Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, March 6, 2010

Apam gula hangus

sambil kalut masak untuk lunch tadi sempat lagi godek tepung nak buat apam ni.... kira apam kalut ribut lah ni.... nasib baik menjadi elok je..... gula hangus dah siapkan sebelum keluar lagi... jadi bila balik dah sejuk dan terus je menggodek dan kukus.... 45 minit dah siap.... resepi oleh hazz 63 d MyResipi.... tima kasih hazz.... nak tengok resepinyer.... ni kak rose tepek kat sini ya...

Bahan-bahan ( untuk sekeluarga. )
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara

  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
  2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.


yang ni abang bawak g keja... nak minum petang dengan anak2 buahnya.... kopi buat sendiri ya bang.....

4 comments:

blogwana said...

Apam gula hangus ni favorite saya..biasanya saya beli je.. lepas ni bolehlah saya cuba...

Kak Rose said...

cubalah... senang sangat dan sedap lak tu....

Anonymous said...

If you are planning to Abercrombie and Fitch make a profit, Abercrombie then giving away promotional clothing Abercrombie Sale as a promotional gift will never Cheap Abercrombie let you lose your aspiration. Abercrombie outlet This is the best way to reap profits. The first step towards this is abercrombie Jeans by deciding your budget. A well Abercrombie Pants planned budget can get you the best promotional items at reasonable cost which will easily be Abercrombie Tees accepted by the masses. Regardless, Abercrombie Shorts selling branded promotional Abercrombie Sweaters clothing with your own brand is another way to gain instant popularity. The natural impulse for almost all retailers is to make a huge profit on the products already in the stockpile. But it would be wiser to purchase loads of unique promotionally priced clothing items, promote it at good deal basement price and then put it on the market of sale. This way the scope of attracting populace to the store increases. This merchandise actually pushes benefits with its attractive features. It not only provides name and popularity to your brand but also helps to reap noticeable profit also.

Anonymous said...

Ni kak rose guna loyang berapa inci ya?