreng sebentar (kak rose pun)
3sb gula ~ k.nor guna 2 sudu jer
2sb minyak masak
3sb sos ikan
3btg serai - ketuk
1sb cuka
1sb sos tiram
1bj bawang besar - potong dadu
lada merah & lada hijau - potong menyerong (lada ijo ilek...)
5 bj cili padi ~ k.nor tambah
Cara-cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan gula dan biarkan sebentar hingga bertukar warna gelap. Masukkan ayam & bawang.
Lepas 5minit masukkan serai & lada. Perlahankan api & masuk bahan2 lain &gaul biar sekata. Jika kering masukkan sedikit air.
Rasa & adjust apa2 yg terkurang. Hidang panas2 dgn nasi putih.
Wednesday, June 22, 2011
Chocolate chips cookies
memenuhi permintaan anakanda yg katanya dah lama mama x buat cookies…. td nampak kat rumah tun telani chocolate chips famous amos cookies sangatlah menggoda jiwa raga…. tp sbb dah beberapa hari simpan resepi cokelat cookies yg ni, dan yg paling penting x yah nak kuorkan mixer bagai so apa lagi mencuba yg ni la dulu…. lagi pun bahan2 pun agak sama cumanya x yah guna mixer… nnti kalau rajin kak rose nak jugak mencuba yg famous amos yg sedap tu….kalau lalu booth dia pasti hmmmm…. harum sungguh baunya dan harga nya juga sungguhlah mem burn kan poket kan… x pe nanti kita wat sendirik je!
Resepi ni kak rose cnp dari Myr oleh kak fida, terima kasihya share resepi cookies yg mudah ni… tp kak rose buat punyalah bagak2 besaunya… so dapat +-80 biji jer… tp mmg sedap n rangup sangat. x rugi mencubanya!
Bahan-bahan ( lebih kurang 100 kpg )
- 190 g mentega- lembut
- 45 g gula perang
- 80 g gula kastor/icing
- 220 g tepung gandum
- 1/2 sk rata baking soda
- 1 sk serbuk koko(lebihkan jika suka utk mendapatkan cookie yang gelap)
- 1/2 sk esen vanilla
- 170 g choc chip
- 170 g badam cincang kasar- di panggang (kak rose guna gajus, blend sendirik - terhalus lak!)
- 1 biji telur -yg sedang
Cara-cara
- Tepung, baking soda, koko di ayak bersama.
- Mentega, gula icing, gula perang di gaul rata.
- Masukkan telur dan esen dan digaul lagi hingga sebati.
- Masukkan pula campuran tepung,gaul diikuti dgn choc chip dan badam cincang dan di gaul hingga rata dan sebati.
- Susun doh sesudu2 di atas loyang pembakar dan bakar hingga garing mengikut suhu kepanasan oven masing2.
Tuesday, June 21, 2011
Lauk simple ari ni...
Lauk simple hari ini…. ikan selayang dalam sos asam jawa style malas punya…. dah banyak kali buat dengan bermacam2 ikan resepi sedap nih…. ikan merah, ikan siakap juga ikan jenahak… kali ni guna ikan selayang lak, yg juga disebut ikan sadin.... tp bukan yg dalam tin nyer ya taw! ikan selayang ni sangat molat2 dan besar2 saiznya… 4 ekor je dah 1kg…. isi memang banyak dan nasib baik dapat bli yg fresh…. sangat mabeles bila digoreng dan masak dalam sos asam jawa nih.
sayur pulak..... tumis air labu air + carrot munger2…
Monday, June 20, 2011
Talam marble
resepi dari fida di Myr dan kak rose nak sharekan kat sini lak ya. terima kasih banyak sbb share resepi ni...
Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc. )
- 250 g tepung Hoen Kwee (putih)-(1 sb rata=10 g)
- 450 g gula halus (2 1/4 cwn rata)
- 2100 ml santan pekat (drpd 2 biji kelapa)
- 1 sk garam
- 3 sb serbuk koko
- Satukan kesemua bahan ke dlm mangkuk kecuali koko dan dibahagi 2. 1 bahagian di campur koko.
- Masak adunan dlm periuk yg berasingan sehingga pekat,licin dan kelihatan meletup2. Matikan api.
- Marblekan adunan berselang-seli warna hingga habis di dlm loyang yg bergris.Sejukkan.
- Siap utk dipotong dan dihidangkan.
- Cara2 ke 3 hendaklah dilakukan dgn cepat krane adunan cepat mengeras.
ni tepung yang kak rose guna.... tp kak rose buat sepertiga je dari adunan ni...
