Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, June 1, 2012

Sambal ayam penyet

kita tinggalkan saja kisah cilok2 gambar yg x berhujung abes tu.... entahlah, walaupun dah ramai yg buat entry tentang itu tp macam x de kesan je kan.... mungkin dengan harapan benda tu x kan diketahui oleh tuan punya gamba.... tp kan, macam kak rose la kan, nampak pinggan yg kita guna tu pun dah tau itu kita punya masakan..... dan yg pasti kawan2 lain pun serupa kan, sbb kita tau yg itu mmg kita punya! biarpun dah lama mana, ttp x leh lupa kan....

hari ni kak rose buat sambal ayam penyet untuk lauk lunch.... rasa nak sangat masak yg simple2 gini dan makan jer dengan ulam salad, timun n tomato... dah lebih 2 minggu jugak rasa loya x hilang2 sampai kan berat pun dah turun 4kg... a blessing in disguise? ok jugak tp x nak la sakit2 sampai x lalu nak makan kan?

bilis dah siap goreng, yg lain tunggu turn pulak masok koli.....

resepi asal dari Ijan yg pernah kak rose tepek kat sini....
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan (kak rose x bubuh, tp ttp umphhh!!!)
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  • (kak rose buat separuh je dari bahan2 ni dan 2 biji je cili merah!)
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

dan lunch tadi....
nasi dengan ayam kandar, sambal ayam penyet n ulam2 timun, salad n tomato.

10 comments:

asyifamustaffa said...

simpel mimpel yg best !

Pasal cilok2 gmba tu kan k.rose, kita sbgi tuan pnya gmba mmg ler cam2 yg amat kat gmba sndiri....sbb tau ssh pyahnya snap gmba, pastu pilih pulak mna gmba yg cun kan.....orng yg suka curi2 gmba nie....x de kyakinan diri la kut nak tepek gmba sndiri.....itu ikut jln yg mudah je....ish...geram lak sy.....!

Bintangjauh said...

Salam Kak Rose,

iya yang benar... diharapkan gambar photos masakan Ratna yang seciput itu tidak dicilok!

Adore gambaran yang ke-2 dengan hirisan bawang, tomates, gorengan si-ikan bilis, hirisan chili merah juga seulas dua secara penyek si-bawang putih...

Ratna sudah kenyang dengan hanya menatap hidangan Kak Rose dihari Jumaat ini... yummy!

Salam manis semanis madu.

Amie said...

Sedap sambal ayam penyet tu, lagilah yang tak berapa pedas menyengat...
Jaga kesihatan Rose...

Yatie said...

waduh2...bila ada sambal mcm ni mmng bertambah2 selera makan..maunya hilang diet...kan..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Kak ros dulu ros pernah buat banyak2 dan simpan dalam peti.Che hubby punya lasuka.Dia panaskan sikit-sikit bila nak makan.

tun_telani said...

salam kak rose.. mmg sedap sambal nasi ayam penyet nih.. tun blh habiskan satu mangkuk penuh ^^
moga cepat sihat ye kak.

Mikiyuki said...

Terima kasih atas resipi. Sudah cuba. Sedap! :D

Unknown said...

Nak cubalah sambal ayam penyet nih...tq tuk resepi ye kak rose

Unknown said...

wahh lama dahh carik resepi ni .. huu tq tuk resepi ..

Unknown said...

Enak Terima kasih sis
Izin share ye