Tuesday, May 31, 2011

Bersarapan dengan roti boom

hari ni kami anak beranak bersarapan dengan roti boom… kedai mari punya la. dah lama x makan roti ni sbb ada cerita disebalik roti yg sedap ni…. penah g bli untuk sarapan jugak le, since anak x nak g jadi ayah je la pergi bli tapau…. dan bli sampai 10 keping untuk 3 beranak. tamak kan? sangat excited nak makan, (sebenonya dah kelaparan menunggu roti yg x sampai2…. ) makan la kami 3 beranak…. Mula makan tu macam ada yg x kena dengan roti ni…. masam semacam jer, nak kata basi dia baru buat je masa bli tu dan masih panas pun bila sampai kat rumah tu, rasa lagi …. mmg masam, so at last bekpes cam biasa je la…. roti bakar sapu butter ngan jem….
so bila pagi ni abang g kedai tu sbb teringin nak makan lak, abang pun kata kat cashier tu… tokey nya kot…very nice english speaking lady….
“kak, may I share with u something?
So dia jawap “sure”
abang pun ceritalah yg penah bli roti ni 10 kpg tp dapat 3 keping masam… x leh nak makan…(padahal most of the roti yg kami rasa tu masam tp abang kata 3 jer… nak cover, kesian la konon!....)
dia pun terus jerit kat tukang buat tu untuk tambah 3 lagi untuk replacement yg masam ari tu..abang say no for the replacement tu, actually just to share n some sort of reminder la kan… supaya jgn nnti ada orang lain pulak terkena….
abang mmg dah bli 6 keping untuk kami 3 beranak, tp dia insist nak jugak bagi 3 keping replacement tu and asked to wait, siap buatkan teh o lagi… tp abang politely kata x nak air tu… so end up ada 9 keping roti boom kat rumah… yalah…. amik jugaklah sbb dah dia beria2 nak bagi…. memberi x diterima tu kan lebih buruk daripada meminta x diberi….. so amik je la kan….sapa nak tolong abeskan ni?... tp dia kata boleh frozenkan n nnti bila nak makan just reheat jer.... ok jugak la kan... kalau sesak2 nnti ada dah benda nak makan!
lima keping x abes makan, masuk dalam zipper bag n off to the freezer...

Monday, May 30, 2011

Agar2 santan gula melaka

actually nak wat agar2 ni semalam lagi.... tp bila tetiba kena g buat repot polis, terus tinggal agar2 yang baru letak atas dapur.... padam api n terus pergi, balik baru sambung semula projek ni....

nasib baik bila nak sambung memasak petang tu agar2 ni x keras dan mmg belum melegak pun masa tinggal tu, so teruskan memasak dan inilah kejadiannya...

resepi cnp dari rumah izah, mekasih ya dan kak rose nak sharekan kat sini pulak...

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA
sumber rujukan: Hana

Bahan-bahan
10g serbuk agar-agar
1/2 cawan gula merah
1/4 cawan gula putih
1150 ml air
120ml air campur 1 paket santan serbuk (Akak guna jenama KARA) kak rose pun....
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara
Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis)
bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
Kecilkan api
kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
Tuang kedalam acuan yang anda suka
Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk!

buat pencuci mulut selepas makan ciken chop dengan kawan yang datang dari Langkawi.... sikecik fatin amani siap nak tapau untuk kakak dan abangnya! tima kasih wati dan farouk sudi singgah kat rumah kak rose ni.... pot pet sampai x hengat nak amik gambar pun...

