Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, June 17, 2012

Ayam masak halia kicap

bila sibuk2 nak masak tp x tau nak masak apa... mula lah terjah kat dapur yang banyak menu ayam..... sllunya kalau banyak masa kak rose akan selongkar dapur kawan2 cari resepi yg sedap2.... ari ni kak rose selongkar dapur Yatiememories.... dah lewat sebenarnya baru nak masak.... pagi g tesco dulu, nak bli barang sikit jer.... tp bila dah sampai kesana selagi troli x penuh, ad je yg nak diblinya.... tp hari ni dapat udang size xxl dengan harga 15.90/kg.... segar2 lagi dan kak rose pun amik sampai 2 kg... x pe boleh buat stock.... dan yg x bestnya beg uncang kak rose yg sangat disayangi telah tertinggal kat tempat pilih udang tu.... bila teringat terus g balik kat situ mmg dah kimsalam lah kan... dulu sekali pernah tertinggal kat kaunter bayaran, tp nasib baik cashier tu tolong simpankan.... kali ni mmg dah x de.... mmg dia nak hilang kat tesco jugak gamaknya!....

panjangnya merapu meraban kak rose! nak citer pasal ayam jer tp dah terlajak kemana pulak kan.... resepi ni kak rose amik dari rumah Yatie, yg asalnya dia pun amik dari dapur CMG.... kak rose ni hari2 pun selongkar dapur CMG, maklumlah sifu masak2 yg banyak boleh dirujuk kat situ...

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1/2 ekor ayam, potong 9 atau 10 bahagian (kak rose guna 3 kpg whole leg)
  • 1 1/2 inci halia muda, hiris
  • 1 biji bawang besar hiris
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1 cawan air
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 tangkai cili merah, hiris
  • 5 biji cili padi-hiris, Yatie tambah sbb nak pedas sikit
  • 1 btng serai-di ketuk, Yatie tambah
  • 1/2 camca teh cuka makan
  • 1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan perap dengan jus limau nipis dan garam sekejap. Cuci kembali dan cucuk dengan garfu dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Perap 45 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan ayam dan goreng hingga ayam sedikit perang. Masukkan kayu manis, halia dan bawang putih, kacau rata. Tuang air dan kicap manis, bila mendidih, perlahankan api, renih hingga ayam empuk.
  3. Masukkan bawang besar, cuka makan, cili merah dan lada hitam, masak sekejap dan jika nak kuah lebih, tambah sedikit air, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat...Selamat mencuba..

makan dengan nasi panas2 bersama sayur kegemaran cik abe.... peria goreng dengan udang!

4 comments:

Bicara Kak Noor said...

salam Kak Rose
aduh kesian nya kenapa lah tertinggal beg uncang tu?ada barang berharga ke dlm tu contoh ic ke ape kalau tak susah jugak tu kak Rose dah dpt udang banyak beg pulak trtinggal
tapi memang sedap lah menu peria goreng udang tu, ayam pun sodappp nak2 kalau panasss

Yatie said...

walau ringkas tapi menyelerakan menu kak rose ni, Yatie pun kdng2 mcm tu gak..binggung nak masak apa terus selongkar dapur kawan2...plan nak masak lain mesti jadi lain..selera mcm2..semuanya nak di cuba..he3..

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Kak Rose. Mudah2an Allah akan menggantikan dgn yg lebih baik dr beg uncang tu...

Peria goreng udang tu buat sy kecurrrrrrrr!!

Norasikin said...

sekarang ni kena makan ayam je la. ikan, seafood semua dah mahal