Sunday, May 15, 2011

Roti arab

roti arab cicah dengan kari daging

Salam dan selamat berhujung minggu…. hidangan istimewa apa agaknya untuk keluarga hari ya? kadang2 pening jugak jadi tukang sediakan hidangan untuk keluarga ni kan…. masak apapun la kan asalkan keluarga menyukainya…. ari ni kak rose masak kari daging untuk lunch dan sayur peria goreng dengan udang. since dah ada kari kak rose pun nak lah mencuba buat roti arab untuk dicicah dengan kari ni… lama dah tengok resepi ni, tp macam x yakin leh buat gitu. tapi kalau tidak mencuba mana tau kan…. so sedikan tangan popye untuk menguli doh roti ni… dan akhirnya….

kembung molat roti arab nih...

resepinya kak rose cnp dari Myr oleh sofinar dan kak rose baca komen2 tu semua mengatakan sangat sedap dan yang penting segala tips nak mengoreng roti ni…. terimakasih ya sofinar dan pada semua yg x kedekut ilmu dengan bagi macam2 tips tu… izinkan kak rose nak sharekan kat sini lak resepinya…

Bahan-bahan
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar gula
  • 300 ml air suam
  • 6 g yis
  • 500g tpg gandum

Cara-cara

  1. mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
  2. tepung di gaul dengan yis
  3. Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
  4. perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
  5. Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji
  6. Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
  7. panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
  8. Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging

huhuhu.... versi merajuk!

dan ada juga versi merajuk, x nak gemok…. kembung sikit jer….tp apa pun yg kembung tembam lagi banyak dan kak rose sangat sukerrrrr hati! rotiku menjadi!

17 comments:

  1. Memang sedap roti ni makan panas2 kena lak dengan kari ada lak teh tarik terus makan sampai gumok janji sodapkan !!

    ReplyDelete
  2. waa.. tun pun lama dh nengok roti nih.. x confident nk wat. hehe.. jelesnyer tgk kembung elok je roti kak rose nih.

    ReplyDelete
  3. CT, kak rose lunch dengan roti ni... yes makan sampai gumuks!

    ReplyDelete
  4. tun, mula tu x yakin gak... tawakal jer... Alhamdullilah menjadi! cuba lah..

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Rose, ya ampun Kak Rose mengembali-kan kenangan Ratna semasa kecil bersama Moyang, setiap pagi dengan ber-bekal kan duit belanja sekolah 50 sen Ratna pastikan berkunjung di-kedai kopi membeli roti gelembong ini (dikampong dimana Ratna menetap dengan Moyang di-panggil roti gelembong) tapi di-teman kan dengan kuah kacang rasanya lebih kurang seperti kuah kacang satay.

    Akan tetapi roti gelembong yang Ratna kenal dan tahu roti di-belah potong sedikit dan di-isikan didalam perut roti dengan kuah kacang, Enak sungguh Kak Rose! merata Ratna cari-kan ini resepi namun tidak terjumpa sampai sekarang, rupa-nya Kak Rose telah menyelamat-kan rasa kempunan dan mengidam Ratna yang telah berkurun ini dengan entry yang "surprise" lagi!!

    TerimaKasih menggunung tinggi buat Kak Rose dengan paparan minum-petang yang "nostalgia" bagi Ratna, bravo Kak Rose pertama kali membuatnya terus menjadi dan gelembong naik sungguh, part roti yang merajuk itu buat-kan Ratna tersenyum sendirian.
    Salam manis manis madu.

    ReplyDelete
  6. kak rose..
    kira ni adikbradik ngan roti puri gakkan?
    napa akak tak siat skit roti tu. nak tengok ketebalan mana akak buat. uishh memnag sedap cich ngan kari tu

    ReplyDelete
  7. Salam Ratna, nampaknya banyak resepi2 yang kak rose cuba disini dapat mengembalikan kenangan Ratna bersama moyang...tidak mengapa kalau roti ini dimakan bersama kuah kacang... pastinya tetap sedap juga... kalau nanti ratna berkesempatan bolehlah mencuba nya...

    ya Ratna, dalam banyak2 yg menjadi tu, ada jugak yg merajuk, namun ia tetap lembut gebu cuma x gelembung je...rupa tidak penting kan....

    ReplyDelete
  8. izah, x tau pulak kalau ia adik beradik... x penah try yg roti puri tu...

    yang gelembung tu jd nipis je sbb kosong jer, tp yg merajuk tu jd macam roti biasa dan masih tp gebu gitu!

    ReplyDelete
  9. Assalamulaikum kak rose

    memang montel dan molek2 roti arab tu kak. Tapi kalau tak nak makan dengan kuah kari, kuah lain boleh tak? macam makan dengan sambal tumis ikan bilis ker, asam pedas ker, sebab ct ni kari payah sikit nak makanlah.. huhuhu

    mintak izinlah kak rose ct nak amik resipi ni ya. tr kasih kak :D

    ReplyDelete
  10. salam kak rose ...dah try buat dulu resepi ni ambik dari kawan kawan kita juga...seronok mmg jadi...eni makan dgn sambal tumis..try cuba doh dia try buat base pizza...menjadi la pulak...suka saya...he he...

    ReplyDelete
  11. kena cuba ni kak...bestnya makan dengan kari kan

    ReplyDelete
  12. Ct, nak makan dengan apa pun boleh sbb roti ni tawar jer... cicah nescafe pun sedap!

    ReplyDelete
  13. eni, nnti len kali boleh try wat pizza dengan doh ni... kreatif nya eni...

    ReplyDelete
  14. kasih, dipersilakan mencuba ya...

    ReplyDelete
  15. Assallamualaikum kak Rose..
    Uihhh..montok2nya roti arab kak Rose ni...

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum akak..
    wah nmpk cantik roti tu kak rose... suka tgk.. pasti sedap nie

    ReplyDelete
  17. Roti arab kat kedai mamak lain yg mana satu roti arab ori

    ReplyDelete