Sunday, May 29, 2011

Aduhai, wajaku....

kisah sedih dihari minggu.... waja yang kami sekeluarga guna selama hampir 9 tahun tetiba jadi cenggini.... so instead berehat2 dirumah sepanjang hari ni kami anak beranak berarak ke balai polis IPD Sepang untuk buat polis repot pasal eksiden td tu.... nasib baik the lady police yg terima repot tu sangat membantu jadi x la terasa tense sangat dengan keadaan keta yg cam tu... so lepas selesai buat repot terus je ke workshop tengok keta yg sangat tenat keadaannya...


inilah woksop nya di kawasan nilai 3.... Lai Hong Ming Motor, terus teringat iklan raya petronas satu masa dulu kan...Tan Hong Ming in love...I like her... her name is Umi Qazrina.... qute sangat!

the car.... beginilah keadaannya... sedihkan.

bahagian kiri depan yg teruk terhempas ke railing divider...

another pandangan sisi yang tersagat kat railing tu...

dari sebelah depan kanan... bumper depan yg nak tertanggal dah!

the severe one.... sampai tercabut tayar! and it will take about 3 weeks to get it done. tunggu je la kan...

Keta eksiden!

alahai ketera tuan punya bawak selama hampir 9 tahun x pernah eksiden.... dapat kat anak pagi ni dah kena sampai tercabut tayar! x tengok lagi camner keadaan rupa keta tu. dah tarik g worksop petang ni baru dapat g tengok!

dulu tu kawan dia bawak dah kena jugak kat sini... dan kali ni kena lagi. adoyaiiiii!!!!


Finally, modem baru

modem wireless router yg baru...

Setelah 2 hari modem dirumah ni kehilangan nyawa dek disambar petir, akhirnya tengahari semalam kontrektor pembaikkan dari TM datang untuk replacement… kira cepat jugaklah service derang ni…. X la macam masa mula2 pindah sini dulu…. it’s take almost 2 week baru dapat connection! actually tengahhari semalam dah dapat modem baru tu, tp x dan nak configure lagi sbb pas tu kami g kenduri kat sabak bernam pulak…. x biasa dengan kawasan tu jd payahlah nak mencari rumah kenduri tu, ikut paln pulak derang bagi ikut jalan jauh dan jalan punyalah teruk…. banyak buang masa diperjalanan jer…. pas tu ada keja sikit lak dan tengah malam baru dapat buat baru punya configuration…. and voila!!!! dah ada intenet connection balik…. Busu, nah amik balik modem berukband ni, mama x nah dah!

kontraktor pembaikan dari tm sedang buat keja... jgn pandang rumah yg sepah2 tu ya....

modem n router yang lama.... dan abes nyawa kena lightning strike, kuburnya di cik ts...

Friday, May 27, 2011

Modem kehilangan nyawa!

salam semua.... hari yang sangat memboringkan sbb x de intenet sepanjang hari.... pagi ni hari hujan x la lebat... renyai2 jer... x dapat lah nak g briskwalk so duduklah mengadap komputer... ari ni pejabat bukak awal 7.15 gitu. tetiba.... kedabommmmm!!!! dengan kilat yang sangat kuat serasa macam melintas depan mata.... dan seluruh rumah gelap gelita.... blackout lagi! bila dah reda tengok keliling rumah jiran2 ada api lak... so tengok main suis mmg dah tendang..... amik seliper dan bismillahhirohmanirohim.... on kan balik main suis tu. ok dah.... bila on komputer balik tengok kat moden tu hanya lampu power je yg menyala.... router ok je. sah lah dah kena lightning strike! walaupun ada lightning arrester tp kena jugak!

seakan camni ler modem yg kena lightning strike tu.... gambar pakcik google punya...

call TM nak lapor kerosakan... punyalah lama dan ari ni first time kak rose buat trouble shooting nak confirm that modem tu dah not working.... orang buta it macam kak rose ni mmg x tau nak wat camner tapi nasib baik baik derang ajar satu2 masa trouble shooting tu.... start... run... dan banyak nya nombor nak kena key in..... ishhhh, ishhhh...dan bila dah konpem kong barulah derang nak amik repot yg modem ni mmg dah rosak and it will take at least 72 hours before ada replacement for the modem! ayoyo!!!! 3 hari x de intenet? boleh tahan ke? boring kan???

so, for the moment gunalah celcom broadband ni.... pinjam anak punya sementara dia x guna....so x dapatlah nak g bw kat rumah kawan2 for these 2 or 3 days ni. harap2 betulah spt yg dijanji... within 72 hours.... kalau lebih camner? boleh ke deduct bayaran bulanan tu? sapa nak tolong jawap ni?

since hari ini yang sangat memboringkan kak rose pun masak je ikan tenggiri masak asam pedas ni... tp daun kesum pun x de.... ari tu bli dan simpan dalam fridge, bila tengok balik dah kering daun2 tu.... x sempat nak guna! alahai...

