Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, September 29, 2010

Moist chocolate cake

salam semuanya..... laaaaama sungguh tak update blog ni..... kebzian dan juga kemalasan yang teramat sangat..... hilang entah kemana keinginan nak berblog ni....bz pun ya jugak.... berhari2 jugak nak buat preparation nak buat open house ari tu.... maklumlan segalanya nak disediakan, with no assistant! jadi kena siapkan sikit2 mana yang terlarat..... (kalau rajin nanti kak rose citer pasal open house tu....) tu yang jadi x de masa nak menghapdet walaupun ada gak jenjalan kerumah kawan2.... cuma x tinggal jejak je....

Kek cokelat moist ni kak rose buat masa open house ari tu..... doublekan the ingredients dan buat satu loyang besar.... memang moist dan sedap sangat.... thanks to CMG sekali lagi kak rose tepek resepinya kat sini ya.... tetamu yang datang pun kata sedap kek ni.... kombang idung jap! apa pun tima kasih pada cik mat kerana resepi yang mabeles nih.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula halus (castor sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko* (kak rose x de serbuk, gantikan ngan cokelat masakan)
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

BAHAN COKLAT GANACHE :-) (yg ni kak rose x buat pun....)
100 g coklat masakkan
50 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair)
1 camca teh mentega

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran ( 5 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...
  5. UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat tadi.

2 comments:

Love2cook Malaysia said...

Kak Rose, nak kek sikit...for my kids! hehehe...yang Love buat hari tu dah abis...;)

Kak Rose said...

Love, sorry tinggal bekas je.... dah abes baru sempat nak tayang kat sini!