salah satu resepi yang mudah kak rose jumpa, kuih dangai tapi x de la kak rose acuan membakar dan ditangkupkan tu. jadilah guna loyang jer, asalkan sedap dan menepati cita rasa tu kira dah ok la kan... sifu2 masak diluar sana mmg kreatif, jadilah kuih dangai yang dibakar dalam loyang, atau acuan kuih bakar yg bunga lapan tu. mmg cantik. resepi ni kak rose amik dari Myr oleh kak fida. terimakasih kongsi resepi, siap ada gambar step by step lagi dan izinkan kak rose nak sharekan kat sini lak ya... sedap lemak2 manis n masin.
Bahan-bahan ( loyang 7x7 in atau 2x acuan pecah 8 )
- 150 g tepung pulut (1 1/2 cawan )
- 150 g kelapa parut putih (1 3/4 cawan )
- 1/2 sk garam
- 30 g air
- 100 g gula melaka*- dihiris halus (atau gula hitam/gula tanjung )
- 30 g kelapa parut putih*
Cara-cara
- Gaul 4 bahan pertama hingga rata tapi masih bederai dan dibahagi 2.
- Gula melaka dan kelapa parut putih* digaul rata dan ketepikan.
- Loyang disapu sedikit minyak sekeliling,isikan dengan 1/2 bahagian adunan tepung tadi,ratakan dan tekan perlahan dan mampat dan bubuh campuran gula melaka dan ratakan.Akhir sekali ratakan pula 1/2 bahagian adunan lagi dan ratakan dan tekan perlahan2.
- Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pd suhu 150C selama 30 min atau hingga permukaan kuih kelihatan garing.
- ***Untuk lapisan pertama,selepas dimampatkan, akak bakar sebentar selama 5-7 min(resipi asal tk bakar),baru lapis dgn gula melaka dan lapiskan adunan tepung kedua..
- Sejukkan kuih dan potong dan hidangkan...kuih ini lebih mudah dipotong ketika masih hangat sebab masih lembut.
2 comments:
Mcm tu ye buatnya kak....kuih ni biasa mknl..tp x pandai buat....:-)
Wahhh mesti wangi tu bau pulut dan kelapa dibakar tu.
Post a Comment