Thursday, May 26, 2011

Talam sagu berlapis

At last sampai jugak talam sagu berlapis ni kat rumah kak rose.... pagi ni nampak kuih cantik ni kat rumah Naz cute oven small kitchen tu sungguhlah menggoda jiwa dan raga.... masa tu nak buat tapi tersangatlah malasnya... pas tu terpandang lak kuih talam kacang kat rumah Ummi so kak rose pun p rendam kacang.... bila nak rebus kacang tu boleh tuko pikiran nak wat kuih cantik ni lak.... so teruskan je la.... dan inilah kejadiannya...

resepi kak rose cnp dari rumah Naz yang telah menggoda kak rose tuk buat kuih ni.... mekasih ya dan kak rose mintak izin nak tepek kat sini lak...

TALAM SAGU BERLAPIS (1/2 adunan)
Resepi Asal Oleh : Kak Wan (Resipi Citarasawan)

Bahan-bahan :
  • 50 gm sagu
Bahan A
  • 115 gm tepung beras
  • 50 gm tepung ubi / tepung sagu
  • 200 ml santan pekat KARA
  • 175 ml air
Bahan B
  • 160 gm gula
  • 150 ml air
  • 3 helai daun pandan
Loyang 9" empat segi (kak rose guna loyang foil 3" x 7" untuk 1/2 adunan ni)

Cara-cara :
  1. Didihkan air yang banyak, masukkan sago dan masak hingga sago menjadi jernih. Tos dan siram dengan air paip. Ketepikan.
  2. Masak bahan B hingga gula larut. Ketepikan.
  3. Satukan semua bahan A, masukkan bahan B, gaul rata dan tapis.
  4. Ketepikan 150ml adunan untuk lapisan atas, masukkan pewarna hijau dan esen pandan. Ketepikan.
  5. Kemudian masukkan sago yang di toskan tadi ke dalam baki adunan. Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan setiap satu dengan warna hijau dan merah atau warna di sukai.
  6. Tuang 1/2 bahagian dari adunan hijau ke dalam loyang 9" yang telah dileser dengan sedikit minyak. Kukus selama 5 minit.
  7. Tuang 1/2 bahagian dari adunan merah, kukus selama 5 minit. Ulangi melapis adunan hijau dan merah berselang seli hingga habis.
  8. Akhir sekali tuang adunan lapisan atas, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong.

Cara-cara :
  1. Didihkan air yang banyak, masukkan sago dan masak hingga sago menjadi jernih. Tos dan siram dengan air paip. Ketepikan.
  2. Masak bahan B hingga gula larut. Ketepikan.
  3. Satukan semua bahan A, masukkan bahan B, gaul rata dan tapis.
  4. Ketepikan 150ml adunan untuk lapisan atas, masukkan pewarna hijau dan esen pandan. Ketepikan.
  5. Kemudian masukkan sago yang di toskan tadi ke dalam baki adunan. Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan setiap satu dengan warna hijau dan merah atau warna di sukai.
  6. Tuang 1/2 bahagian dari adunan hijau ke dalam loyang 9" yang telah dileser dengan sedikit minyak. Kukus selama 5 minit.
  7. Tuang 1/2 bahagian dari adunan merah, kukus selama 5 minit. Ulangi melapis adunan hijau dan merah berselang seli hingga habis.
  8. Akhir sekali tuang adunan lapisan atas, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong.
jemput minum semua.... ada banyak, ni jangan rebut2 ya....

