Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, August 2, 2011

Gulai udang dengan timun

makan ngan nasik panas2 dan goreng ikan kurau masin.... perghhhhh!

Asalamualaikum dan selamat berpuasa semuanya.... dah selamat puasa hari pertama kita ya dan muga dipermudahkan ibadah kita untuk menjalani hari2 puasa yg seterusnya.... dan lauk untuk puasa pertama ni kak rose buat gulai udang, sabah mari punya! resepi nya kak rose kopi dari rumah CMG yg allergic makan udang tp sllu gasak jugak.... x pe kan mat, sediakan ubat je la.... anyway mekasih resepi udang ni ya... tp kak rose dah derhaka kan resepi ni sbb tukar belimbing buluh tu dengan timun jer...maaf ya mat!

BAHAN-BAHANNYA:-)
10 ekor udang kaki merah (kak rose guna udang biasa jer..)
10 biji belimbing buluh, belah 2 tapi tak putus setiap biji (kak rose gantikan ngan timun)
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
800 ml santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
10 biji cili padi hijau (optional)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
Secubit belacan (kak rose x letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udangdibersihkan, kerat muncung dan kakinya, cuci dan toskan. Masukkan bahan kisar halus ke dalam periuk bersama udang dan serai titik, masak hingga udang berubah warna. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan asam gelugor dam juga santan pekat. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil, kacau selalu. Tambah garam secukup rasa, secubit gula, belimbing buluh dan daun kunyit, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi hangat dan lauk2 lain..

17 comments:

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Selamat berpuasa buat Kak Rose dan keluarga.
Kena pi cari udang ni. Tak tahan tengok gamabr kat atas tu

eliyaezlinalias said...

cam besh jek kan nengok bgolek udang2 tu semua!

Cik Puan Izan❤ said...

lapar la tgk lauk ni...

Kak Rose said...

Sama2 kita ya Sam... selamat mencari udang ya...

Kak Rose said...

eliyaezlinalias, udang sabah mari punya, 3 hari lepas hubby g sana... beso2 n fresh!

Kak Rose said...

Izan, sabo yek... pagi lagi nih!

suhailas said...

Salam Sis,
Salam Ramadhan...selamat berpuasa!!!masak best best tau....senang nak cilok idea....heheheheh

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak rose..
selamat berpuasa buat akak sekeluarga...
menu nie sgt menarik... ada belimbing buluh lg.. mmg best tu kalu d buat untuk bersahur atau berbuka

Fiza Nordin said...

udang mmg feveret kami sekeluarga... haishhh terliurlah pulak...

Ayu Safieza @ Humaira' said...

Assalamualaikumwbh kak Rose.....huuuuish....sesekali lauk lemak macam ni la yg mengguda kan.....:)

Kak Rose said...

Suhailas, kak rose pun masak yg senang2 jer... amik resepi orang lain!

Kak Rose said...

Waalaikumsalam Diana, sama jugak untuk diana sekeluarga...

kak rose x de belimbing buluh, tu yg gantikan ngan timun jer!

Kak Rose said...

Fiza, g cari udang cepat, leh masak petang ni.

Kak Rose said...

Waalaikumsalam Ayu, masak lemak dan mengumpul lemak dibulan puasa.... he he he

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam K.Rose..emmm sedapnya.K.Rose guna timun jepun yer.timun nie rangup jer kan?

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

slmt berpuasa kak rose...
sedap tul lauk ni kak... sy pun suka campur timun dlm masak lemak.. pastu takyah dah buat sayur lain.. 2 in 1 gitu.. hehe..

obat jerawat herbal said...

mknyuzzzz..