Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, June 25, 2012

Ikan tenggiri black pepper

Asalamualaikum dan selamat petang semua.... dah petang baru dapat nak ngadap menda ni sbb tengahari tadi g jenjalan cuci mata kat subang parade.... jadi sudah tentulah sabdek pun kat luar la kan. sebenarnya sepagi td kat rumah ni x de air, entah apa sbb pun x tau... x de announcement pun, tetiba je x de air... nasib baik jugak kat rumah ni ada tangki air kalau tidak kan susah dibuatnya! boring duk rumah x de air terus lah g jenjalan... dan petang baru dapat masak.

ikan tenggiri black pepper ni kak rose amik resepi kat rumah Ady Greatsword Empire Kitchen. mekasih ya share resepi ikan ni dan kak rose mintak izin nak kongsikan kat sini lak....

500 gm ikan tenggiri (kak rose guna 3 keping jer)
1 cawan kicap pekat black pepper
1 cawan minyak
1 tsb kunyit
1 tsp garam
sedikit air (tambahkan air kalau nak berkuah)

bahan hiris:

1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili hijau (kak rose x de - x letak)
2 biji cili merah
1 pelepah daun kari

cara-cara:

1. ikan dibersihkan dan digaul dengan kunyit dan garam. gorengkan seperti biasa tp jangan garing

2. keluarkan separuh minyak dan masukkan bahan yg dihiris bersama daun kari. kacau rata

3. masukkan kicap pekat black pepper dan garam, gaul rata

4. masukkan air, tambahkan air jika nak berkuah dan suaikan rasanya

5. tuangkan kuah atas ikan. siap

7 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Singgah nak dinner ni.

azieazah said...

Simple kan? Tapi ni kalu kene dengan nasi panas, dan ulam.. perhhhh! mau 3 pinggan nih.

Bicara Kak Noor said...

sedapppppppp nampak nya tu terlioq lah

Qasey Honey said...

aduyaiiii sedapnye tu Kak Rose...terliur tgk...terangkat kalau dpt merasa jugak ni...

♥MAMASYAZA♥ said...

sedapnye kak

Ummi said...

Assalam kak Rose, apa khabar? Amboi sedapnya lauk ikan dia...terus rasa lapar taauuu... ^__^

Ayu Safieza @ Humaira' said...

Ya Allah...betol2 la menggunalah menu Kak Rose ni...:)