Hash potato

ni lah dia hash potato yang geseng.... buat ari tu lagi baru ni nak post kat sini. ya lah hari tu kan blog ni semua mengong.... x leh nak sign in dan mengupdate kan masak2 ni kan. so kira ni entry dah basi lah ya... tapi nak jugak tayang kat sini untuk rujukan dimasa2 akan datang.... kalau lah rajin boleh mencuba lagi snek yang sedap nih....

mekasih pada yani dari Myr yg sudi kongsi resepi mudah ni, siap dengan ada gambar step by step lagi. so kengkawan yang nak mencuba leh tengok resepinya kat sini ....dan izinkan kak rose nak kongsikan resepinya kat sini lak ya... tima kasih sekali lagi!

Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 2 biji ubi kentang
  • 1/3 sudu kecil garam
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Bersih dan kupas kulit potato
  2. Ambik sebiji potato. Cincang sampai halus. (kak rose sagat je kentang tu...)
  3. Ambik sebiji lagi, cincang kasar.
  4. Campurkan kedua-duanya ke dlm bowl. Masukkan garam dan gaul rata. Bahagikan kentang kepada 4-5. Wrapping dgn plastik wrap. Microwave kan selama 2-3 minit dgn 600W
  5. Selepas tu biarkan sejuk sekejap. Agak-agak dah tak panas utk kita buat bentuknya. Ambik sebiji potato tadi. Latakkan ke atas plastik wrap. Tekan-tekan bagi leper.
  6. Panaskan minyak. Bolehlah goreng sehingga perang.
  7. NOTE: Sape ada food processor boleh guna fp.. sebiji kentang mix sampai hancur. Kemudian masukkan satu lagi kentang. Mix sekejap,kasar-kasar.


Wednesday, May 25, 2011

Bubur jagung sagu

salam semua... buat ni untuk makan petang semalam, tp kan kenapa semalam blog ni x leh nak sign in.... tapi x de la mesej yg macam ari tu..... dah try la macam2 buang cookies segala tp x mo jugak... ada ke kengkawan yg mengalami benda yg sama atau kak rose sorang jer.... kalau tengok tang up-date tu rasanya orang lain x de masaalah kan... entahlah!

pagi ni try lagi dan alhamdullilah dah ok dan harap x de masaalah lagi la... so nak post bubur jagung yang dah abes ni.... resepi dari rossitamz di Myr... ada banyak lagi jagung fresh tu, nak wat apa ek? tu la kalau tamak kan....

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 2 tongkol jagung manis mentah - dihiris nipis
  • 4 sudu besar sagu - yang halus @ kasar
  • Secubit garam
  • 100ml santan pekat (santan kotak @ tin @ fresh santan)
  • 1.5 liter air - dicampur dengan santan pekat
  • 3 sudu besar gula merah - tambah lagi jika nak warnanya lepbih perang
  • 5 sudu besar gula pasir - tambah lagi jika nak lebih manis
  • *** Kuantiti gula merah dan gula pasir hendaklah disesuaikan mengikut kemanisan yang diperlukan
  • *** Kuantiti air boleh dikurangkan atau ditambah bergantung kepada banyak kuah yang diperlukan
  • (kak rose guna gula putih semuanya)

Cara-cara

  1. Basuh sagu dan toskan. Jangan direndam. Basuh sekali lalu saja.
  2. Masukkan jagung yang telah dihiris, santan pekat yang telah dicampur dengan air, dan juga garam ke dalam periuk.
  3. Masak di atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
  4. Masukkan pula sagu, gula merah dan gula pasir. Kacau hingga sagu bertukar menjadi jernih.
  5. Siap untuk dihidangkan. Sesuai untuk minuman petang.
  6. Sesiapa yang tak suka sagu, tak bubuh pun tak apa.

hmmm.... lemak dan manis. yummy yummy

Monday, May 23, 2011

Apple strudel

ari ni minum petang dengan apple strudel.... macam mat salleh gitu kan... tp x de la ice cream or whipped cream bagai... nak jaga kesihatan kan... so makan cenggitu jer pun dah sedap... manis dan ada masam2 kismis n apple tu. tapi dek x pandai nak melipat jadila gedabak besonya apple strudel kak rose ni... tp puas makan sebab few suap je dah kenyang! (... ayat cover nak sedapkan ati sbb kejadian apple strudel yg sangat gumuk itu!!!.) kalau tengok yang Gert tu buat punyalah cantik, tu yang teringin sangat nak mencuba... len kali kena canai pastry tu nipis2 lagi n potong dua... kalau sapa2 yang nak mencuba tp x de puff pastry boleh jugak guna kulit popia macam si Eny ni...

resepinya kak rose copy dari My kitchen snippets. Thank you Gert and please allow me to share the superb recipe here... million thank you again...

