Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, September 19, 2010

Paku oh paku

Salam semua..... masih sibuk dengan berhari raya agaknya ya... maklumlah masa ni lah sanak saudara yang jauh dan dekat akan datang berkunjung.... sama jugak dengan kak rose, sedang menanti kedatangan adik2 dari cheras dan seremban.... hidangan dah siap jadi bolehlah buat quick up-date tentang hari raya kami..... masa dalam perjalanan balik kami nak bermalam di AS, jadi sebelum tu g makan dulu sebelum check-in di hotel..... lepas makan tu ingatnya nak terus ke hotel tapi apa yang terjadi sungguh x di duga.... bila kami sampai ditempat paking keta, ada abang sebelah tu bagi tau...."bang, keta x de angin"..... masa tu abang tengah enggage diphone jadi kak rose yg tengok terus je panik..... busu pulak, camner ni ma?... ish ish.... pas tu abang tengok dan tanya orang2 kat situ mana ada workshop terdekat.... nasib baik x kemet abis, masih ada sikit angin dan boleh jalan ke petrol station terdekat -+ 2km away.... sampai kat situ x de lak mekanik.... jadi isi angin je nak g cari workshop.....

malang sungguh, hari jumaat kebanyakkan kedai n workshop di Alor Star tutup. tawakal je pusing2 cari.... agak dekat sejam jugaklah pusing2 dan tanya sana sini terjumpalah kedai ni yang dah nak tutup, maklumlah dah dekat pukul 5. minta dia tolong tengok kan....

sampai je kat kedai tu terus dia bukak tayar tu....

minta dia tolong tengok kan.... tu dia PAKU tercacak kat tayar keta kami yang baru berusia 24 hari.

tengok lah berapa panjang paku yang tertanam kat tayar tu.... entah dimana kenanya kami x tahu..... dengan perjalanan yang sangat jauh dari Narathiwat ke Alor Star melalui lebuhraya timur barat Grik..... nasib baik jugak x pancit ditengah perjalanan.... kak rose bersyukur sangat2 selamat sampai.

dulu pernah sekali jugak balik dari berhari raya kena paku jugak.... pancit di Alor Star jugak.... kira ni kali kedua tayar pancit kena paku, tapi nasib baik masa tu bukan hari jumaat.... senang cari workshop. apa pun kak rose sangat bersyukur pada Allah kerana dipermudahkan perjalanan pergi dan balik hari raya kami, dengan sedikit dugaan saja. Alhamdullilah.

No comments: