Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, June 14, 2012

Nasi goreng bunga kantan

salam dan selamat tengahari semua..... dah lunch ker? kak rose tengah menikmati nasi goreng bunga kantan yang sangat sedap sambil mengadap komputer ni... terima kasih pada Noor dari Bicara Kak Noor yang bagi idea nak menambahkan koleksi nasi goreng. pagi tadi masa g jenjalan ternampak nasi goreng bunga kantan dia berposing sedap teruslah teringin nak buat.... nak makan sebenarnya.... dan inilah hasilnya. Noor kak rose cnp resepinya ya. mekasih sekali lagi!

Bahan2nya
1 mangkok nasi sejuk * untuk 2 orang ok,kalau untuk ramai kena tambah lah ya
4 ekor udang besar,kalau kecik pun ok tapi kena tambah sikit lah
1 kuntum bunga kantan dihiris
4 biji cili padi tumbuk
2 ulas bawang putih tumbuk
1/2 biji bawang besar hiris
1 biji telur
sedikit capsicum dan carrot
1 sudu sos tiram
garam secukupnya

Cara nya
Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis lah bahan tumbuk dan bawang besar sehingga wangi,
masukan udang,capsicum dan carrot jugak sos tiram,kacau rata,
kemudian masukan telur,biarkan sebentar,jangan terus dikacau nanti telur terlalu hancuss tak sedap nasi goreng tu,
kemudian masukan nasi dan bunga kantan dan gaul rata,rasa garam nya kalau kurang boleh lah ditambah
Nasi goreng bunga kantan dah ready untuk dihidangkan taburkan sedikit daun bawang kat atas untuk kelihatan lebih menawan dan sedap dimakan heee

the verdict - mmg sedap sangat.... pada sapa2 yg suka rasa bunga kantan tu sila lah mencuba!

16 comments:

Unknown said...

selamat petang kak Rose
aduii cepat nye dah jadi ke nasi goreng bunga kantan tu,ni baru lah dikatakan panas2 kan bak sepinggan nak rasa jugak yg kak Rose tentu lebih hebat kan...

Kak Rose said...

Noor, kak rose x leh tengok tayangan amal yg sedap2 cenggini... laju je nak makan!

maaf ya, td sampai lupa nak backlink sbb sambil menyuap sambil menaip n terus publish... dah edit dah

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Bunga kantan buat apa pun sedp kan Kak Ros??

BUNGA said...

sedapnya.. lagi2 ada bunga kantan tu.. pos ke rumah sikit kak rose.. hehe

tun_telani said...

sedapnya kak rose.. mesti wangi bau nasi goreng nih.. udang pulak besar2.. mmg terliur betul tun tgk.

Chah said...

kemain tonggek cik udang2 posing...saya suka nasi goreng ni...rasa ala2 nasi goreng kerabu...

Kak Rose said...

Ros, betul tu...menambah aroma masakan... dan bertambah2 jugak makan nasinya!

Kak Rose said...

Bunga, jauhnya nak kena post.... bau pun dah hilang tengah jalan!

Kak Rose said...

tun, udang beso tu nak lawan tuan punya resepi tu punya posing la! dia punya lagi mengancam! he he he

Kak Rose said...

Chah, mmg betul la. ada rasa2 macam nasi kerabu pulak!

Kek Kawin said...

Salam kak Ros..nampak dah sedap,tu belum rasa lagi...ni kalau tambah serai di hiris halus dah jadi nasi goreng kerabu ni...

Yatie said...

mmng menyelerakan sungguh nasi goreng ni, terasa harum sangat2 bau bunga kantan tu kan..

Kak Rose said...

iza, len kali boleh try tambah serai pulak kan...

Kak Rose said...

Yatie, masakan sedap bagi orang malas nak masak lauk2 bagai... semua dah ada dalam tuh n mmg harum bau bunga kantan tu.

tisme said...

basics check here why not try these out click here to find out more take a look at the site here official site

sheethea said...

c4e45r8h35 e5x04p4t57 l2g73z4t48 i0r49h0h39 e8v68f6f40 q6b43n8o68