Filling:

6 apples (I used granny smith and pink lady) (kak rose guna Gala nz apple)
4 tbsp dark brown sugar
1 tbsp butter
½ tsp cinnamon powder
½ cup raisins

1. Prepared the filling first – peeled, cored and cut into cubes. Heat up a non-stick pan, add in the butter. Once butter melted, add in apples, brown sugar and raisins. Cook down the apples until soft and juice thickens. Remove and set it aside to cool.
2. Pre-heat the oven to 375 degree F. Line a baking sheet with some parchment paper. Sprinkle some flour on the work surface. Unfold the pastry sheet and roll out the pastry sheet thinly into rectangle shape.
3. With the long side facing you, spoon half of the apple mixture onto the bottom side of the pastry sheet with 1 inch off the edge. Roll it up like a jelly roll. Place seam-side down onto a baking sheet. Tuck the ends under to seal.
4. Do the same to the other sheet of pastry. Brush the pastry with the beaten egg. Make a few slits on top of the rolls for the steam to escape.
5. Bake for 40-45 minutes or until the crust gets nicely brown. Serve warm with some ice-cream or whipped cream. Enjoy!!

Sunday, May 22, 2011

Roti sadin untuk dinner

dinner orang malas.... bli roti n sadin dan jadikan roti sadin, idea ciplak dari rumah nor secubit garam... senang dan cepat je menyediakannya dan yg penting cepat dapat ngap! pas tu leh ngadap pc main game sampai sakit tangan!... pemalas sungguh kak rose ni kan.... ngadap pc ngalahkan orang yg keja pejabat!

nor, kak rose mintak izin nak cnp resepinya dan tepek kat sini ya.... untuk esok2 kalau vit m melanda lagi.....

ROTI SARDIN

10 bj bun burger
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 bj cili merah ~ dicincang
1 sudu besar jus limau nipis
2 bj telur
minyak

Untuk Inti:
Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Ketepikan.

Cara2
Potong dua bun burger.
Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang
Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.
Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.
Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.
Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
Gorenglah sehingga selesai, jika minya dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..

bun bege yg gumuks2.... makan sekeping dah kenyang...

Jagung manis

selamat pagi dan selamat berhujung minggu semuanya…. pagi ni kak rose kemaruk nak makan jagung manis ni, so apalagi lagi , pagi ni bersarapan dengan jagung manis yg sangat manis ni… akceli semalam g carefour dan ada lak jual jagung ni…. fresh from the lading di Perlis. belilah 5 tongkol, gemuk2 betul jagung tu. geram sangat! malam td lak acara mengutil jagung tu, selesailah 2 tongkol dan dapat dekat 450gm… beso kan jagung tu…. dan lepas subuh dah g godek Myr cari resepi jagung manis ni…. meh nak share kat sini lak resepi ni…. abesla gerai jagung kat pasar malam tu leh tutup kedai, suma orang dah leh buat sendiri….

terimakasih pada aziemas yg sharekan resepi dari kakak penjual jagung tu...

soooo sweet jagung ni walaupun kak rose letak sikit jer susu manis tu...

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 500 gm jagung ( leh dpt dbhgn frozen )
  • 2 s b butter
  • 4 s b susu pekat manis ( kemanisn ikut suka )
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Kukus jagung dlm 20 minit..lg lama lg sedap :)
  2. Jagung dh masak..dlm bekas lain..masukkan jagung yg masih panas2, gaul dengan butter, susu pekat manis dan tabur secubit garam.
  3. Sebatikan..dh siap....enak dimakan semasa masih panas2..

ada lagi 3 tongkol.... sapa nak tolong kutilkan nnti kak rose upah jagung manis semangkuk....

