Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, June 23, 2012

Terung goreng cili n udang kering

Salam dan selamat berhujung minggu semua.... apa agaknya hidangan untuk keluarga dihari2 cuti begini? ramai agakny yang gantung piok belanga pada hujung minggu cenggini kan... tp buat kak rose kena gak masak sbb anak pun ada dirumah, cuti sem.... tp ayahnya pulak ada assignment hari ni... so lunch berdua ngan anak jer dan masak simple mimple jer la....buat terung goreng bercili dengan udang kering, sup ayam+kentang n goreng telur dadar jer... Alhamdullilah kenyang kami 2 beranak.

terung goreng bercili ni kak rose pernah buat dulu... dan bila dah tau sedapnya jadilah ianya berulang2 masak dan berulang2 jugak nak tepek kat sini. menu sedap ni asalnya dari AlongRoz, mekasih ya Along dan sekali lagi kak rose kongsikan kat sini...

Bahan2:

2-3 terung panjang (kak rose guna 1 jer tp mmg pannnnjang)
2 biji cili merah*
3 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
2 tsb udang kering* (*dikisar)
garam

Cara:

1 Gorengkan terung dalam minyak yg sedikit hingga kekuningan.
Angkat dan letak dalam serving plate
2 Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumiskan bahan kisar tadi hingga wangi
curahkan atas terung yang telah digoreng tadi. dah siap.

8 comments:

Lawa Collections✿ said...

tergoda tgk terung kak rose yg belang2 tu... :)

Amie said...

Cantiknya terung Rose berposing!

ummiaisyah said...

bestnya terung! syur feberet sy...

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum kak Rose..

Kak, Naz suka makan terung.. Makan caam ni pun boleh, buat pajeri pun boleh, goreng berlada + daging pun boleh atau bakar dan cicah sambal belacan pun boleh..hehehe..Syok makan terung..

Bicara Kak Noor said...

salam Kak Rose
cantik terung mesti sedap jugak ni kan nak makan pun mesti berlawa2 jugak baru berselera mesti dah habis ni kan

Qasey Honey said...

slm Kak Rose...myelerakan bile tgk terung tu tersusun cantik cmtu...sedap

Ilhamkreatif said...

Salam kak ros..my faberet iza ni,terasa nak buat la pula,dah lama x makan,macam gini...

Ayu Safieza @ Humaira' said...

Kak Ros comell...
Looks yummy....do I sound familiar???..hahahaha....rindu la...lama x jenjalan blog....
May eveything goes ok for ya...:)