buat kuih ni untuk minum petang tadi… sedap lemak manis rasanya, cuma masa nak menggentel tu yg amik masa sket maklumlah nak kena buat kecik2 barulah comel kan…. tu pun dah jadi macam2 saiz ada! kuih biji nangka yg x sama saiz… x kesahla kan asalkan dapat makan n sedap gitu…
meh tengok resepinya yg kak rose cnp dari Myr oleh SisIda. mekasihya share resepi ni, kalau ada nangka betul mesti lg sedap kan… dan kak rose tambah biji sagu dalam bubur tu.
- Bahan A
- 200g tepung pulut
- 140ml air suam
- pewarna
- Bahan B
- 2 mangkuk santan
- 6 sudu gula
- secubit garam
- 5 helai daun pandan
- bahan C
- 1 liter air
- (kak rose tambah 2 sudu makan sagu biji)
Cara-cara
- campurkan kesemua bahan A dan diuli sehingga sebati.Kemudian dibahagikan kepada beberapa bahagian dan diwarnakan dengan pelbagai warna yang disukai.
- Air didihkan di dalam periuk.Doh yang siap diuli akan digentel@bulatkan kecil seperti biji nangka dan dimasukkan ke dalam air mendidih..biji yang terapung diangkat dan dimasukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
- Bahan B dicampurkan ke dalam periuk dan didihkan.Akhirnya masukkan biji Nangka yang siap dimasak tadi...Bubur siap untuk dihidangkan..
wah... warna warni laaa biji nangka kak rose.. hihi..
ReplyDeletetun kalau wat ni mesti letak halba sikit.
Nampak sedap ler...nak ambik resepi boleh hihihi...
ReplyDeletetun, suka yg plain jer tanpa halba...
ReplyDeleteCRC, amik le, kan kita sharekan semua yg kat sini...
ReplyDeleteSalam Kak Rose, la ... yang ini pun Ratna tak kenal bubur biji nangka aka tepung pulut digentel ber-shaped biji nangka berendam didalam bubur santan berbiji sago, memang sah tak pernah dengar, tahu dan rasa! asal-usul nya dari mana wahai Kak Rose?
ReplyDeleteGimana pun manis kali warna-warni bubur Kak Rose. Salam manis manis madu.
Lama tak tengok blog kak ros..sury ingat biji nangka..benar..rupanya guna tepung pulut...memang sedap nie..warna-warna menarik
ReplyDeletesedap ni kak.. fav..
ReplyDeleteRatna, sejak kenal ramai kawan dialam maya ni banyak mencuba resepi yg x pernah kak rose tau pun adanya.... terima kasih pada sifu2 masak dialam maya ni kerana dari situlah kak rose banyak belajar...
ReplyDeletebubur ni asalnya dari negeri kelantan tp ada macam2 versi... yg dibubuh halba, bawang, sagu biji juga yg plain saja..
walau apa pun rupa dan warnaya ia tetap sedap!
Sury, tq jenguk rumah kak rose ya... hihihi tertipu ya... biji nangka guna pulut jerk!
ReplyDeletedZana... mmg sedap, praktis untuk juadah bukak puasa nnti..
ReplyDeleteSdp tgok rose masak respi ni mmg nk cuba ....mgidap nk mkn....
ReplyDeleteSedap....sy akn cube buat..tq k.rose..😉😉
ReplyDelete