Saturday, May 21, 2011

Kuih bakar lemak manis

buat lagi kuih ni.... bahan2 paling mudah dan senang nak membuatnya.... kedebuk dalam loyang dan bako... tunggu siap boleh ngap dah! resepi dari fida di Myr, mekasih ya dan penah jugak tepek kat sini... sekali lagi kak rose sharekan resepinya kat sini...

Bahan-bahan ( Loyang 8x8 inc. )
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 3 cawan santan - (200ml sntan KARA + air)
  • 3 sb susu manis
  • garam secukup rasa
  • 1 sk esen vanilla
  • sedikit pewarna kuning
  • bijan - utk tabur (opt)

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan2 di dalam blender kecuali bijan dan kisar hingga sebati.
  2. Masak adunan hingga pekat.
  3. Tuang ke dalam loyang yang di sapu majerin,ratakan adunan dan tabur bijan jika suka dan bakar selama 40 min atau sehingga kelihatan garing.
balik dari jenjalan terus ngadap kuih ni bersama teh o ais limau....

Friday, May 20, 2011

Getas getas jagung

ni lah dia getas getas jagung versi orang malas... kes nak menghabiskan baki jagung dalam tin baki buat apam balik ari tu.... dan sebenarnya fail bab2 nak wat sira gula, tu yang gula terus masuk sekali dalam adunan seperti yang yatiezaini tu buat... rasa manis2 buah dan jagung tu. nak membentuk macam orang buat getas2 ni pun x brapa pandai jadi macam2 bentuk ada.... resepinya kak rose amik dari Myr oleh kak fida. terima kasih ya buat kelainan pd kuih getas2 yg biasa orang jual tu... dan kak rose mintak izin nak cnp kat sini lak...

Bahan-bahan ( 30-35 keping )
  • 500 g kelapa parut putih ( 1 biji kelapa )
  • 300 g tepung pulut ( 3 cwn rata )
  • 200 g isi jagung ( 2 btg jagung ) - dipipil dr tongkolnya rebus dan haluskan
  • 1 1/2 sk garam atau secukup rasa
  • 100 ml santan - dr 1/2 biji kelapa
  • minyak masak utk menggoreng
  • Bahan untuk menyira :-
  • 200 g gula pasir ( 1 cwn rata + 2 sb penuh )
  • 200 ml air
  • 1 helai daun pandan - dipotong kecil
  • (kak rose x buat yg ni....)

Cara-cara

  1. Campurkan 4 bahan pertama di atas ke dalam sebuah mangkuk dan gaul rata.
  2. Tuangkan santan dan uli hingga adunan boleh dikepal.
  3. Panaskan secukup minyak dlm kuali sementara adunan dibentukkan bulat atau membujur dan dileperkan.Goreng hingga kuih kekuningan.Kuih akan timbul apabila sudah masak.
  4. Angkat kuih dan toskan diatas kertas yg serap minyak dan sejukkan.
  5. Gula pasir,air dan daun pandan dimasak di dlm kuali besar hingga air gula menjadi pekat.
  6. Masukkan gorengan kuih tadi dan gaul hingga kuih bersira gula.Angkat kuih dan boleh disajikan.

Thursday, May 19, 2011

Popia goreng


popia goreng untuk minum petang... punyalah banyak inti sayur ni kak rose buat, tapi kulit popia pulak x cukup.... tu yang buat isi banyak2.... jadilah popia yang beso gedabak n gumuk2. sekata dengan tuan yang buatnya!
inti sayur ppopia ni kak rose cnp dari Myr oleh mieqa_chubby... rasa manis2 sbb ada sengkuang dalam tu, dan kak rose tambah kubis sikit... sedap, tq ya. tp kak rose x buat sos tu. inti yg lebih tu kak rose nak buat karipap sayur lak...

