Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, August 7, 2011

Nasi ayam butter

nasi ayam butter untuk iftar ke 6... puas ati dapat makan nasi ayam buatan sendiri... sampai bertambah2 makan. banyak kali dah kak rose masak nasik ayam guna resepi hana ni... mmg kena sungguh dengan tekak keluarga ni. pada sesapa yg nak masak nasi ayam kak rose rekomenkan guna resepi ni, gerenti sedap.... meh tengok resepi yg kak rose kopi dari rumah hana ni.... nduk, wes suie ora update blog. sibuk yo? yok mangan nasi ayam iki!

Bahan-bahan
UTK NASI
  • 3 cawan beras (hana gune beras thai )- basuh dan toskan
  • 31/2 air rebusan ayam - bergantung jenis beras
  • Rempah tumis (kayu manis,bunga lawang, cengkih, pelaga..)
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 sudu serbuk pati ayam knorr
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 1 batang serai ketuk (kak rose x letak)
  • 2 sudu besar butter
  • garam
>> Panaskan butter. Masukkan rempah tumis, hingga naik bau.. Masukkan bwg, halia.. Tumis lagi. Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan, serai, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa.

UTK SUP
  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong
  • 1 sk serbuk@kiub pati ayam
  • 1 batang saderi - potong
  • 2 inci halia - ketuk
  • Air secukupnyer
  • garam
  • daun bawang dan bawang goreng
Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.



UTK SOS MERAH
  • 3-4 batang lada merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri (kak rose guna cherry tomato)
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos chili
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu besar gula
blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api. (kak rose x masak pun, terus cam tu jer pun dah sedap!)

UTK SOS HITAM@KICAP
  • 3 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil madu
  • 2 sudu besar air rebusan ayam ( kak rose buh lebih air rebusan tu )
Campurkan semua. ketepikan.

UTK AYAM GORENG MADU - bleh juga tgk di sini.
  • Ayam rebusan tadi
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 inci halia - parut
  • 2 ulas bawang putih - parut
  • blackpepper - optional
  • bleh tambah minyak bijan jika inginkan lebih wangi
Campurkan semua bahan. Perap lebih kurang satu jam atau lebih. (hana perap 20min jer) Panaskan minyak (gune minyak sedikit sahaja asal tenggelam paras setengah ayam). Goreng ayam tadi hingga keitam2an. Jgn hangus sudah! Jika ingin dibakar boleh juga.Hidangkan dengan nasi ayam, sup n sos tadi dan juga dengan daun salad@ kubis, tomato dan timun.

** resepi nampak panjang berjela tp kejap je nak sediakan semuanya!

10 comments:

tun_telani said...

tun mmg suka mkn nasi ayam ^^ arini iA berbuka nasi ayam, tp bkn msk sendiri, nk gi mkn umah kwn =)

Ayu Safieza @ Humaira' said...

whot..whot....akaaaaaaaaaaaaaak kita serupeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee;) !!!

Mas said...

tu la kak..sama kan ngan kak ayu....

Kak Rose said...

tun, kalau masak nnti guna resepi ni... mmg thumbs up punya!

Kak Rose said...

Ayu, macam janji2 lak kans.....

Kak Rose said...

Mas, dari Doha membawa ke Shah Alam... nasi kita samaaaaaaaa!

maszull said...

slm...aduh sedap nyer bila tengok nasi ayam tu...
hujan2 ni buat tekak n perut meragam jer...:)

kasihredha said...

kena cuba ni kak :)

Kak Rose said...

maszull, sila mencuba nasik ni... sedap taw!

Kak Rose said...

kasih, berkenan jugak?... tp mmg sedap!