Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, January 23, 2014

Nasi goreng daging

 Resepi asal dari AlongRoz, mekasih ya....

Bahan-bahan

  • 4-6 mangkuk nasi putih
  • 1 senduk kecil minyak
  • 10 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih* (*separuh hiris dan separuh tumbuk)
  • 2 cili merah - tumbuk
  • 100-200g daging - hiris nipis - hana buh daging cincang jer
  • Segenggam mix vege (kak rose buh kubis n carrot jer)
  • 2 sm sos tiram
  • 1 kiub ayam maggi (4 g)
  • 2 sm kicap masin
  • 2 sm kicap manis
  • Saleri & Bawang besar
  • Garam dan lada sulah
Cara-cara
  1. Campurkan nasi dengan garam dan juga serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis pula bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau sampai daging masak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis. kacau sekejap dan masukkan mix vege.
  5. Last skali masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng tadi, hirisan saleri dan bawang, keropok ikan dan salad kegemaran.

4 comments:

Gee® said...

Sedapnya...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Aduh Sedapnya siap ada keropok lagi tu kak rose ;)

Kak Rose said...

Gee... lapo2 gini apa pun sedap jer!

Kak Rose said...

Yati, kopok mmg sentiasa ade...nganu mari, tp malas nak goreng jer... bila dah goreng x leh nak brenti makan.