Semua nak senang jer...
mmg pun semua nak yg cepat dan senang kan…. buat apa nak keja yang susah2 kalau ada yang sangat menyenangkan…. macam x yah nak masak untuk lunch hari ni kan… cal je 1300882525 dan tunggu….siap hidangan tersedia atas meja…. ooooh! itu kilija sangat sinang ma.... tinggal nak ngap jer…
tapikan ….. depa ni dah x de ke box untuk large pan pizza ni? …. dipotongnya 8 pcs dan buh dalam kotak kecit2 cam ni? gasak la…. janji super supreme pan pizza ni dah ada depan mata… dan satu lg nak tanya wahai cik tuan puan tukang buat pizza nih…. kenapa topping tu sangat kedekut isinya?...apa yg super supreme sangat kalau gitu?....sapa nak tolong jawapkan? ataukah kak rose yg tamak nak banyak jer?... (ohhhh!!!! kena insaf diri dah makin kembang.....)
Sunday, June 19, 2011
Kisah sedih dipetang hari...
petang td g jenjalan ke subang parade sambil cuci mata tengok sale disana sini…masa pegi tu naik ktm komuter ni mmg macam hampeh! sampai kat stesen tu pukul 2.10 dan suppose ketapi datang pada 2.19, tunggu punya tunggu dah schedule for next train pulak yg akan datang pada 2.34. pun x datang jugak dan next schedule la pulak at 2.49 dan at last ketapi datang at 2.51pm… lemas menunggu, dah lah sangat panas berbahang hati juga jadi panas sbb lama sangat…. x de satu pun annoucement dari pihak ktm yg memberikan sebab2 kenapa ketapi lewat…. manalah courtesy derang ni kan???? bila sampai lak, train penuh mengalahkan tin sadin! patut pun kalau orang ramai x nak gunakan public transport… x larat nak amik risk sampai lewat terutama yg keja pejabat kan…. cuma orang yg cam kak rose ni jer yg terpaksa tunggu!
balik ok je abang g jemput, yalah dengan barang2 ditangan kalau nak naik ketapi lagi maunya tercicir segala barang kan…. sampai dirumah kemaskan segala barang simpan ditempatnya dan bila nak kemas pinggan dirak basuhan….. hati sangat tipilanjat tengok tudung piok vision kak rose dah terbelah 2! adoyaiiiii… sapalah punya keja… tanya orang kat rumah ni semua x tau? pecah sendirik? ada hantu kak limah singgah kat rumah ker? muskil kan?...ini le ropanya tudung piok yg dah terbelah tu.... nak kena tepon kawan kat Langkawi yg nak pindah kesini untuk belikan tudung piok yang baru pulak.... kalau nak bli kat sini maunya macam nak bli satu set lak.... x terdayo la den oi....
untuk ubatkan hati yg sedih, buat pisang goreng ni…. pisang ni jiran sebelah rumah yg kasi… tima kasih daun keladi ya Malia… ada lagi bolehlah kasi lagi… uisshhh kak rose ni, beri sekali nak lagi lak kan. manis sangat pisang ni tp tetap gak nak makan dengan sambal kicap jawa nih! sedapnya makan bergandingan dengan se mug teh kuning....
Saturday, June 18, 2011
Bubur biji nangka
buat kuih ni untuk minum petang tadi… sedap lemak manis rasanya, cuma masa nak menggentel tu yg amik masa sket maklumlah nak kena buat kecik2 barulah comel kan…. tu pun dah jadi macam2 saiz ada! kuih biji nangka yg x sama saiz… x kesahla kan asalkan dapat makan n sedap gitu…
meh tengok resepinya yg kak rose cnp dari Myr oleh SisIda. mekasihya share resepi ni, kalau ada nangka betul mesti lg sedap kan… dan kak rose tambah biji sagu dalam bubur tu.
- Bahan A
- 200g tepung pulut
- 140ml air suam
- pewarna
- Bahan B
- 2 mangkuk santan
- 6 sudu gula
- secubit garam
- 5 helai daun pandan
- bahan C
- 1 liter air
- (kak rose tambah 2 sudu makan sagu biji)
Cara-cara
- campurkan kesemua bahan A dan diuli sehingga sebati.Kemudian dibahagikan kepada beberapa bahagian dan diwarnakan dengan pelbagai warna yang disukai.
