Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, August 3, 2011

Sagu gula melaka

salam semua..... cepatnya masa berlalukan dan hari dah pun puasa ketiga.... semuag ibadah kita semua akan mendapat keberkatan dan keredhaanNya, Insyaallah. buat sagu gula melaka ni untuk bukak puasa semalam yg x sempat nak n3kan... hari seharian sebuk soping raya anak beranak.... so sagu ni terlewat entry la ya... resepi oleh rossitamz dari Myr. mekasihya.

Bahan-bahan ( 6 orang )
  • Bahan A :
  • 2 cawan sagu
  • 5 cawan air
  • Bahan B :
  • 3 cawan santan
  • 1/2 cawan gula pasir (kak rose omit this one)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Bahan C :
  • 1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
  • 1 cawan air
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan
Cara-cara
  1. Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
  2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
  3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
  4. Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
  5. Buang daun pandan dan sejukkan.
  6. Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
  7. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
  8. Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
  9. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
  10. Siap untuk dimakan!!!

menu febret sepanjang masa.... sedap dimakan sejuk2.

10 comments:

Ayu Safieza @ Humaira' said...

Kak Rossssssssssssssse....adoyai, terasa2 nyaman kat tekak ni....hmmmmmmm:) fav my better half....:)

kasihredha said...

sedap buat berbuka ni kak rose :)

Watierman, rmanbkr said...

Assalam Kak Rose...Eid Ramadhan....wah ada sagu yer kat sini.....nak se bekas...hehehe.....menu yang tak pernah Watie coba lagi ni sebab permintaan berasaskan sagu ni...agak kureng sikit kat teratak Watie....kalau tak pun suapkan jer lah barang sesudu!!! kan lebih afdhal gitu!!!hihiiiii!

Kak Rose said...

Ayu, mmg sedap pada yg suka sagu kan... yg kureng tu tengok je la....

Kak Rose said...

kasih, mmg sedap makan sejuk2... laju ue makan masa bukak puasa semalam.

Kak Rose said...

Waalaikumsalam watie, lamanya hilang... meh kak rose suapkan dari jauh ni...

Sury said...

kak rose nie menu menarik...mesti kena cuba

Naz said...

Assallamualaikum Kak Rose..
Cantiknya sbb namapak berlapis2 tu.. Menggiurkan lah kak..

Fiza Nordin said...

x pernah makanlah kak... meh segelas hihihii

Ummi said...

Assalam kak Rose...selamat berpuasa...weeee sagu gula melaka....nasib baik Ummi baru buat...tp dah kena campur dgn skoteng..hehehhee....