Salam dan selamat berhujung minggu semua…. sepagi ni kak rose dok melepak kat dapur Nor secubit garam menyelongkar gobok lauk dan dessert dia yg sedap2 tuh…dan nilah dia dessert yg kak rose buat pagi ni hasi dari penyelongkaran tu… tapi x sepah pun, amik dan pas tu kemas balik elok2 tentunya nor x marah kan… terima kasih Nor, juga tuan punya resepi asal iaitu Dayang Jack. terima kasih sekali lagi pada anda berdua... kak rose kongsikan resepinya kat sini ya...
PUDING COKLAT SOS KASTARD
resipi : Dayang Jack
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Puding Coklat :
10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
500 ml susu segar (k.nor lebihkan 100ml)
250 ml susu cair
100 ml air
3/4 cawan gula pasir
2 sb susu pekat
2 sb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
1 sb tepung kastard + 2 sb air
1 sb mentega
1 sk esen vanilla
Cara-cara :
Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air.
Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat.
Kacau sebati dgn api perlahan.
Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega.
Sebatikan. Tutupkan api.
Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.
Bahan Sos :
2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
2 sb tepung kastard
4 sb gula pasir
1 sk esen vanilla
Cara-cara :
Satukan kesemuanya di dlm periuk.
Kacau hingga tepung larut.
Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat.
Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi.
Sejukkan terlebih dahulu.
Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka.
nor tau k.rose mmg baik, lepas selongkar pasti kemas balik.. ermmm tak ada ke puding barang dua cup utk nor :)
ReplyDeleteakak..memang sedapp puding ni...
ReplyDeletelama dah mas tak buat...
nak segelass.....
lyn, sedap makan sejuk2 masa cuaca panas nih.
ReplyDeleteNor, kenalah kemas elok2, barula orang nak kasi resepikan? ... he he he nak anto jauh na pulak!
ReplyDeleteMas, anak siap choop lagi... mama jangan abeskan tau, nnti nak makan lg!
ReplyDeletesedap ni makan tengah cuaca panas2 cam gini..laju je die lalu kat tekak kan kak....bile la nak membuatnya nih...
ReplyDeletekak rose..mengandung kali ni kan..tak boleh tengok benda manis..mesti meleleh liur huhu..nape kak rose pindah awal sangat ye
ReplyDeleteadeeii...menu ni kan, haritu buat anak2 tak cukup makan..sedap sgtla..hehe
ReplyDeleteamboi sedapnyer... skrg cuaca tgh panas, dpt makan ni 2-3 bekas mmg sedap..
ReplyDeletewahhh sedapnya tgk puding kak rose ni....dah lama masuk list tapi tak kesempatan nk cuba lagi..:)
ReplyDeleteKak Rose,
ReplyDeleteNak 2 gelas ada lagi ker.. Satu jer tak cukup..hehehe..
eina, ni kak rose tiupkan semangat dihari minggu untuk nak mencuba...
ReplyDeletesuri, ala ciannya.... anak2 adalah cabaran dan investment masa depan yg lebih baik... sabar ya.
ReplyDeletekak rose dah x tahan duk sana... 4 tahun seksa...
Anna, kena buat double triple adunan la cam ni... mmg sedapkan.
ReplyDeletetun, x sedar... sambil ngadap pc sambil nyuap... tengok2 dah abessss!
ReplyDeleteNieza, mmg sedap taw... rugi kalau x mencuba!
ReplyDeleteNaz, tinggal gelas ade la... isinya dah ilekkk!
ReplyDelete