Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, June 14, 2012

Peria goreng udang

salam dan selamat pagi semua.... ni la bila malas nak g brisk walk pepagi dah mengadap menda ni... tp rasanya pas ni nak jugak naik atas treadmill yg dah lama terbiar sejak minggu lepas lagi.... kesian dia kan x de sapa nak naik, tuannya asik malas jer! ingat pesan doktor soh rajin2 exercises, tp buatnya malas jugak. hishhhhhh!!!! bila dah ngadap menda ni ada je menda nak up-date... biarpun sayur ni kak rose masak beberapa hari lepas, nak jugak tepek kat sini. boleh kan? mekasih pada CMG kongsi resepi peria ni. izinkan kak rose cnp kat sini pulak ya.

  1. Bahan Utama:-
    1 biji peria kambas
    1/3 cawan isi udang
    1 camca besar sos tiram
    1/2 cawan air

    Bahan Tumbuk Lumat:-
    1 biji bawang besar
    1 biji lada merah
    2 ulas bawang putih
    1/2 camca teh garam kasar

    Cara membuatnya:-
  2. Belah peria dan buang biji. Potong serong setiap belahan dan rendam dalam air bersama 1 camca besar garam selama 15 - 20 minit. Kemudian toskan. Tujuan untuk mengurangkan rasa pahit.
  3. Dalam kuali, panaskan 2 camca besar minyak. Tumis bahan2 tumbuk halus hingga wangi, masukkan sos tiram dan udang, kacau dan tuang air.
  4. Bila mendidih, masukkan peria tadi dan gaul hingga rata. Kecilkan api dan masak untuk 2 - 3 minit hingga peria lembut. Rasa garamnya dan jika kurang boleh ditambah sedikit lagi

17 comments:

yan's cottage said...

salam..... kak ros..
sedapnya peria goreng versi kak ros ni...
mesti cuba ni......!!!!

quinnie said...

sedapnya peria lama tak makan...:)

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Kak Rose :)
Hawa mmg suka mkn peria.. pahit2 n lemak2 g2 rasa nyer mmg sesuai masak begini tapi cuma hawa n hubby jer yg mkn..

lama nyer tak mkn :P

Torviewtoronto said...

flavourful dish

Liza said...

Liza mmg tak boleh mkn la peria....pahitttt...hihiihiihi

tun_telani said...

tun pun xpandai makan peria.. hihi

maszull said...

as salam...sedapnyer sayur peria tu makan panas2 lg sedap...:)

Bicara Kak Noor said...

sedapnya peria,walaupun pahit tapi memikat sebab jadi ubat jugak makan pahit2 akak suka kadang2 makan mentah lagi dengn sambal bacan hee

Rohah said...

sedapnya, suka sayur ni..

Kak Rose said...

yan, akceli versi CMG... cubalah!

Kak Rose said...

Quinnie, sedap pada yg suka peria kan!

Kak Rose said...

Mama Hawa.... bila dah rendam dalam air garam tu dah hilang dah pahitnya... x terasa pun!

Kak Rose said...

Torontoview, simple yet nice dish!

Kak Rose said...

Liza, rendam dalam air garam, hilang lah pahit tu!

Kak Rose said...

tun, cubalah....mana tau nnti suka pulak!

Kak Rose said...

maszull, dapat dengan nasik panas x toleh kiri kanan dah!

Kak Rose said...

Noor, kak rose x penah lak makan yg mentah... agaknya nnti boleh try kot!