Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, June 12, 2017

Iftar #16 sup kepala ikan merah

Asalamualaikum dan salam 17 Ramadhan
Salam Nuzul Quran
Semuga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya

 sambung semula sisi iftar kak rose yang nak tepek kat sini.... tiga hari balik kampung memang tak sempat nak buat entry tentang iftar ni, apa lagi nak amik gambar bagai kan... seronok berkumpul bersama emak tersayang dan adik beradik adalah sangat mengujakan... bermacam hidangan dan berbagai karenah cucu2 emak yang datang berkumpul... dan setup pun jadi berteabur bila tiba2 petang tu hujan dengan lebatnya menjelang waktu berbuka.. instead of berbuka diberandah, terus semua angkut masuk dalam rumah...

ari ni kak rose nak kongsikan resepi sup kepala ikan merah yang kak rose masak semalam... resepi dari blog Azie, mekasih ya dan mohon nak kongsikan kat sini pulak...

Sup Ikan Merah
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Ikan  merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
Lada hitam biji - tumbuk
Cara cara:
Tumis bawang merah dan bawang putih serta halia yang dihiris bersama kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.

Kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya. 



dan pelengkap untuk sup kepala ikan merah tu... sambal kicap jawa yang power... best!

 udang kertas yang sangat fresh dari pasar di Rengit,Batu Pahat...  jauh datang udang ni bersama dengan ikan merah tu... pasar ikan yang tak jauh dari tepi laut... semunya nampak fresh, so membeli pun bagai tak hengat!!! udang kertas ni kak rose beli banyak as per permintaan mak yang nak udang kecik2 ni dan goreng rangup cam ni.... separuh dah masak kat kampung dan ada  yang kak rose bawak balik shah alam... dan petang semalam ulang lagi buat udang goreng rangup ni. cuma bubuh garam kunyit dan taburkan tepung gandum dan goreng... masa kak rose makan selepas terawih pun masih rangup lagi... sedap meratah!

 buat lagi mini murtabak ni atas permintaan en. asben... sbb masa buat pertama kali tu dia berada di Narathiwat... cuma dapat tengok gambar jer, tu yang kena buat ulangan, tak la kempunan kan..

nata de koko dalam kiub ais... dessert sampingan sebagai pengganti buah untuk iftar...

2 comments:

puankuci said...

fuhh..sedap gila sup kepala ikan merah tu.. favourite..

Kak Rose said...

Haslina, kebetulan dapat beli ikan merah yang agak berpatutan harga ie at 32/kg... dapatlah buat sup ni. mmg sedap makan masa panas2.