Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, August 21, 2011

Samperit pandan

salam semua dan selamat menjalani ibadah puasa yg hampir sampai ke penghujungnya.... dan bila dah sampai akhir2 ni projek membuat biskut raya pun dah mula lah kan.... kak rose pun kengkonon nak jugak buat cam orang lain buat tu, tp hasil kerja orang yg keras tangan macam kak rose ni mmg lah out! jeles je bila tengok orang lain buat yg cun melecun tu.... apa pun rasa ttp mabeleslah cookies ni. sapa2 yg nak tengok betapa cun nya cookies ni berposing silalah ke blog Naz COSK tu ya.... Naz, mekasih ya kak rose cnp resepinya dan tepek kat sini....

SEMPERIT PANDAN

Bahan A :
  • 200 gm mentega
  • 100 gm gula icing
  • 1 biji kuning telur
  • 1/4 tsp pes pandan (Naz letak 1 tsp pandan emulco)
  • 1/2 tsp pewarna hijau
Bahan B :
  • 250 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 30 gm tepung kastad
Hiasan :
  • Coklat masakan putih dan gula manik

Cara-cara :
  1. Sebatikan bahan-bahan A.
  2. Masukkan B dan uli rata.
  3. Gunakan acuan dan paipkan adunan. (Naz paip dan potong adunan kepada 1.5 inci setiap satu).
  4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 160C.
  5. Sejukkan biskut dan celup hujung biskut dengan coklat putih dan tabur dengan gula manik.

hasil keja keras tangan kak rose.....

5 comments:

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Ini saya suka saya ambil resipi ya...SELAMAT HARI RAYA buat KAK ROSE sekeluarga

kasihredha said...

cantiknya kak...

Anna Qawina said...

aslmkm Kak Rose...mintak sekut 2 balang..hehe

Ayu Safieza @ Humaira' said...

Assalamualaikumwbh kak Rose.....mmm thanks for the wish.....ooooish.......ni peberet satu keturunan nih.....mmmm simpan se-tupperware ye kak. Nanti Ayu singgah..:)

Missed kak n BW!!

Naz said...

Assallamualaikum kak Rose..
Akak pun dah cuba ye biskut semperit pandan ni.. Emm..mmg sedap kan kak.. Naz ni siap sorokkan satu balang yg nak bawa balik rumah mak di kg.. Kalau tak mau bila tiba nak balik nanti dah licin semuanya..hehehe...
Alaa kak Rose ni.. keras tangan apanye tu.. kan cantik jer biskut tu.. Yg penting sodappp..