Bahan-bahan ( 30 biji )
  • 30 keping kulit popiah
  • sebiji lobak merah(carrot)
  • sebiji ubi sengkuang(agak2 besar penumbuk)
  • 6 ekor udang hidup(saizL) @ udang kering (kak rose guna udang segar, cincang halus)
  • sedikit garam (option)
  • untuk sosnya:
  • 2 sudu besar cili kering (yang telah dikisar)
  • 3 sudu besar sos cili
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • sedikit perahan air limau nipis
  • untuk hiasan: sedikit daun bawang dan bawang goreng

Cara-cara

  1. keluarkan kulit popiah dari peti sejuk beku dan dibalut kain tuala basah(supaya tidak kering)
  2. lobak merah dan ubi sengkuang dipotong memanjang (dimayang halus)
  3. udang hidup di goreng garing dan ditumbuk @ udang kering ditumbuk setelah dibasuh bersih
  4. semua bahan inti di gaul rata dan ditambah sedikit garam
  5. untuk sosnya:semua bahan dimasak didalam periuk tanpa minyak...bahan sentiasa dikacau supaya tidak hangit.
  6. pastu boleh ar mula buat gulungan..bila dah siap,goreng dengan api yang kecil.bila dah siap,boleh ar sapu sosnya n hias dan siap untuk dihidangkan....
  7. rasa sekali nak lagi tau....best sangat...

Wednesday, May 18, 2011

Blackout!


kerja2 penyelengaraan suis tnb sedang dijalankan....
sepanjang pagi sampai lah petang x de api....
dalam dan luar rumah , panas
gelap,
x leh nak wat apa....
try guna lappy, kejap je bagi warning battery low pulak
x dapat nak g bw
dah la guna berukband yg x selaju siput.....
masak pun malas...
makan pulak x pernah x rajin
adoyaiiii,
meh la makan buah jer...

masam n manis.... spt hidup ini jugak....

Tuesday, May 17, 2011

Apam labu, lagi....

ni kali kedua buat apam labu ni.... asal beli labu jer teringat nak wat apam ni.... semalam nak buat kuih keria dengan separuh labu ni, tp malang sungguh lembik semacam jer.... dah ikut sukatan adunan tu tp masih ttp lembik dan x leh nak bentuk, izah!!!! ngapa adunan tu lembik sangat, kang pandai2 tambah tepung jadi keras kedengkung lak....... last2 kak rose buat cekodok jer,abes citer. senang keja dan senang nak ngap! so baki labu tu kak rose buat lagi apam ni.... resepi yg sama kak rose amik dari izah dulu tu.... penah tepek kat sini....

Bahan A:-
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam


Bahan B:-
  • 230 gm labu direbus lembut (asal menggunakan 200gm keledek)
  • 150 gm gula (asal menggunakan 180 gm gula)
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat

Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder (asal menggunkaan 1 sk double action b.powder)

Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  2. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  3. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  4. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (Ummi tutup mangkuk adunan).
  5. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (Ummi guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  6. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.

kaler apam ni x menarik sangat sbb buh pewarna kuning instead of orange.... rasanya yg oren lagi nampak cantik....

Monday, May 16, 2011

Ayam goreng berempah serai

lama dah tengok resepi ni tp x terbuat2... x tau kenapa. bila dah x tau nak masak apa dengan ayam ni barulah kak rose mencuba ayam goreng berempah ni.... sllu bli tapau je bila nak makan tp kali ni merajinkan diri buat sendiri.... mmg benar kata love tu... sedap sampai ke keraknya! rangup gitu!

Love, tq for sharing the recipe di Myr dan kak rose mintak izin nak cnp resepi tu kat sini ya....

Bahan-bahan ( Sekeluarga )
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
  • Bahan2 dikisar bersama:-
  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 3 batang serai (yang besar)
  • ---------------------------------------
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak yang menggoreng

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!

sedap hingga ke keraknya!

