Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, August 4, 2011

Murtabak segera

menu iftar hari ketiga..... dek terguda dengan tayangan amal oleh izah ditengahari pertama puasa, kak rose pun nak jugak.... dulu pernah buat kat sini, kali ni makan cicah bawang cuka ni. cukuplah menu simple untuk berbuka puasa kan.... resepi juga dari minami133@Myr... mekasih ya share resepi ni....

Bahan-bahan ( 6 keping )
  • 100 g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

14 comments:

HALAMANKU said...

Salam akak.. Salam Ramadhan n selamat menjalankan ibadah puasa...mmmm sedap tu kak.. lelagi wat sendiri mesti inti sedap.. kak.. kalau bakai kulit popia jadinya kecil yer kak martabak tu? hu hu hu tak terbayang...

izahdaut said...

kak rose.. cun je murtabak akak tu.. canner nak buat bawang tu.. rendam je dlm cuka ye.. rasa cam pernah baca caranya.. hehehe.. suke jugak nak menanya kan

Ayu Safieza @ Humaira' said...

Kak Rose...memang yg izah wat ni, sedaaaaaaaaaaaap inti nya. Hari tu ayu wat dah...cuma guna doh roti canai mamafami....anyway...tetap nampak sedap murtabak express ni, mudah n siinang!

Watierman, rmanbkr said...

Assalamualaikum kak Rose...oh mak aiii murtabak segera ni dah lama tak di buat...sebab nak kena keluarkan kulit popiah tu yang malas....nanti kena buat jugak..sebab sedap!!!Dah terliur dah ni!

kasihredha said...

simple buat martabak ni
boleh cuba nanti

Kak Rose said...

Salam Erma, mmg puas ati kalau buat sendirik kan... ha a kecik je jadinya.

Kak Rose said...

izah, tu la tayang masa bulan posa.... kan dah terliur jadinga... bawang tu kak rose buh cuka+gula+garam sket+air n kaler merah... pandai2 lah ejas ya.

Kak Rose said...

Ayu, sedapkan.... tp sbb x princes kak rose guna kulit popia je la...jeles orang dah ada princes nih!

Kak Rose said...

Waalaikum salam watie, kena kuorkan awal2 kulit popia tu kalau x nnti keras kejung x leh nak siat..

Kak Rose said...

kasih, kalau ada kulit popia bileh lah mencuba nnti ya... n selamat berbuka.

intan morsalin said...

waaaa...kulit popia pon leh wat murtabak eh....kena try gak ni

Cendana Kasih said...

Waa...sana sini dok tayang murtabak..saya pun tingin jugak...nk buat la esok,,,tak sabar nk makan...ada lagi tak akak punyer murtabak ni??? hehe

Kak Rose said...

intan, cubalah... murtabak yg simple n sedap!

Kak Rose said...

Noorma, kak rose pun asalnya terguda dengan banyak tayangan amal ni....