Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, April 4, 2011

Lemak putih pucuk labu

From the garden to the kitchen…. cheeewaaaah macam chef wan dah…. akceli mmg betul pun, pucuk labu ni petik dari kebun ditepi sungai belakang rumah kawan…. balik dari mengukur jalan 10k steps tu kawan ajak lak g tengok kebun dia… segar sungguh pokok labu dia dan baru mula nak berbuah… banyak putik dicelah daun2 yang segar lebar menghijau tu…. kak rose pun katalah kalau dapat masak lemak alangkah sedapnya! dia pun terus kutip dan bagi kat kak rose…. apa lagi, dengan senang hatinya lenggang kangkong balik rumah bersama secekak pucuk labu..... fresh!

sampai umah terus cari resepi yg simple… sbb ada yg kata campur dengan keledek la, ubi kentang atau masak gitu jer campur udang kering … so kak rose pilih yg last sekali sbb x nak ilangkan rasa ori pucuk labu tu….siap masak suma bagi dia balik satu mangkuk…. manis sungguh dapat makan lemak puncuk labu yg fresh ni…. resepinya dari Myr oleh rossitamz... mekasih ya, dan kak rose nak tepek kat sini lak....

Bahan2
  • 2 cekak pucuk labu
  • 1 biji cili merah - dipotong serong nipis
  • 2 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 sudu besar udang kering - ditumbuk sedikit
  • 3 cawan santan
  • Garam dan perasa secukupnya
  • (kak rose omit bawang putih tp tambah bawang merah lak...)
Cara-cara
  1. Bersihkan pucuk labu, basuh dan toskan.
  2. Masukkan semua bahan2 ke dalam periuk kecuali pucuk labu. Didihkan dengan api sederhana hingga mendidih.
  3. Masukkan pucuk labu dan masak hingga pucuk labu lembut. Tambah garam dan perasa secukupnya. Siap!!
makan lak dengan sambal getuk ikan bilis ni.... best!

9 comments:

Sofea said...

k.rose masak lemak putih pucuk labu, kita lak masak lemak putih bendi..:)

kasihredha said...

makan dengan sambal belacan pun best gak ni kak rose :)

Bintangjauh said...

Salam Rose, Ratna sungguh teramat tersangat dan terlalu hairan gimana Rose ada masa menyediakan kesemua masakan yang menambat selera dan mata di-setiap entry ?

Lagi-lagi suka dengan gateau/cake marble pisang itu gebu, lunak dan halus kali, geram plus kempunan di buatnya.

Bertanya lagi Ratna, boleh Rose ber al-hikayat sedikit sebanyak mengenai harian Rose di-rumah? Ratna senang cara Rose menulis kelakar secara selamba dan natural, sering buat Ratna tersenyum sorang-sorang ....

Bravo Rose dan salam manis manis madu.

Kak Rose said...

Sofea, masak yg lemak2 ni walau apa pun mmg sedap... untuk mengumpul lemak dibadan jugak! hihihi..

Kak Rose said...

kasih, dengan ikan masin je pun sedap dah pada akk rose ni....memasing punya selera kan...

Kak Rose said...

Ratna, masak yg simple2 jer.... nak makan kenalah rajin menyediakan nya kan...

Bintangjauh said...

Salam kembali Rose, terimakasih dengan balasan jawapan walaupun simple dan dirumah sahaja (seperti Ratna juga), namun Rose masih berikhtiar sebolehnya, Ratna pula ikut mood ...

Lagi-lagi camera hilang jadinya mood pun hilang ...!!

Rose kita sebaya ke? Bertanya lagi, kerana Ratna ni pandai-pandai ter-Rose ..Rose ..tertanya-tanya juga sebab Rose sering memanggil diri Kak Rose, Tahun ini Ratna akan berusia 45 tahun, ya ampun dah tua diri ini !!!!!

Salam manis manis madu.

Bintangjauh said...

Demi menghormati adab bersopan santun, dari saat ini Ratna akan memanggil Rose bertukar ke Kak Rose, sering perasan yang diri ini tua dari yang lainnya maka itu Ratna bertanya dan ingat kan kita sebaya.

Terimakasih kembali dengan balasan jawapan itu, Kak Rose masih berjaga lagi ke ? ditanah-air tidak silap sudah malam - jam 11 lebih - disini baru lewat petang jam 5 lebih.

B-body betul hari ini Ratna ya, banyak sangat soalan !!

Salam manis manis madu.

Kak Rose said...

ratna, terimakasih bertanya... dan muga perkenalan kita dialam maya akan berterusan....wpun x bersua muka...

dan selamat malam...bonne nuit... harap2 dapat mimpi yg indah2...

eh... sudah menjelang pagi disini...bonjour untuk ratna n keluarga.