Sunday, May 15, 2011

Roti arab

roti arab cicah dengan kari daging

Salam dan selamat berhujung minggu…. hidangan istimewa apa agaknya untuk keluarga hari ya? kadang2 pening jugak jadi tukang sediakan hidangan untuk keluarga ni kan…. masak apapun la kan asalkan keluarga menyukainya…. ari ni kak rose masak kari daging untuk lunch dan sayur peria goreng dengan udang. since dah ada kari kak rose pun nak lah mencuba buat roti arab untuk dicicah dengan kari ni… lama dah tengok resepi ni, tp macam x yakin leh buat gitu. tapi kalau tidak mencuba mana tau kan…. so sedikan tangan popye untuk menguli doh roti ni… dan akhirnya….

kembung molat roti arab nih...

resepinya kak rose cnp dari Myr oleh sofinar dan kak rose baca komen2 tu semua mengatakan sangat sedap dan yang penting segala tips nak mengoreng roti ni…. terimakasih ya sofinar dan pada semua yg x kedekut ilmu dengan bagi macam2 tips tu… izinkan kak rose nak sharekan kat sini lak resepinya…

Bahan-bahan
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar gula
  • 300 ml air suam
  • 6 g yis
  • 500g tpg gandum

Cara-cara

  1. mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
  2. tepung di gaul dengan yis
  3. Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
  4. perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
  5. Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji
  6. Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
  7. panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
  8. Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging

huhuhu.... versi merajuk!

dan ada juga versi merajuk, x nak gemok…. kembung sikit jer….tp apa pun yg kembung tembam lagi banyak dan kak rose sangat sukerrrrr hati! rotiku menjadi!

Saturday, May 14, 2011

Kuih Ee/Tang Yuan

selamat tengahari da selamat berrehat2 semuanya…. ari ni kak rose buat chinese/nyonya dessert lagi…. Dan dessert yang simple tp kalerful ni sangat sedap dinikmati sejuk2 pada hari2 yang panas macam sekarang ni….ada orang panggil dengan nama kuih Ee tp ada jugak yg panggil tang yuan…. selalunya kuih ee ni dibuat untuk menyambut kedatangan musim sejuk atau dong zhi festival dan bola2 bulat tu sebagai symbol kerukunan dan kebersamaan dalam sesebuah keluarga . meh kita tengok resepinya yg kak rose copy dari rasamalaysia… tq for sharing this simple yet so nice recipe and allow me to paste it here, to be shared with everyone....
sedap dinikmati sejuk2...

Tang Yuan Recipe

Ingredients:

Syrup

1/3 cup sugar
1.5 cups water
2-3 pandan leaves/screwpine leaves

(kak rose tambah few slices halia dalam sirap ni as per cook's suggestion)

Rice Dumplings

2 cups glutinous rice (sticky rice) flour
1 Tbsp fine sugar
7 oz water
food coloring ( 2-3 different colors )

Method:

  1. To prepare syrup, boil water in a pot. Add the screwpine pleaves and let it boil on medium fire for 5 minutes. Add sugar and let it boil for 5 minutes. Lower fire and let it simmer to another 15 miuntes. Sugar can be added to taste if you like. Set aside.
  2. In a big bowl, mix glutinous flour with sugar.
  3. Add water and knead to form a paste. Continue to knead until it form a soft dough and no longer sticks to your hands.
  4. Divide into 3-4 portion and add 2-3 drops of food coloring to the each portion of dough.
  5. Divide into small balls and lightly shape into balls using both palms.
  6. Set aside a few hours or overnight as this will make the dough a bit harder and easier to handle.
  7. Boil another pot of water, drop the dumplings into the boiling water. As soon as it floats to the transfer it to the syrup water.
  8. Serve. (kak rose sejukkan dalam fridge dulu baru serve... best makan sejuk2...)

Cook’s Note :

You can add a few slices ginger to the syrup water if you like. Or you can replace the fine sugar with palm sugar or brown sugar using same method.

kalau tengok resepi ada macam2 variasi kuih ee ni, ada yang berinti pes kacang merah, inti kacang malah yg pedas juga ada... ada yg jenis makan dengan santan atau dengan kelapa macam puteri mandi pun ada.... ikut creativity memasing lah ya....dan yang ni adalah yg asli tanpa ada apa2 filling dan cuma makan dengan sirap gula.