Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, June 27, 2012

Kuih cara manis

salam dan selamat pagi semua..... sarapan apa lah agaknya kawan2 kat luar sana.... yg malas nak sediakan, cari sajalah dikedai kan..... bermacam2 ada tinggal nak pilih jer! kak rose macam biasa je sarapan dengan roti bakar sapu butter dan satu mug of susu omega dan nescafe o tanpa gula. tapi pagi ni nak entrykan kuih cara manis yg kak rose buat petang semalam.... kuih ni mmg kesukaan anak dan mak bapaknya jugak. lama rasanya x buat kuih ni, bila buat triplekan the adunan pun sekejap je abesnya untuk kami anak beranak.... sedap la tu gamaknya kan! laju je anak bujang kak rose makan!

resepinya kak rose amik dari Myr oleh junjs11... banyak kali dah buat dengan resepi ni, sbb sangat menepati selera kami anak beranak. kak rose kongsikan resepinya kat sini pulak ya.... mekasih junjus11. kak rose buat 3 kali ganda adunan ni barulah dapat makan puas2!

Bahan-bahan

  • 100gm tepung
  • 200ml santan sederhana pekat/susu segar
  • 1 sudu besar jus pandan (jun guna esen pandan sbb daun pandan x d)
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • gula sebagai inti

Cara-cara

  1. Campurkan tepung, santan, telur dan garam. Kacau rata. Kemudian masukkan jus pandan dan pewarna hijau sedikit. Jika terlalu berketul, tapis.
  2. Panaskan acuan, lengser ngan minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan 1/2 sudu teh gula atas setiap satu kuih dan tutup acuan sebentar.
  3. Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus, sbb kuih ni cepat masak, dalam 1-2 minit aje..

8 comments:

Asyifa Mustaffa said...

suka suka...! peberet sy nie kak...tiap kali pose...x penah mis nak buat..:)

Lawa Collections✿ said...

feveret nih... tapi xpandai buat... kalau ada kuih ni kat kedai wajib beli... :)

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Kak Rose :)
Apa khabar? Lama Hawa tak kemari.. byk menu2 sedap dah termiss hehehe sedap kuih cara manis nie buat minum ptg.. lauk ikan black pepper kat bwh tuh menggacam seh!! hehehe

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum kak Rose..

Kegemaran my hubby ni kak.. Naz lak suka cara berlauk..

Bicara Kak Noor said...

lawa nya cara tu akak selalu beli je tak pernah buat lagi mesti nak try jugak akak copy resepi boleh??

Kak Rose said...

Asyifa, tingat masa pose lak dah kan... nnti leh la wat sendiri jer. senang n bahan pun mudah sangat!

izan, dah ada resepi ni mesti pandai buat nnti... x yah bli dah!

Mama Hawa, masak yg besa2 jer... asalkan sedap dimolot dan mengenyangkan keluarga. kuih tu mmg sedap buat minum petang bersama keluarga!

Waalaikumsalam Naz, bukan anak jer yang suka tp termasuk mak n paknya jugak!

Noor, silakan... nnti dah buat leh tepek kat blog ya..

♥MAMASYAZA♥ said...

suka makan aje kuih ni, tapi tak reti nak buat n tak berani mencuba nak buat takut tak jadi. nampak gayanya kena cuba gak lepas ni

mrs kayrul said...

rasanya dah lama sangat tak makan kuih cara manis nie selalu makan yg berlauk jer itupun mak mertua yang kasi...hehehe