- Air didihkan di dalam periuk.Doh yang siap diuli akan digentel@bulatkan kecil seperti biji nangka dan dimasukkan ke dalam air mendidih..biji yang terapung diangkat dan dimasukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
- Bahan B dicampurkan ke dalam periuk dan didihkan.Akhirnya masukkan biji Nangka yang siap dimasak tadi...Bubur siap untuk dihidangkan..
Nasi dagang
sukatan beras tu kak rose ikut ikut Chef Norzailina
Nisbahnya ialah,
1 cawan beras nasi dagang,
1 cawan beras pulut dengan
3 cawan beras biasa.
rendam beras 5 jam
tp cara masak kak rose ikut Anim , masak cam nak wat nasik lemak biasa tu, bila dah setengah masak, salinkan dan kukus. pastu tabur hirisan bawang, halia dan halba. kukus semula.. kerja nak mudahkan.... dan akibatnya nasik kak rose terlembik.... adoyaiiii... kalau next time nak wat lagi nak cuba cara yg kukus sepenuhnya pulak. tp adakah diriku serajin itewww?
untuk kuah gulai, kak rose cnp dari rumah Anim gak....
Bahan2
1 ekor ikan aya@tongkol
3kpg asam keping
sedikit garam
air secukupnya
Bersihkan ikan aya dan potong.
Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
Air hendaklah melebihi paras ikan.
Masak dgn api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.
Bahan2 kuah:
4 sudu besar cili mesin (kak rose dah kurangkan tp masih pedas... huhuhu...)
7 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1in halia *
1in lengkuas *
1in kunyit hidup * ( * diblend )
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang
(akak guna rempah kari daging+rempah kari ikan) (kak rose pun)
2/3 cawan santan fresh/pekat
4 cawan air
air asam jawa (kak rose guna asam keping jer)
sedikit belacan ~ optional
nisan/gula melaka
garam
sedikit gula
7 - 9 bj cili padi
minyak
Bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yg dah dimasak tadi.
Renih lagi kuah hingga kepekatan yg disukai.
Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.
* ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam2 tu meresap ke dalam isi ikan.
** kalau ada belimbing buluh, boleh lah diletak dlm gulai ni. nanti rasa gulai lagi sedap
Untuk acar dari rumah Chef Norzailina again.
Acar
1 biji timun
1 batang lobak merah
1 tangkai cili merah
2 hirisan nenas (x letak sbb x de la pulak!)
½ labu bawang besar
2 camca besar cuka
1 camca besar
gulagaram secukupnya
Cara membuat:
1. Timun dipotong 3 cm, buangkan empulur. Hiris halus.
2. Potong lobak, cili merah, nenas dan bawang besar halus-halus.
3.Gaulkan dengan cuka, gula dan garam hingga sebati.
terimakasih pada Anim dan Chef Norzailina share resepi ni ya....
Ubi ungkep
Salam dan selamat berhujung minggu semuanya..... ni dia ubi ungkep versi tak gebu…. x reti betul nak pilih ubi yg bila direbus sangat gebus gebas gitu…. asik2 dapat yg cenggini je… walaupun empuk tp x gebu, tp ttp abes licin dek kesedapannya… kalau nak tengok ubi gebus cikgu hana kat sini ya....sesekali buat ubi cam ni sedap jugak kan….. wat minum petang semalam aka dinner sekali. So ni kira tayangan amal yang dah terlewat schedule le…
Resepinya kak rose cilok kat rumah cikgu hana yg sangat bz nowdays! Coti2 sekolah koje jugak ke cikgu? Apa pun mekasih resepinya dan kak rose nak sharekan kat sini lak ya….
RESEPI UBI UNGKEP @ REBUS BEREMPAHsource : kakzana@insprirasiku / hana
Bahan-bahan
- 1 kg ubi - potong spt nak merebus dan bersihkan.
- 4 sb ketumbar* - hana campur jintan tp lebihkan ketumbar
- 3 biji bwg merah*
- 3 ulas bwg putih*
- segengam ikan bilis*- lagi byk lagi best.. (kak rose nyer terlebih suda....)
- sedikit kunyit
- garam secukup rasa.
- Sedikit minyak untuk menumis
- Tumbuk bahan*.
- Tumiskan bahan* dalam kuali hingga berbau harum..dan masukkan garam
- Masukan ubi dan gaul rata
- Masukkan air hingga paras ubi/menutupi ubi
- Tutup kuali, dan biarkan sehingga ubi empuk.
- Apabila air ubi hampir kering, buka tutup kuali dan kacau rata supaya tidak hangit.
- Kacau perlahan sehingga air ubi kering.. tutup api