Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, October 17, 2017

Bingka beras gula putih

 Kuih bakar aka bingka beras gula putih yang terlebih lemak... berlumba2 lah lemak nak menepek kat tuan tanah yang dah tak berapa nak rajin ber brisk walk pagi2 hari ni... apa lagi bila dah lama terhenti, maka nak memulakan semula tu punya lah malas... dan ada alasan bila hujan pulak kan... apa pun dapo kena jugak berasap, maka jadilah bingka tepung beras gula putih ni.. tapi resepi ni memang tersangatlah manis buat kak rose, walaupun dah kurangkan gula nya... next time memang kena beringat kalau nak buat lagi dan guna resepi ni...

resepi yang kak rose guna, mekasih ya Ummi... kak rose kongsikan kat sini ya..

Bahan:- (loyang 8x8x3 inci)

  • 1500 ml santan (dari 2 biji kelapa) (*akak guna santan kotak 1000 ml + 500 ml air)
  • 250 gm gula pasir (akak kurangkan 235 gm saja)
  • 250 gm tepungberas (cap Gajah)
  • 50 gm tepung Hoen Kue (warna putih)
  • 1/2 st. esen vanila
  • 1 sk. garam
  • (kak rose buat separuh dari adunan ni)  
Cara-Cara:-
  1. Satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati dan ditapis.
  2. Masak adunan hingga pekat dan berkilat (hendaklah dikacau sentiasa supaya tidak berkerak).
  3. Tuangkan aduann ke dalam loyang yang beralas daun pisang atau setakat disapu minyak aje.
  4. Bakar dalam oven dengan api grill dulu hingga permukaan kuih garing sikit atau berkulit, kemudian bakar dengan api bawah hingga masak pada suhu 180C lebihkurang 30 minit. (*note - akak bakar 30 minit api atas (grill), then 30 minit api bawah sj, then 10 minit lagi api atas n bawah)
  5. Biarkan kuih benar2 sejuk baru dipotong dan dihidangkan. Kuih ni agak lembik ketika masih panas dan akan keras sedikit bila telah sejuk tapi memang lembut bila dimakan.

No comments: