Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, August 1, 2011

Kuih cara moden

menu simple untuk iftar pertama..... atas permintaan kak rose buat kuih cara ni.... tp ini kuih cara yang dah dimodenkan dengan menggunakan campuran tepung jagung dan yeast.... x rasa lagi nih... tengok review ramai yg kata sedap.... izah juga ada buat kuih cara moden ni....

meh tengok resepinya yg kak rose copy dari Myr oleh wifemuda.... mekasih ya dan izinkan kak rose nak sharekan kat sini lak....

Bahan-bahan ( sekeluarga )
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 250ml susu cair
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil mauripan
  • sedikit garam
  • 2 biji telur
  • 3 sudu besar butter ( cairkan )
  • sekaya secukupnya ( resepi kaya boleh anda lihat di resepi sekaya pandan )
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan dan gaul rata (kecuali susu dan telur).
  2. Kemudian masukkan susu dan telur
  3. Gaul hingga sebati. Biar selama 1 jam.
  4. Kemudian masukkan butter cair dan gaul rata semula.
  5. Panaskan acuan (kuih cara ) dengan butter. Sudukan adunan dan isikan kaya ataupun apa saja isian kegemaran anda
  6. Tuang sedikit lagi adunan agar ia menutupi isiannya.
  7. Apabila ianya kekuningan....angkat.Buat sehingga habis....

7 comments:

izahdaut said...

kak rose.. jgn risau..kuih ni memang best. hehe...

Fadzillah said...

tradisional / moden tetap selera melihatnya.. ^_^

kasihredha said...

kak...hari tu saya beli acuan cara
tp sampai sekarang tak buat lagi hik2

resipe-masak-makan said...

salam kak rose, kiuh cara my fevret, lebih-lebih lagi kalau orang buat, sendiri tak tau buat

missalongwani said...

kak..minta sepinggan..aci..he2..slmt berpose kak..jmout amik kad kt umah kite,, :>

Kak Rose said...

izah, pas makan anak kata dia lebih suka yg besa2 tu... yg ni x lemak katanya!

Fadzillah, masa bulan posa ni la segala jenis kuih lama kuor balik!

Kak Rose said...

kasih, bila lagi nak pecah dara acuan tu?... nampaknya kenalah merajinkan diri..

rmm, kuih apa pun kalau buat sendiri mmg tambah sedap kan...

alongwani, selamat berpuasa jugak ya.... meh2 ada lagi ni.