Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, June 9, 2012

Bendi goreng telor

sayur simple yet sangat sedap buat orang macam kak rose ni.... x tau la, masa tekak dok meragam ni, terasa2 pulak nak makan yg simple2 cenggini.... just this sayur n nasik panas2. simple dan mengenyangkan! resepi kak rose cnp dari rumah CMG, mekasih ya...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram kacang bendi, cuci dan toskan
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukupnya
Secubit gula
1 camca besar jus asam jawa
1 biji telur, dipukul sedikit
1 biji bawang besar saiz sederhana*
2 ulas bawang putih*
1 biji lada merah*
7 biji cili padi merah Thai*
1 camca besar udang kering, rendam dan toskan*(*ditumbuk lumat)
Sedikit air
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan ( x sempat nak tabur hiasan segala... terus je ngap!)

CARA MEMBUATNYA ;-)
  1. Bendi hiris serong nipis2. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, tambah sos tiram, jus asam jawa dan secubit gula, kacau rata dan tuang air.
  2. Bila mendidih, masukkan bendi tadi, gaul rata dan masak hingga bendi lembut. Curah telur pada bahagian tepi kuali, bila mengeras sedikit, gaul rata bersama bendi. Tambah sos ikan secukup rasa. Masak hingga kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang dan bawang goreng..

6 comments:

MekNa said...

Salam Kak Rose...sedapnya..bendi ngan nasi panas2..lapo la pula ptg2 ni

faa.rosli said...

sedap nih! sedap nih! kalo gantikan bendi ngan kacang botor pon sedap..

Mat Gebu said...

Saya pun suka kak, masak mcm ni, nasi panas2, lepas tu lembut2 sikit...hmm..

Ilhamkreatif said...

Salam kak ros,iza klu masak macam ni,suka ratah aje...

Amie said...

cantik kejadiannya... sedap ratah, sedap juga makan dengan nasi panas!

maszull said...

assalamualaikum kak ros...sedapnya sayur bendi tu makan panas mmg best...:)