resepi dari Myr oleh hazz63, kak rose kongsikan kat sini ya. mekasih share.
Bahan-bahan
- 2 biji telur
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan air (kak rose buh 3/4 cup jer)
- 1/2 cawan minyak masak
- 2 sudu besar marjerin
- 2 sudu susu pekat
- 1 sudu teh soda bikarbonat.
- 1 1/2 cawan tepung gandum.
- Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
- Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
- Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
- Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
- Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit. (kak rose kukualam 15mts sbb guna acuan kecik2)
- Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
- Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.
4 comments:
salam kak ros, apa khabar??
aduh...sedapnyer kalo dapat makan apam petang2 gini...nak cubalah esok lusa..insyaalah...
Assalam kak Rose.
Feveret saya ni...dah tinggal bekas ke?.Ingat baru nak mintak 2 biji.
salam kak rose..mtk laa 3 4 biji mengguda laa
Apam ni kegemaran kami sekeluarga... buat satu adunan hasilnya banyak! Sedap...
Post a Comment