Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, June 17, 2012

Lempeng pekak?

sarapan pagi minggu yang malas.... lempeng pekak? camner dapat nama tu kenalah tanya tuan punya resepi iaitu CMG.... dia bagi nama cenggitu, kak rose pun ikut lah! agaknya ada lempeng yang boleh mendengar kot.... so yg ni jenis yg pekak! entahlah. apapun kak rose ucapkan terima kasih pada mat yg bagi idea nak wat sarapan pagi dengan lempeng pekak ni.... asik kuor sarapan diluar pun jemu gak.... bila malas2 nak jalan buat je lempeng, abes cerita kan! gigih pepagi buat sambal tumis bagai nak cicah dengan lempeng ni.... Mat, kak rose cnp resepinya ya. mekasih.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum
1/4 camca teh baking powder (optional)
1 1/4 cawan air
2 camca besar minyak masak
Garam secukup rasa
Sambal tumis sebagai pencicah


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali sambal tumis, kacau rata dengan whisk, atau masukkan dalam blender dan kisar halus. Biar 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan, lenser sedikit minyak masak, mat cuma sapu permukaan pan tu dengan paper towel bersih yang dicelup dalam sedikit minyak. Bila panas, tuang 1 senduk bancuhan lempeng, ratakan.
  3. Bila bahagian tepi nya kelihatan mengecut dan renggang dari pan, berhati2 terbalikan dan masak hingga perang keemasan, pada kedua2 bahagian. Alih dalam pinggan dan lakukan kaedah yang sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sambal tumis....

3 comments:

Amie said...

Pekak pun pekaklah Rose... janji sedap! Apalah ada pada nama ye he he hehh cicah dengan apa pun memang sedap lempeng pekak ni

faa.rosli said...

sedapnye cicah ngan masak lmak cili api yg dah dihangatkan..

Mat Gebu said...

Lempenggg...alaaa...sedappnya...